Tuesday 30 October 2012

Bingka Ubi.. fuhhh Berdesupp ;)

Lihat itu.. berdesupp je habisnya.. ;)
Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca yang Ani kasihi.. Penat siang tadi belum hilang tapi Ani gagahi juga demi entri ni.. Pada Hari Raya Aidiladha yang lepas jiran Ani yang berasal dari Johor pulang ke kampung.. sempat Ani pesan suruh beli ubi.. hehe bukan tak de kat Seremban ni.. saja gatai nak juga yang di beli dari Johor..

Balik je rumah hari Ahad yang lepas.. jiran Ani pun beri ubi yang Ani pesan.. Terima kasih tak terhingga.. Allah swt je yang membalas jasanya.. Malam semalam dengan semangat berkobar kobar.. balik dari kerja singgah dulu kedai beli kelapa parut.. memang dalam kepala dah "set" nak buat bingka ubi.. resepi dah tanya Pak Cik "google" dah jumpa di blog "PeriukTanah". Ani terus buang kulit ubi tu dan basuh bersih untuk di parut halus. Dengan bantuan En. Suami Ani berjaya memarut ubi untuk dibuat bingka. Santan pun dah siap di perah dari sebiji kelapa parut tadi. Hampir pukul 10 malam bingka pun masak. Alhamdulillah menjadi.. rasa yang lazat.. manis.. lemak berkrim..

Ubi yang sedia untuk di parut ;)

Ani berpuas hati dengan resepi ni.. Terima Kasih tak terhingga pada Puan Raihan dari blog beliau Periuk Tanah.. Minta izin ya resepi nya Ani salin ke sini..


Bahan-bahan: menghasilkan satu loyang bengkang 7 inci X 7 inci

4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut.

2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah). Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal). Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.

2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan Sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.

Saturday 20 October 2012

Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood, Port Dickson.

Sediaaa???
Ani, Cik Haizan, Cik Aisyah dan Cik DekWa ;)
Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t atas nikmatnya yang tidak terhingga.. Pada hari Jumaat yang lepas setelah tamat waktu pejabat Ani dan rakan rakan bertolak ke Port Dickson untuk makan malam di Restoran Seri Mesra yang terletak di Teluk Kemang, Port Dickson. Juru pandu arah nya ialah Cik DekWa gadis yang beriya iya mengajak kami kesana.. heeee :D Walau hujan tetap kami gagahi memandu dgn hati hati sambil berdoa moga perjalanan kami selamat dan di lindungi Allah sentiasa.. 

Bergambar sebelum memulakan acara kayuhan hidangan malam itu..


Restoran ini dimiliki dan diusaha kan oleh Encik Mohd Nordin Bin Joned atau pun lebih dikenali dengan panggilan "Abang Din Telok Kemang" dan isterinya yang jelita Puan Rohaya Bt Talib serta anak anak mereka. Perniagaan ini telah hampir mencecah lebih kurang 3 tahun gitu.. sebenarnya sebelum ini mereka berniaga di Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang, Port Dickson tetapi memandang kan saiz kedai di sana kecil tidak dapat menampung kedatangan pelanggan yang semakin bertambah membuat kan En Mohd Nordin dan isterinya mencari lokasi kedai yang baru di Teluk Kemang. Waktu perniagaan ialah pada pukul 4.30 pm sehingga 3.00am. Restoran ini pastinya penuh dengan pengunjung pada hari Sabtu dan Ahad oleh itu mereka tidak mengambil tempahan. Siapa cepat dia dapat tempat duduk.. heee ;)

Baiklah menu yang Ani dan kawan kawan pesan pada malam itu ialah :

Layan gambar dulu.. 



