Sunday 22 April 2012

Pengat Nangka.

Hi semua.. ;)
Sebelum menutup tirai hari ni Ani nak kongsikan hidangan minum petang tadi.. pengat kegemaran En suami.. Pengat Nangka.. En Suami memang suka kan buah nangka samada di makan mentah atau di buat pengat. 

Resepi nya: (Hidangan untuk 4 orang)

5 ulas nangka (di hiris kecil buangkan bijinya)
Santan (Ani beli RM2.00 tu je)
1/2 ketul gula melaka
gula pasir secukupnya ( Ani guna dalam 5 sudu besar )
Garam secukupnya
3 sudu besar sagu (direndam)
2 helai daun pandan
Cara membuatnya:
  1. Jerangkan santan di dalam periuk dgn daun pandan sehingga mendidih. Masukkan gula merah yang di potong kecil supaya cepat larut. Masukkan juga gula pasir. Rasakan manisnya.
  2. Masukkan nangka. Kacau rata dan masuk kan garam. Biar kan hingga mendidih. Selepas itu masukkan sagu yang sudah di basuh bersih. Biar kan ia mendidih sehingga semuanya mesra.
  3. Selepas masak boleh lah dihidang.
Hidangan mudah tidak makan masa yang lama.. sedap dan yang paling penting senyuman suami yang terbangun dari tidur petang nya kerana wangi bau pengat lalu berkata " dah masak pengat nya yang?
Itu lah saat heaven.. perasaan itu.. priceless ;)


Saturday 21 April 2012

Bila Hati Sudah Suka.. ohh Puding Roti Marble

Bila hati sudah suka.. bila hati sudah buat pilihan.. tapi sebenarnya bila tekak dah suka punya kes ni.. haha rasa nak buat lagi je ni.. suka nya bila balik kerja.. badan penat.. minda penat.. tapi bila makan  puding ni yang sejuk nyaman je bila lalu kat tekak ni.. heaven i tell you.. :) resepi nya klik kat sini ya sayang..

Nampak tak yang berketoi tgh tu adik adik? haa tu coz puding ni cepat sejuk kerja membelang tu kena pantas ya kalau tak begitulah kejadian puding tu.. ada jerawat sket.. haha ;)


Mihun goreng lelap mata.

Cak Cak ;) Tadaaa mempersembahkan Mihun Goreng Lelap Mata..
Haaaa dapat lagi main cak cak dgn semua pembaca yang sangat Ani hargai.. Alhamdulillah.. 
Dah sarapan semuanya? mesti dah kan kalau belum dah lambat dah ni.. sekarang dah 10.11 am..
Kali ni Ani nak kongsi resepi yang sgt mudah pa lagi off coz la mihun kegemaran saye.. Mihun ni bukan nya Ani masak tak bukak mata ya.. hahaha saja panggil mcm tu coz resepi ni paling basic la kan.. pada readers yang memang handalan memasak tu pun pasti setuju.. Mihun ni kalau kita goreng kena rencah nya cukup masin nya mesti sedap.. tak caya cuba klik sini .. ok meh layan resepi nya:

1 bungkus mihun (rendam hingga lembut)
250 gm daging (di potong nipis)
1 mangkuk sayur sawi atau kuchai
1/2 cawan air
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
garam secukup nya
sedikit minyak utk menumis
lada merah, bawang goreng, daun sup dan daun bawang utk hiasan

Cara memasak nya:-
  1. Tumiskan bawang merah dn putih yang telah ditumbuk halus. Masuk kan cili kisar. Biar hingga cili garing dan naik bau.
  2. Masuk kan daging. Kacau rata.. masuk kan air. Setelah daging empuk masuk kan sos tiram, sos tomato dan kicap. Masuk kan juga garam. Rasa kan masin nya.
  3. Masuk kan mihun yang telah di tos. Gaul rata hingga mesra. Selepas tu masuk kan sayur. 
  4. Bila dah masak hias kan dgn bahan hiasan pilihan anda dan boleh lah di nikmati.

* Bila masak mihun pasti kan rasa masin nya coz mihun yang tawar mcm bihun yang di makan mentah je rasanya.. hahaha mcm tu sekali tau siyes nya.. jadi buat bakal bakal menantu ku ingat ya.. ;) ahakss


Sunday 15 April 2012

Ikan Bawal Masak Masam Manis

Hai semua.. bagaimana hari minggu anda? 


