Tuesday 28 August 2012

Kuih Gunting Emak.. Ani sayang mak..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. haaa cerita pasal kuih gunting ni kan.. seingat Ani kuih ni memang menjadi kegemaran Ani dan adik beradik.. sedap di makan bebila je.. terutama sekali waktu nonton tv.. tup tup tgk laaa dah surut setengah bekas kuih tu... haaa amik kau mcm tu sekali penangan nya.. hahaha kalau dah namanya suka..

haaa inilah ghupernya kuih gunting mak..  ;)
kuih ni mmg sedap di buat kudapan.. Encik suami mmg suka kuih ni jap je dh licin.. resepi nya mudah.. pastu plak boleh main gunting gunting lagi.. Ani teringat dulu masa buat kuih ni zaman anak dara zaman Ani kiut miut lagi tau.. bila mak suruh gunting kuih ni  mak selalu tegur jgn gunting besar besar.. tak elok rupanya.. alaaa zaman tu kira nak cepat habis je kan.. tu yang gunting besar besar.. Terguran mak tu memang betul.. memang tak senonoh betul kalau besar besar.. silap silap bakal mak mertua cancell tak jadi pinang la kalau tgk size kuih gunting tu besar ya rabbi... hahaha

Kepada emak.. terima kasih atas segalanya..

setelah di gunting kecil kecil comel comel ;)
Resepinya:-
  • 1 kilo tepung gandum
  • 4 sb ghee
  • 3sb majerin ( Ani bubuh 4sb kenkadang lebih hehe) syyy jgn kasi tau mak tau.. ;) 
  • 1 cawan udang kering direndam dan di tumbuk halus
  • 1 biji bawang besar di tumbuk halus (jika guna bawang merah kecil tu dlm 10 biji ya)
  • 3 tangkai daun bawang di hiris halus
  • santan kelapa segar (Rm 2.00)
  • 2 sk garam halus
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:-

  1. Gaulkan tepung dgn ghee dan majerin. Masukkkan udang kering, bawang, daun bawang dan santan.
  2. Ratakan dengan air yang di campur dgn 2 sk garam halus tadi. Gaul hingga sebati dan rasa kan masin nya ya.. supaya kena dgn citarasa masing masing.
  3. Rehatkan adunan tadi di dalam 1 jam gitu.. 
  4. Selepas itu gunting kecil kecil (hati hati jgn sampai cedera plak ya main gunting ituhh)
  5. Goreng bersama minyak hingga warna perang keemasan .
Itu dia kuih gunting nya yang sedang di goreng.. ;)

Selamat mencuba ya.. ;)

12 comments:

  1. assalam ani..nampak sedap ni..boleh cuba..izinkan acik ambil resipi ye..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Erna.. silah cuba ya.. sesama.. ;) terima kasih juga dari Ani ;)

      Delete
  2. Salam Aidil Fitri Kak Ani.... Maaf Zahir Batin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri dik Antan.. maaf zahir batin ya..

      Delete
  3. salam perkenalan,

    alamak lost la mak lang ani, sebelum gunting tu kena buat roll kecik2 ke? huhu...macam dah terasa masuk mulut ni....sedap 3X!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasienaa sorry Ani lambat reply..ya betul tu kita bulat bulat kan adunan tu kecil .. cukup saiz nya utk selesa kita pegang dan di tekan leper sikit guna jari bebola adunan tu tdi lalu digunting kecil.. selamat mencuba ya.. harap jelas ya.. ;)

      Delete
  4. Ghee tu ape?huhu..nak buat la..tb2 tringin makan..

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan..
    Nampak mudah & senang nak buat..aiza mtx izin mencuba resepinya ye mak lang ani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam knal dik., thx sudi singgah sini.. Slamat mncuba

      Delete
  6. Ghee tu apa ye?nak mintk gak resepi ni..

    ReplyDelete
  7. Ghee tu minyak sapi.....^____^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...