Gedik gedik satu kemestian ;)

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.. ;)
  1. Udang masam manis( mesti order coz yummiehh) 
  2. Ikan siakap bakar dan ikan cencaru bakar (yang ni utk Cik dekwa sorang coz dia tak makan ikan besar besar.. (mesti order coz yummiehhh kuah cicah dia pun sedap)
  3. Sotong goreng tepung (mesti order coz sedap.. tepung dia rangup) .
  4. Kailan ikan masin (sedap)
  5. Tomyam campur agak terlebih masam nya bagi tekak Ani lah.. 
  6. Nasi putih dan nasi lemak (nasi lemak nya harusss cuba ya coz sedap tau)
  7. Jus oren
Mari layan gambar lagi..
Foto atas paling kiri, Ani bersama Puan Rohaya Bt Talib.. gambar disebelah gadis manis bertudung pink ialah anak pemilik restoran ini ;) Nur Asmira nama nya kalau tak salah Ani .. ;)
Antara makanan laut  yang boleh dijadikan pilihan hidangan pada malam itu.. ;)
Baiklah..  sesiapa yang belum pernah mencuba  bebila ke Port Dickson jangan lupa singgah dan makan di Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood.

Tuesday 16 October 2012

Spaghetti Bebola Daging ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang Ani kasihi.. Pagi Selasa yang indah.. Ani nak kongsikan menu hari Ahad yang lepas.. keinginan nak makan spaghetti bebola daging meronta meronta  kerana 'minced meat" dalam freezer tu dok memanggil manggil Ani.. bila nak masak aku... bila nak masak aku... heeee ;)

Ani dok mencari  resepi akhirnya jumpa di  blog "MAKCIK MANGGIS" Alhamdulillah tidak mengecewakan yummiehhh sangat .. Ani minta izin makcik manggis utk cnp resepinya ribuan terima kasih atas perkongsian resepinya ya..


Bahan-bahan untuk Bebola Daging:

400 gm daging kisar.
4 keping roti putih.
1/2 cawan susu segar.
1 biji telur.
1/2 tsp serbuk lada hitam.
3 tbsp cheese parut. (Ani guna Parmesan Cheese)
garam secukup rasa.
1 tangkai daun ketumbar.-cincang.
1 labu bawang besar-cincang.
3 ulas bawang putih-cincang.

Cara-caranya:

Rendam roti dengan susu hingga lembut.
Satukan semua bahan-bahan diatas dan gaul hingga sebati.
Bentukkan seperti bebola .
Aturkan diatas dulang dan bakar dalam oven hingga masak. (Ani bakar guna kepanasan 180 darjah celcius selama 15 minit)

Taraaaa bebola daging dah siap untuk di bakar dalam oven ;)
Bahan-bahan untuk Sos:

1 labu bawang besar dicincang .
3 ulas bawang putih-cincang.
1 tin Sos Spaghetti  tomato Prego tradisional.(300gm)
1 tin cendawan dalam tin ( yang ini Ani tambah)
1 tangkai daun ketumbar.
garam dan gula secukup rasa.
Sedikit serbuk lada hitam.

Cara-caranya:

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan sos Prego dan kacau rata.
Masukkan 1/2 tin Prego air dan biarkan mendidih sekejap.
Kemudian masukkan bebola daging tadi dan kacau hingga sebati.
Akhir sekali masukkan sedikit garam,serbuk lada hitam dan gula mengikut selera masing masing.

Lihat itu spaghetti tersorok di belakang bebola daging yang lazat..

Monday 15 October 2012

Lempeng sebagai sarapan?

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera semua.. ;)

Lempeng merupakan sarapan yang En Suami Ani gemari.. dulu memang selalu dijadikan sajian sarapan.. tetapi sekarang tak kira petang.. malam.. pun boleh makan.. di tempat Ani ada satu kedai makan yang menjadikan lempeng sebagai menu utama di kedainya.. sedap.. makan bersama sambal sardin.. Kadang kala bila Ani dan En Suami tak tahu nak makan apa bila pulang dari kerja kami singgah la "melempeng" kat kedai tu.. ;)

Baiklah resepi nya mudah.. Ani kongsikan juga biar menjadi rujukan bagi yang mencari.. ;)

Bahan- bahannya:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air atau secukupnya
Garam secukup rasa
Sos atau kuah gulai utk cicah ( Kali ni Ani cicah bersama kuah Asam pedas ikan)

Cara membuatnya:


  1. Masukkan tepung kedalam bekas utk dibancuh. Tuang air dan masukkan garam. Kacau rata hingga tidak berbintil atau berketul ya..  Rasa masinnya jika perlu tambah sedikit lagi garam.
  2. Panaskan kuali leper lenser dengan sedikit minyak. Tuang sedikit adunan lempeng tadi dan ratakan. Bila permukaan lempeng nampak pucat terbalik kan.
  3. Masak dengan api kecil hingga sedikit garing. Angkat dan buat hingga adunan habis.
  4. Hidangkan bersama sos atau kuah kegemaran masing masing.
Selamat mencuba ya.. ;)