Hari ini merupakan hari yang santai sahaja buat Ani. Pagi tadi selepas sahaja bersarapan terus masak tengahari kerana Imtiyaz call.. Mama bila nak datang? Yaz lapar.. haaa tanpa berlengah lagi terus masuk dapur keluarkan ikan yang memang dah ada dlm peti ais tu.. khidmat anak bujang yang sulong tu di perlukan  suh g kedai jap kebetulan tak de stok tomato.. Ikan merupakan menu kegemaran keluarga selain ayam. Kali ni Ani masak masam manis. Menu yang mudah, ringkas, cepat dan yang penting sedap. 


Dulu masa kecil Ani suka sangat ikut mak dgn abah ke rumah orang kahwin. Selalu nya Ani akan menangis sampai tahap guling guling kalau tak dapat ikut.. tengok tu perangai.. tak baik tau.. alhamdulillah anak anak Ani tak de yang ngikut mama nya hahaha.. sabar je la kan.. begitu la "Drama Queen" bila abah Ani kata "ok la ikut lah" trus tak nangis dah trus cecepat nak mandi nak pakai baju "gown" adehh isk isk Ani.. ;) Ani suka ke majlis perkahwinan kerana suka tengok pengantin.. suka makan sedap.. suka makan pulut kuning tu.. pastu suka dapat telur tu.. dulu kalau dapat telur tu bangga wo.. lagi lagi dapat makan dengan pengantin selalu nya menu ikan masam manis  mesti ada.. jadi setiap kali masak atau makan masakan ni buat Ani mengimbau kisah masa kecil dulu.. masa nenotty sgt.. :D

Resepi Ikan Bawal Masam Manis:-

1 ekor ikan bawal
sedikit garam dan kunyit.

Bahan untuk sosnya:-

  • 5 biji bawang merah 
  • 3 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 biji lada hijau
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji tomato 
  • sedikit daun sup
  • Garam dan gula serta sedikit minyak untuk menumis


Cara Membuatnya:-
  1. Ikan bawal dilumur dgn serbuk kunyit dan garam lalu di goreng dgn minyak hingga garing. Bila sudah masak ketepikan.
  2. Didalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, putih dan halia yang telah dihiris nipis tadi.
  3. Bila sudah wangi masuk kan sos tomato, sos cili dan air untuk kuah nya.
  4. Biarkan seketika hingga mendidih. Selepas itu masuk kan bawang besar dan lada hijau yang juga telah dihiris nipis. Masuk kan juga tomato yang telah dipotong 6. Kacau rata.
  5. Selepas itu boleh lah ditutup api.
  6. Letak kan ikan ke dalam pinggan hidangan. Tuangkan sos ke atas ikan dan hias dengan daun sup. Sedia untuk dinikmati ;)
Selamat mencuba ya.. 

Thursday 12 April 2012

Puding Roti Marble.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Hari ni Ani nak kongsikan satu resepi puding yang mudah tapi
sangat enak rasanya. Beberapa kali dah nampak bila lompat lompat blog kawan kawan seperti blog Asz (asam Garam) dan Izzah Muffin Lover. Puding ni Ani buat semalam sempena cuti Pertabalan Agong ke-14.
Buat Asz dan Izzah terima kasih atas perkongsian resepinya tak lupa juga pemilik asal resepi ini Hana..

Resepi: Puding Roti Marble.
Sumber: hanamemories

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu butter atau magerin (cairkan)
  • 3 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko 

Cara membuatnya :-

  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar agar dan gula kedalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan 1/2 cawan air. Masukkan ke dalam periuk agar agar yang sudah mendidih tadi.
  3. Masuk kan butter/magerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. Mati kan api.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian satu warna asal, dan satu lagi campur kan koko.
  5. Ambil sesenduk warna asal tuang ke tengah tengah bekas puding. Kemudian ambil satu senduk warna coklat tuang ke atas warna asal tadi. 
  6. Biarkan puding bergerak sendiri tak perlu ratakan atau kacau.
  7. Ulang proses 5 sehingga habis. Ketika me'marble'kan puding hendak lah cepat untuk mengelak kan puding membeku.
  8. Bila dah siap biarkan seketika. Kemudian masuk kan ke dalam peti ais.
  9. Sedap dinikmati bila puding dah sejuk.
* Ani buat tiga warna kali ni. 1 warna asal, 2 warna yang dicampur dgn koko, 3 warna yang dicampur dgn pewarna pink. proses nya sama saja.. selang selikan setiap warna itu hingga habis.
Selamat Mencuba ;)

Sunday 8 April 2012

Sleepyhead.

