Monday 12 March 2012

Talam Kastard Jagung


Assalamualikum semua ;) Harap semua nya di dalam lindungan Allah swt sentiasa. Ani hari ni berjaya membuat talam ini dengan bantuan Imtiyaz. Kalau tiada bantuan Imtiyaz, tak berjaya lah projek talam yang lama di tangguh kan. Resepi ni Ani ambil dari blog "Sinar kehidupan ku" tuan punya blog nya Puan Yatie memang tak asing lagi malah di beri gelaran Ratu Talam. Ani minta izin ya di kongsikan resepi nya di sini. Terima kasih.

Bahan-Bahan- loyang 10 inci

Lapisan Bawah
1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung kastard
1 cwn gula
1 cwn jagung krim manis
3 1/2 cwn santan
sedikit perwarna kuning
sedikit garam
Cara Menyediakan Lapisan Bawah
Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas
2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tpng ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
secubit garam
Pewarna hijau/pandan
Cara Menyediakan Lapisan Atas
Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)
Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

4 comments:

  1. Salam perkenalan kak...
    baru dapat jenguk dapur akak, time cuti2 sekolah nie...menarik talam nie...mcm talam suji je rupanya...dapat pulak makan sejuk2 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Asz. terima kasih sudi singgah sini.. itulah hasrat nak "menalam" dah lama cuma tertangguh.. alhamdulillah dapat k.Ani buat akhirnya..

      Delete
  2. Assalamualaikum Choco Ani,
    tq sudi mencuba talam kastard jagung ni, cantik dan kemas je potongannya....tahniah menjadi dngn jayanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Yatie.. terima kasih atas perkongsian resepinya.. Ani hargai..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...