Friday, 23 March 2012

Sambal Belacan Tomato.




Sambal Belacan Tomato.. hmm kesedapan nya sebagai penambah selera tak di sangkal lagi.. sehingga bagi Ani siapa yang tak makan sambal belacan rugi sehh.. mungkin ramai dah tahu nak wat.. Ani tetap nak share kan kerana besarnya pengaruh sambal belacan dalam menu makanan harian kita.. kira penghormatan  dan pengiktirafan la kan.. Baik lah mari layan bagaimana dan apa yang diperlukan bila nak buat sambal belacan..

 Bahan - bahan :-

  •  5 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 3 cili padi
  • 1 sudu makan belacan 
  • 3 biji limau kasturi
  • sebiji tomato ( guna yang masih belum terlalu masak) potong dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :-

  1. Cili merah, hijau dan cili api di potong kecil lalu di tumbuk lumat.
  2. Masuk kan belacan.
  3. Masuk tomato, garam dan gula.
  4. Hidang kan bersama perahan limau kasturi.

4 comments:

  1. Assalamualaikum Ani,
    memang betul tu... sambal belacan pembuka selera! Raja lauk tradisional tu Ain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Amie.. tu lah kan aduhai terliur je kan

      Delete
  2. Askm k.ani....

    Mengiurkan sambal nie...dapat pulak makan lauk bersup...lagi la penaik selera kak :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Asz.. a ah kan dik berselera harus bertambah tambah makan

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...