Sunday 14 October 2012

Seri Muka ku... ;)

Salam Pagi semuaaaa... Cakk Cakkk!! Salam pagi Ahad.. wahhh hari ni pasti hari yang sibuk buat Ani.. Imtiyaz menunggu di sekolahnya.. semalam meruntun jiwa ku bila anak itu post kat FB "lapar makanan tak de" huwaaaa Ani masa tu kat rumah mertua rasa nak ada sayap je bole terbang hantar makanan kat anak itu.. hati emak mana yang bole tahan bila anak cakap macam tu kan.. biar kita lapar jangan sekali anak kita betul tak?? Petang plak nak hantar Irfan kembali ke Akademi Laut Malaysia.. pulang bermalam coz Melaka cuti Jumaat lepas.. itu yang si adik tak tahan tu.. bila tahu abangnya ada kat rumah.. aduhhhh membebel sudah.. terlepas dari topik diatas.. Maaf kan saya ya.. bila sesekali bercoleteh tu semangat sungguh sampai lari topik plak..

Haa lihat itu.. betapa ber SERI MUKA KU.. resepi dari chef Asma yang memang terkenal dengan kelas kelas kuih Talam.. blom pernah jenguk ke blog beliau??.. haaa sila klik SINI.. Sesiapa yang berminat utk menhadiri kelas Chef sila dapat kan info di blog beliau tu ya.. Ani pun dah jadi anak murid Chef Asma tu.. berbaloi.. selain kelas kuih Talam kelas "western food" kelas Kek Lapis pun ada.. resepi kuih ni Ani jumpa di blog Antan Bertingkah selamat mencuba ya.. Kepada Dik Antan Kak Ani cnp resepinya ya.. Terima kasih dik..


Bahagian bawah
500 gm tepung pulut direndam dan toskan
300 ml santan pekat
300 ml air
garam secukupnya
Campurkan semua bahan dan dikukus 30 minit. Bila sudah masak tekan2 dengan sudu supaya mampat.




Bahagian Atas

100 gm tepung kastad
4 biji telur
400 ml santan pekat
400 ml air yang bercampur air daun pandan yang diblender
220 gm gula pasir
sedikit garam
pewarna hijau
Campur semua bahan, tapis dan masak hingga naik wap dan tuangkan ke atas pulut dan dikukus selama 30 minit.


Yummiehhh sedapppp!! Kak Ani suka suka coz resepi nya menjadi.. ;)
Selamat Mencuba..

Saturday 13 October 2012

Sotong Masak Kunyit ;)

Yuhuuu Cak! Cak! Apa khabar semua? Ani sekeluarga sihat.. Alhamdulillah harap semua pembaca yang Ani kasihi sentiasa sihat.. dan ceria ceria selalu..

Antara Irfan dan Imtiyaz.. sotong sangat diminati oleh Imtiyaz.. masak apa pun dia pasti suka.. kalau masak sotong dia tak perlu lauk lain pun.. cukup lauk sotong dan nasi..  Ani nak kongsi resepi mudah ni resepi campak campak lah bak kata orang.. katanyaaa hehe ;)


Bahan - Bahannya :-
500gm sotong (bersihkan.. potong kecil dan gaul bersama garam dan sebuk kunyit)
3 biji bawang putih - di tumbuk
1 inci halia - dihiris halus
1 biji lada merah
1 tangkai daun sup
sedikit air
garam secukupnya
minyak utk menumis

Cara membuatnya:

  1. Tumis kan bawang putih dan halia bersama sedikit minyak sehingga naik baunya.
  2. Masuk kan sotong yang telah di lumur bersama serbuk kunyit dan garam tadi. Gaul sebati.
  3. Masukkan sedikit air.. jgn terlalu banyak ya sayang nanti terlalu berair kerana sotong juga akan mengeluarkan air bila di masak.
  4. Biar kan seketika sehingga sotong masak. Jgn masak terlalu lama nanti sotong jadi "kenyal" sangat.. tak best.. 
  5. Rasakan masin nya jika kurang tambah garam ya..
  6. Masuk kan lada merah dan daun sup untuk menambah rasa..
  7. Angkat dan boleh lah dinikmati.. ;)

