Wednesday, 10 April 2013

Briyani Kambing.. Entri lewat makan berat ;)

Selamat malam semua tepat pukul 10.10 pm.. lama Ani tak post entry.. maaf Ani pohon ya buat pembaca yang dikasihi.. Ani nak kongsikan satu resepi yang Lama dah Ani masak tapi tak kesampaian hajat nak share kat sini.. Resepi yang sangat sedap.. A MUST KEEP RECIPE

Resepi ni Ani jumpa di My Resepi.. tuan punya resepi ialah mrsdayat sila klik kat SINI. Ani memang tak miss la jenguk My Resepi kerana kat sana ada komen tentang resepi dan ada juga perkongsian gambar hasil masakan dari resepi tersebut.. jadi kita boleh tahu berapa ramai yang dah cuba resepi tersebut dan apa komen komen tentang hasil masakan dari resepi tersebut. Ikut kan selera Ani sekeluarga.. memang sangat sedap sehingga menjilat jari.. dan makan berulang-ulang.. bagi penggemar briyani kambing harussss lah cuba.. Terima kasih tak terhingga atas perkongsian resepinya ya mrsdayat..

Bahan-bahan ( 4 org )

  • setengah kg daging lembu (potong kiub)
  • setengah biji bawang besar (hiris)
  • baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat
  • 1 biji tomato saiz besar (belah 4)
  • 3-4 biji cili hijau
  • 2tbsp tomato puree
  • 1tbsp sos tomato
  • 1/4 cwn susu cair
  • sedikit ghee
  • sedikit rempah tumis
  • 3 tbsp rempah baryani
  • garam,gula,ajinomoto secukup rasa
  • sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
  • 1 tbsp yogurt

Cara-cara

  1. gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
  2. tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
  3. masukkan baki bwg2 yg diblend.kacau sampai naik bau
  4. masukkan daging..gaulkan.
  5. masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
  6. masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
  7. tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)
  8. ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.
  9. bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..
  10. last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
  11.  buleh la di hidang bersama nasi baryani...
  12. update:..lupe lak nk bgtau..bule juge ganti daging ni ngan kambing or ayam.kalo kambing ikut je care ni.kalo ayam,goreng skjap(jgn smpai garing) ayam tu..baru masuk dlm kuah..=)


Bagi mereka yang mencari..Jangan segan segan nak cuba resepi ni..sekali dah cuba memang berbaloi.. sedap sangat..

Saturday, 9 March 2013

Ubi Kayu Sira Gula melaka

Assalamualaikum semua.. Salam ceria untuk pembaca tersayang..

Anda suka makan ubi kayu? Tak kira lah di rebus ke.. goreng berempah ke.. dibuat bingka atau lepat ke? Suami Kak Ani memang suka ubi tak kisah lah di buat apa mesti dia layan.. Cuti Tahun Baru Cina yang lepas jiran Kak Ani sekali lagi pulang ke Johor.. pa lagi Kak Ani minta dia belikan ubi.. hahaha nak juga ubi dari johor.. :D

Baiklah hari ni Kak Ani nak kongsikan resepi yang sebelum ni Kak Ani tak pernah rasa pa lagi membuatnya.. Ternampak gambar ni dikongsi teman FB Kak Ani.. terus jatuh cinta. Tanpa membuang masa Kak Ani cari resepi dan jumpa di blog K.Nor@SecubitGaram. Hasilnya amat kena dgn selera Kak Ani.. terjuling mata 2 saat bila makan kali pertama tu.. heeee :)) Terima Kasih ya Kak Nor.. Ani minta izin resepinya di kongsikan kat sini ya..

SIRA UBI KAYU
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
500gm ubi kayu
1/3 cawan gula nisan (Kak Ani guna gula melaka)
2 helai daun pandan
secubit garam
air secukupnya

Cara:
Bersihkan ubi kayu dan potong kecil.
Rebus ubi kayu dlm air yg menutupi paras ubi hingga empuk.
Keluarkan air dan tinggalkan lebih kurang 1 cawan (lebihkan jika ingin kuahnya lebih).
Masukkan gula nisan, daun pandan dan garam.
Masak hingga gula nisan hancur dan kuah menjadi pekat/likat.
Angkat dan hidangkan.

* boleh gantikan gula nisan dgn gula pasir atau gula melaka..

Selamat mencuba ya.. ;)

Monday, 21 January 2013

Lamb Chop Hidangan Perpisahan

Ani tambah kan cendawan butang ke dalam kuahnya kerana cendawan kegemaran Irfan dan Imtiyaz..

Hidangan ini sebenarnya Ani masak sebelum Irfan pulang ke ALAM 13/1/2013 kerana berakhirnya cuti semester yang pertama buat nya.. Ani masak untuk dimakan di sekolah Imtiyaz.. resepi Ani ambil dari blog Kak Noor Secubit Garam.. terima kasih tak terhingga buat Kak Noor dan tuan punya resepi ya..

BLACKPEPPER LAMB 

Bahan :
5 kpg daging kambing
5 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ yg baru ditumbuk
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula perang/madu
2 sudu besar minyak zaitun

Cara:
Gaul kesemua bahan kecuali daging kambing.
Lumurkan bahan perapan pada daging dgn rata.
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lama lama lagi baik)
Panaskan grill pan dgn api sederhana atau boleh juga guna non stick pan. (k.nor guna pemanggang ajaib)
Letakkan daging kambing dan panggang lebih kurang 8 - 10 min.
Kemudian balikkan dan panggang lagi sehingga masak. (jangan balik2kan banyak kali, cukup hanya sekali utk menghasilkan daging panggang yg lebih enak).
Angkat dan hidangkan dgn Sos Lada Hitam, Garlic Mashed Potato & Creamy Coleslaw.