Friday 12 October 2012

Kuih Bakar Pandan Berempah ;)





Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca yang di kasihi.. Lama tak update entry untuk blog ni.. rindu.. ok malam yang indah ini Ani nak share satu resepi kuih bakar yang sedap dan pasti menjadi.. sebenarnya nenek Ani diwaktu kuatnya pandai buat kuih ni.. sedap sgt.. dulu nenek buat guna api arang dan sabut kelapa.. sukatan pun pakai mangkuk je.. kepekatan adunan pun di "test" mengguna kan jari je.. Nenek Ani kalau buat mesti bubuh rempah.. mesti ada daun serai wangi.. daun limau purut.. bau kuih ni waktu dibakar aduhaiii tak tahann.. berebut rebut nak makan walau masih panas lagi.. bila Ani jenjalan blog kawan kawan ada bermacam versi resepi kuih bakar ni.. Ani akhirnya memilih resepi Joayee yang Ani jumpa semasa menjenguk dapur Kak Yatie "Sinar Kehidupanku" di SINI..
Resepi ni memang sedap dan sgt mudah untuk dibuat.. Ani tambah sedikit rempah dan air daun limau purut demi mengimbau rasa kuih bakar yang nenek Ani buat dulu.. Alhmdulillah rasa nya enak tapi masih tidak sama seperti yang nenek buat hampir dlm 70% je rasanya.. mungkin juga kerana Ani tak dapat cari daun serai wangi.. tapi tak mengapa sedikit sebanyak dapat mengubat rindu nak makan kuih bakar berempah.. ;)
Pada pemilik resepi Joayee terima kasih atas perkongsian resepi nya pada Kak Yatie juga terima kasih kerana sentiasa tak putus putus memberi inspirasi.. Mari kita lihat resepinya.. ;)


Bahan- Bahan
1 cawan gula (boleh kurangkan jika tak suka manis)
1 cawan jus pandan (Ani  kisar 7 helai daun pandan, 3 helai daun limau purut bersama 1 cwn air dan tapiskan)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan  = 450 ml
2 sudu besar mentega (cairkan)
3 biji telor
1 suduh teh serbuk jintan manis (yang ini Ani tambah)
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis(yang ini Ani tambah)
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau
bijan

Cara-Cara:-
Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir).


psst psst Uwan.. cepat sihat ya.. terima kasih utk segalanya..
psst psst.. Buat En Suami terima kasih ya belikan acuan kemboja tu.. sayang diaaa ;)

Thursday 13 September 2012

Rendang Kerang ;)

AAAchhhhooomm !!! terbersin sudahhh aduhai berabuk sungguh blog ni.. lama tak post ntry kira suam suam kuku pun tidak.. sunyi bebetul..
Pada para pembaca blog dan followers yang Ani sayangi terima kasih ya jenguk jenguk sini..
entry tu ada tapi tu la kemalasan dan tak kekuasaan melanda.. huh!! Malam ni Ani  kuat kan semangat nak share resepi Rendang Kerang yang menjadi kegemaran Ani sekeluarga.. terutama anak ku Imtiyaz.. Dulu sebelom kahwin dgn En Suami Ani  tidak mengenal hidangan ini.. Ani  di besar kan oleh emak dan abah yang berasal dari Melaka dan menetap di Negeri Sembilan.. jadi pengaruh asam pedas dan lemak cili api menguasai menu harian..

ok mari layan gambar dulu.. ;)
Yummiehhh.. ;)
Baiklah terliur ke?.. bagi penggemar kerang harus lah cubaaa ya.. Ani paling suka nikmati rendang kerang ni bersama nasi impitatau pun ketupat.. ikut selera Ani la kan kalau lemang memang enak di makan bersama rendang ayam atau daging.. tapi rendang kerang mesti dgn nasi impit atau pun ketupat.. huhu bersyukur dan berterima kasih pada ibu mertuaku adik adik ipar ku yang banyak memperkenalkan masakan Jawa pada ku.. Alhamdulillah.. baiklah resepi nya Ani intai intai kat Dapur CMG "Dapur Tanpa Sempadan" di SINI jangan lupa jengukss k

Pada  CMG terima kasih ya atas perkongsian resepinya Ani hargai.. Ani cnp ya ..


BAHAN UTAMA :
2 kg kerang, direbus dan ambil isinya
1 camca besar rempah kari
1 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 helai daun kunyit, dihiris halus
2 helai daun limau purut
1 1/2 cawan santan

BAHAN KISAR HALUS :
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
15 - 20 biji cili padi


CARA MEMBUATNYA :
Masukkan santan, bahan2 kisar, asam gelugor dan rempah kari ke dalam kuali, kacau hingga sebati dan didihkan. Masak hingga pekat, masukkan kerang rebus dan kacau rata.
Tambah kerisik, gula melaka dan garam (sedikit sahaja). Masak hingga sedikit kering dan masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. Rasa dan tambah garam jika perlu.
Keadaan rendang bergantung pada individu, jika suka kering, tambah masa masakan dan jika suka rendang basah bolehlah diangkat. Sedap dihidangkan bersama nasi, ketupat, pulut dan roti....



Wednesday 29 August 2012

Biskut Glacy Nestle Corn Flakes


Salam pagi semua.. Moga hari ini hari yang ceria utk pembaca yang Ani kasihi.. lihat gambar di atas itu biskut yang sgt mudah di buat tiada alasan kata tak leh  buat.. haaa nak kena cubitss lah tu.. dah la mudah.. sedap.. krup krap krup krap rangup.. biskut yang mesti di buat kesukaan En Suami sayang dan anak anak ku.. banyak versi resepi nya tapi yang Ani buat ni lah resepinya dari Nestle sendiri.. Ani suka coz ada badam dan bijan tu sedap la..  kalau wat sekotak nestle corn flakes tu memang tak dapat buat jamu utk tetamu la nampak nya.. makan sendiri je dah habis..

Ani kongsikan resepinya ya.. 

(A)
6 camca besar madu
65gm mentega atau majerin
1 camca teh gula kaster
1 camca teh esen vanilla

(B)
4 cawan NESTLE CORN FLAKES
1 cawan hirisan badam
4 camca besar bijan (gereng tanpa minyak dulu ya)
2 camca besar cincangan ceri merah
2 camca besar cincangn ceri hijau

Cara nya :
  1. Dalam periuk, cairkan bahan (A) di atas api yang sederhana hingga hampir pekat.
  2. Masukkan esen dan bahan (B), gaul sebati. Masukkan campuran ke dalam cawan kek kertas.
  3. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 170 darjah celcius selama 15 - 20 minit.
  4. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 20 minit sebelum di dimpan dalam bekas kedap udara.
Selama mencuba..
Bagi yang dah cuba.. Syabas!! sayang dia.. ;) 
Foto ni sebelum di bakar.. jika dah di bakar  hirisan badan itu akan keperangan bau nya masa tu menusuk kalbu terutama buat di bulan puasa.. kena kuat kan iman dan tinggikan tahap kesabaran kan.. ;)


Tuesday 28 August 2012

Kuih Gunting Emak.. Ani sayang mak..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. haaa cerita pasal kuih gunting ni kan.. seingat Ani kuih ni memang menjadi kegemaran Ani dan adik beradik.. sedap di makan bebila je.. terutama sekali waktu nonton tv.. tup tup tgk laaa dah surut setengah bekas kuih tu... haaa amik kau mcm tu sekali penangan nya.. hahaha kalau dah namanya suka..

haaa inilah ghupernya kuih gunting mak..  ;)
kuih ni mmg sedap di buat kudapan.. Encik suami mmg suka kuih ni jap je dh licin.. resepi nya mudah.. pastu plak boleh main gunting gunting lagi.. Ani teringat dulu masa buat kuih ni zaman anak dara zaman Ani kiut miut lagi tau.. bila mak suruh gunting kuih ni  mak selalu tegur jgn gunting besar besar.. tak elok rupanya.. alaaa zaman tu kira nak cepat habis je kan.. tu yang gunting besar besar.. Terguran mak tu memang betul.. memang tak senonoh betul kalau besar besar.. silap silap bakal mak mertua cancell tak jadi pinang la kalau tgk size kuih gunting tu besar ya rabbi... hahaha