SOS LADA HITAM

Bahan2:
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besa sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar susu fresh
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam Knor
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis (guna mentega pun boleh)

Cara:
1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.
2. Masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan tomato sos, cili sos, lada hitam, sos tiram @ kicap dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
5. Lastly, masukkan garam n gula secukup rasa.


GARLIC MASHED POTATO

Bahan2:
8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
3 sudu besar butter
2 sudu besar mayonaise
½ cawan susu segar/ fresh cream
1 sudu kecil black pepper

Bahan-bahan untuk gravy :

2 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu kecil black pepper
2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
sedikit minyak untuk menumis bwg putih- hana gune butter

Cara:
Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.

Untuk Gravy : 
Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)

Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi..

Agar Agar Peach Kak Amie

Salam ceria semua pembaca yang Ani sayangi.. Lama Ani tak post ntry.. 
Ani mula kan ntry pertama Ani bagi tahun ini dengan Agar Agar peach yang Ani buat ahad lepas.. Resepinya Ani dapat dari blog Kak Amie klik SINI ya.. beliau bagi Ani adalah seorang yang sgt rajin ada sahaja hidangan yang dimasak utk keluarga beliau walau pun beliau bekerja nampaknya itu tidak menghalang beliau utk menyediakan hidangan yang terbaik utk dinikmati.. Syabas dan Ani mengagumi atas kegigihan nya.. kerana usaha beliau utk berkongsi resepi dan gambar setiap hidangan di blog beliau..
memang nampak je ntry Kak Amie tu dgn gambar yang di sertakan sekali mmg menggamit selera Ani.. terus Ani tringat Ani mmg ada satu tin buah peach dalm tin dalam simpanan.. 

Agar agar ni sangat mudah dan memang sedap dimakan terutama bila dah di sejukkan.. mari lah layan gambar dan resepi nya Ani cnp dari blog Kak Amie.. Untuk Kak Amie terima kasih ya.. 



Bahan-bahan:
10 gram serbuk agar-agar
1 tin Peach Slices in Syrup - Amie guna jenama Ayam Brand
1 tin susu krimer sejat -  Amie gunakan F&N
air (campur bersama syrup peach dan susu krimer menjadi 1 liter)
3 sudu makan gula pasir
setitik pewarna kuning telur
acuan agar-agar

Cara:
1. Susun buah peach di dasar acuan agar-agar. Ketepikan.
2. Campurkan syrup peach bersama 1 tin susu krimer sejat dan tambahkan air sehingga mencapai sukatan 1 liter.
3. Masukkan campuran 2 tadi ke dalam periuk dan tambahkan serbuk agar-agar serta gula pasir dan titikkan pewarna kuning telur.
4. Masak hingga mendidih.
5. Tuangkan bahan yang dimasak ke dalam acuan agar-agar yang berisi susunan buah peach.
6. Biarkan seju dan membeku.
7. Untuk rasa lebih enak, simpan terlebih dahulu di dalam peti sejuk sebelum di nikmati.
Buah peach yang Ani susun di dalam acuan agar agar..


Yummiehh n so refreshing.. ;)
Ani nak mengucapkan ribuan terima kasih pada pembaca yang sudi menjenguk blog ini.. semoga ia boleh menjadi rujukan bagi yang mencari.. Buat Adik Farah terima kasih kerana sudi try resepi yang di blog ini..
resepi agar agar ini juga mudah utk adik buat pasti suami dan mertua bertambah sayang .. ;)

Tuesday, 30 October 2012

Bingka Ubi.. fuhhh Berdesupp ;)

Lihat itu.. berdesupp je habisnya.. ;)
Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca yang Ani kasihi.. Penat siang tadi belum hilang tapi Ani gagahi juga demi entri ni.. Pada Hari Raya Aidiladha yang lepas jiran Ani yang berasal dari Johor pulang ke kampung.. sempat Ani pesan suruh beli ubi.. hehe bukan tak de kat Seremban ni.. saja gatai nak juga yang di beli dari Johor..

Balik je rumah hari Ahad yang lepas.. jiran Ani pun beri ubi yang Ani pesan.. Terima kasih tak terhingga.. Allah swt je yang membalas jasanya.. Malam semalam dengan semangat berkobar kobar.. balik dari kerja singgah dulu kedai beli kelapa parut.. memang dalam kepala dah "set" nak buat bingka ubi.. resepi dah tanya Pak Cik "google" dah jumpa di blog "PeriukTanah". Ani terus buang kulit ubi tu dan basuh bersih untuk di parut halus. Dengan bantuan En. Suami Ani berjaya memarut ubi untuk dibuat bingka. Santan pun dah siap di perah dari sebiji kelapa parut tadi. Hampir pukul 10 malam bingka pun masak. Alhamdulillah menjadi.. rasa yang lazat.. manis.. lemak berkrim..

Ubi yang sedia untuk di parut ;)

Ani berpuas hati dengan resepi ni.. Terima Kasih tak terhingga pada Puan Raihan dari blog beliau Periuk Tanah.. Minta izin ya resepi nya Ani salin ke sini..


Bahan-bahan: menghasilkan satu loyang bengkang 7 inci X 7 inci

4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut.

2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah). Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal). Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.

2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan Sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...