Kepada emak.. terima kasih atas segalanya..

setelah di gunting kecil kecil comel comel ;)
Resepinya:-
  • 1 kilo tepung gandum
  • 4 sb ghee
  • 3sb majerin ( Ani bubuh 4sb kenkadang lebih hehe) syyy jgn kasi tau mak tau.. ;) 
  • 1 cawan udang kering direndam dan di tumbuk halus
  • 1 biji bawang besar di tumbuk halus (jika guna bawang merah kecil tu dlm 10 biji ya)
  • 3 tangkai daun bawang di hiris halus
  • santan kelapa segar (Rm 2.00)
  • 2 sk garam halus
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:-

  1. Gaulkan tepung dgn ghee dan majerin. Masukkkan udang kering, bawang, daun bawang dan santan.
  2. Ratakan dengan air yang di campur dgn 2 sk garam halus tadi. Gaul hingga sebati dan rasa kan masin nya ya.. supaya kena dgn citarasa masing masing.
  3. Rehatkan adunan tadi di dalam 1 jam gitu.. 
  4. Selepas itu gunting kecil kecil (hati hati jgn sampai cedera plak ya main gunting ituhh)
  5. Goreng bersama minyak hingga warna perang keemasan .
Itu dia kuih gunting nya yang sedang di goreng.. ;)

Selamat mencuba ya.. ;)

Sunday 26 August 2012

Akademi Laut Malaysia (ALAM) Kisah selepas SPM


Irfan di hari pendaftaran.. rambut dah siap di potong pendek.. ;)
 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang Ani kasihi.. semoga semuanya sihat sejahtera.. Hari ni Ani nak berkongsi kisah Irfan anak sulong Ani yang akhirnya menyambung pelajaran di Akademi Laut Malaysia.. (ALAM) Alhamdulillah syukur kepada ALLAH swt Ani dapat melihat kegembiraaan dan semangat dia utk belajar disana..
Ani nak berkongsi kisah ini dgn harapan dgn sedikit sebanyak mungkin dapat memberi inspirasi dan informasi bagi mereka yang mencari.. ;)

Selesai peperiksaan SPM.. Irfan nak kerja.. ambil lesen motor dan kereta.. Alhamdulillah semua itu tercapai..
Bila keputusan diumum kan.. walau Irfan tak dapat A lurus.. (straight A's).. Ani tgk dia sgt positif.. Dia apply semua peluang yang ada utk sambung pelajaran.. Matrikulasi.. Uitm.. UniKL(MIAT) semuanya lah.. termasuk lah ALAM Diploma In Nautical Studies.. jadi apa yang Ani belajar dari Irfan selepas keputusan keluar walau dia tak dapat keputusan yang di ingin kan jangan buang masa dgn bersedih dan kenangkan kenapa? kenapa? kenapa? Ketika itu Ani berkata.. Anak ini kuat semangatnya..

Untuk memasuki ALAM kena lulus ujian Bahasa Inggeris, Fizik dan matematik yang diadakan oleh pihak ALAM.. setelah lulus barulah anda layak melalui sesi temuduga bersama pihak "sponsor" seperti MISC, GMV, AET dan sebagainya.. pihak "sponsor" ni adalah dari syarikat perkapalan.. tetapi selain itu pihak MARA, JPA dan FELDA juga ada memberi pinjaman atau biasiswa pada pelajar yang layak..
Tetapi Irfan terpaksa menunggu keputusan dari pihak "sponsor" dalam sekitar bulan Julai gitu.. ketika itu keputusan Matrikulasi, Uitm dah keluar dah.. jadi semasa tu Irfan memang nak ke ALAM tapi "sponsor" nya tak sure.. Matrikulasi Johor Irfan tak pergi.. UITM Bukit Mertajam Penang Irfan pergi kerana Ani sekeluarga bimbang tak dapat "sponsor" ke ALAM.. Jadi awal Jun kami ke UITM daftarkan Irfan.. belajarlah dia di UITM dalam lebih kurang sebulan gitu.. Akhirnya dah dinamakan rezeki.. pasti ALLAH swt lebih tahu.. MISC menaja pelajaran Irfan di ALAM.. dgn syarat.. Irfan kena score sekurang kurangnya 3.0 CGPA nya kalau tak "sponsor" akan jadi pinjaman.. ini adalah disebabkan MISC mahu semua kadet tajaan mereka mencapai tahap yang dikehendaki.. Petang ini Ani nak hantar dia semula ke ALAM.. semoga segala urusan dan pembelajaran Irfan dipermudahkan oleh ALLAH swt.. Buat Irfan entry ini khas utk Irfan.. Mama n Papa bangga dgn Irfan.. Kami doakan Irfan berjaya dan di dalam lindungan ALLAH sentiasa.. Aminn.. Pada Allah swt.. Terima kasih atas segalanya..

Pada sesiapa yang menbaca entry ini.. Ani belajar dari anak anak.. erti ketabahan.. restu.. dan redha..
Tu dia Irfan.. berkemeja biru dgn tali leher.. ini semasa datang utk ujian dan temuduga.. ;)

Tu dia senior Irfan in uniforms.. segak segak.. ;)
Polaris Hall penuh dgn ibu bapa dan saudara mara di hari pendaftaran..
Semua pelajar memakai kemeja putih pada hari pendaftaran..







Salam Aidilfitri..

Salam Aidilfitri utk semua pembaca yang dikasihi khas utk followersku yg tersayang.. Lama tak bersiaran di sini.. tetapi anda semua tetap di dalam ingatan..

;)

Tuesday 24 July 2012

Hai Hai.. Bye Bye Penang..

Assalamualaikum semua pembaca yang Ani kasihi.. Alhamdulillah sudah masuk hari keempat kita berpuasa.. Doa Ani semoga kita diberi kekuatan dan keberkatan utk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.. Ani jarang sangat buat entry kebelakangan ni.. maaf ya..  tumpuan diberi pada keluarga dulu ya.. insyaallah ada kesempatan diizin Allah swt akan ada lagi entry mendatang..

Oh ya kali ni nak cerita tentang Irfan hari itu beliau melanjutkan pelajaran ke UITM Bukit Mertajam Pulau Pinang.. lebih kurang sebulan di sana beliau buat keputusan untuk meninggalkan UITM  untuk menyambung pelajaran di tempat lain setelah di bincang.. di timbang sebaiknya..  kata putus dari dia Ani redha dan doakan yang terbaik utk Irfan.. dia yang ingin belajar.. Ani restukan.. Kemana Irfan menyambung pelajaran nya akhirnya? Tunggu.. ;)

Di sini Ani kongsikan foto foto sepanjang Ani ke Pulau Pinang sewaktu menghantar juga menjemput Irfan pulang.. sebagai kenangan dan ingatan buat Irfan.. "Di dalam hidup ini kita pasti akan berada di dalam situasi utk membuat keputusan demi masa depan.. Jangan persiakan pilihan yang telah dibuat.. Usahalah sesungguhnya.. Semoga AllaH swt memberkati perjalanan hidup yang bakal Irfan lalui".. Aminn




Tu dia Pasembor sampai tak nampak muka orang kat belakang tu kan..  rasa sedap harga pun sedap.. ;)

Tu diaaa sotong kangkung.. mai mai.. makan 

Tadaaa 

Suasana di Padang Kota Lama..


Terima Kasih UITM jodoh kita hanya setakat ini..  Jasa mu tetap di kenang..

Thursday 19 July 2012

Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew


Cak Cak semua.. aduhai Kak Ani ketinggalan keretapi atas kesibukan dan tumpuan perlu diberi pada keluarga.. Sha buat kuiz ya.. Ada hadiah yang menarik.. buat hati tertarik.. ;) untuk makluman yang belum mengenali Sha beliau merupakan seorang novelis.. juga peserta Masterchef Malaysia.. seorang ibu dan isteri yang gigih juga sangat peramah orangnya..tujuan kuiz ni yang sungguh murni demi memanjangkan silaturahim.. Mari mari klik SINI okehhh.. Kak Ani dah sedia dah siap dgn baju sukan dan kasut sukan coz nak kejar soalan kuiz Sha "wish me luck u alls.. ;)"  hahaha ok jgn buang masa lagi.. cepat cepat join.. oh ya sambil lari lari anak nak kejar soalan Sha.. kena ketuk lima pintu blog Sha ni Cak Cak Shaa Kak Ani datang ni..
Sebelum Kak Ani mengah tak dapat bersuara coz asyik mengejar soklan kuiz SHA..Kak Ani nak ucapkan.. Salam Ramadhan ya untuk semua.. Selamat Menjalani Ibadah Puasa.. Semoga kita sentiasa di dalam limpah kurnia dan keberkatan ALLAH swt.. Aminn..Terima Kasih pada semua FOLLOWERS ku.. Sayang semua..

Monday 9 July 2012

Bubur Kacang Hijau ada Durian :D

Aduhai lama nya tak post entry.. maafkan daku yang kehilangan .. seperti di ragut bahagia ku.. adehh jiwang sungguh Kak Ani kan.. ni sebab kes berjauhan dgn Irfan yang dah sambung belajar.. Tinggal Kak Ani dan En Suami dan Princess Greyco je kat rumah.. Imtiyaz pun di asrama.. uwaaa rinduu dgn anak anak ku.. tak suka tak suka.. haaa haaa mula la adegan tak matang ku inih.. hahaha sabar jelah.. Anak anak membesar dgn cepat sampai masanya utk dilepaskan demi mengejar ilmu.. Kak Ani redhakan..
Baiklah.. kali ni marilah berkongsi resepi yang selalu di buat kat rumah ni coz kegemaran En Suami..  

Kak Ani share kan resepi nya untuk rujukan sesiapa yang mencari.. ;)


Bahan bahan nya :
2 cawan kacang hijau cuci bersihkan
1 ketul gula melaka
1/3 cawan gula pasir
1 helai daun pandan, disimpul
5 - 8 ulas durian
Secubit garam
Santan dari sebiji kelapa

Cara membuatnya :
Rebus kacang hijau hingga kembang, kemudian masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan.
Tambah santan dan secubit garam. Masak sebentar dan masukkan durian.
 Rasa dan jika kurang manis, tambah sedikit lagi gula.
Masak sekejap dan jika pekat tambah air sedikit lagi.
Rasa dan jika ok boleh tutup api.

Sedap dinikmati sejuk atau panas.

Selamat mencuba ya..

Thursday 28 June 2012

Main Cak Cak di Alamanda Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca yang saya hargai.. lama tak bersiaran seolah hilang semangat.. badan pun tak sihat je kebelakangan ni..baiklah nak citer ni .. jeng jeng jeng jeng.. Ahad yang lepas (24 Jun 2012) Ani ke Alamanda Putrajaya utk berjumpa sebentar dgn Shahriah Abdullah..  haaa bagi peminat Master Chef Malaysia 1 pasti mengenali beliau.. Sha yang datang dari Johor Bahru utk menjayakan Majlis Temu Mesra bersama Novelis anjuran Karang Kraf.. Shahriah Abdullah bagi Ani adalah seorang wanita yang gigih.. beliau bijak mengatur masa utk urusan harian menjalankan tugas sebagai isteri.. ibu.. blogger.. juga penulis.. entah mengapa Ani yang asyik bertemu Sha di alam maya.. yang bertukar komen di blog rasa terpanggil utk bertemu dgn nya..

Alhamdulillah dgn izin Allah swt kami bertemu.. dapat berbual rasa tak puas nak chit chat tingg.. di situ Ani juga berpeluang berjumpa dgn adik blogger Setia Kekal Abadi "SKA" dan Asyraf ..Alhamdulillah petang itu berkat.. dapat  Ani menambah sahabat.. Jangan lupa jengah dan follow blog adik adik kita ituh ya..

Baiklah mari mari layan foto foto nya ;)
Ini lah dia Shahriah Abdullah comel molek.. orang nya peramah.. cepat mesra.. saya sukaaa ;)

Majlis Temu Mesra ini juga bersama Novelis Durrah Fatiha.. Manis dan lembut orangnya..

Lihat itu wajah gumbira ku.. ;)

Sha sedang menandatangani Novel terbarunya "Kerana Sebiji Epal"

Tadaaa ini lah dia bukunya.. Kak Ani dah habis baca.. Plot cerita ni adusss berpeluh dibuatnya.. Aduhai Najlah..  Herman kenapa? kenapa? Khairy? isk isk  nak tahu? HARUSSS lah BELI tau.. ;)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...