Hi semua, Jam sudah pukul 9.41 malam entry terakhir hari ini..esok kerja.. mata Ani pun dah mula layu.. hati terasa sayu terkenang Imtiyaz di asrama.. dah lama tak tgk Princess Greyco kan.. haa lately ni dia asyik tidur.. bila bangun makan, minum n of coz yak yak ngan shi shi hehe tu je la kejenya princess kesayangan kami sekeluarga..
k la nite nite ;) sweet dreams


Ini adalah salah satu cara princess Greyco nak halang Ani mengadap lappy haha :))

Rendang Itik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ;)


Alhamdulillah baru sahaja selesai makan tengahari bersama keluarga tersayang.. Hari ni Ani buat rendang itik kegemaran sekeluarga.. Ani juga pernah buat Kari Itik Pedas sila klik sini .Imtiyaz bakal kembali ke sekolah hari ini setelah 2 minggu cuti mc kerana chicken pox.. lama juga tak buat rendang itik dah jarang lalu jalan ke Kuala Pilah semenjak Irfan menamatkan zaman 
persekolahan nya di STJ. Hari tu Ani dok terliur tgk resepi rendang itik di blog Asz sila klik sini.  Resepi nya memang sedap sehingga menjilat jari. Dik Asz Kak Ani minta izin salin resepi nya di sini ya. Terima Kasih Asz  atas perkongsian resepinya..

RENDANG ITIK

Bahan-bahan

  • 1 ekor itik-di potong kecil
  • 1 biji bawang besar ( dimayang)
  • 6 biji bawang kecil ( dimayang)
  • 4 biji bawang putih ( dimayang)
  • 2 inci halia ( dimayang)
  • 1 inci lengkuas ( dimayang)
  • 1 1/2  sudu makan jintan manis*
  • 1 1/2 sudu makan ketumbar*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 1/2  sudu kecil lada hitam*15-20 cili kering*- (bergantung kepada kepedasan yang di ingini)
  • 5 batang serai-3kisar- 2 titik hujung
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat di simpul
  • 1/2 kg  santan pekat (beli yang kira kg ajer)
  • sedikit air-nak lembutkan daging itik.
  • sedikit minyak 
  • garam



Cara-cara Penyediaan :


  1. Bersihkan itik  dan toskan.
  2. Sangai (goreng tanpa minyak) rempah-rempah bertanda *.  Kisar dengan sedikit air.
  3. Tumis rempah-rempah dulu dan bila dah berbau wangi baru masukkan segala bahan yg tlh dimayang.
  4. Biarkan berbau wangi dan kacau selalu dan masukkan pula itik. 
  5. Masukkan air dan perlahankan api dan tunggu daging itik empuk.  
  6. Kacau dan masukkan santan pekat.
  7. Biarkanlah merenih dengan api sederhana  dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik hujungnya dan daun kunyit yang telah disiat dan di simpul.
  8. Kacau selalu dan bila dah pekat masukkan garam.
  9. Bila dah agak pekat, kecilkan api...kacau selalu sbb masa nie rendang mudah hangit...dan kacau sehingga kering. 


Wednesday 4 April 2012

Sayur Taugeh goreng dengan Tauhu Putih.


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. adesss berabuk sudah ini blog.. tuan tanah nya sibuk dah mula kereje.. dgn Imtiyaz di landa chicken pox lagik.. baiklah hari ni meh la Ani share resepi sayur  taugeh ni.. pada penggemar taugeh memang lah heaven.. lagi lagi dgn kerangupan nya kan.. buat adik adik yang baru nak main masak masak kat dapur tu.. meh meh layan resepi yang amat mudah.. haha kalau setakat sayur ni pung tak leh masak memang nak kene cubit lah .. kalau bakal mak mertua tau.. mahu di kurangkan wang hantaran nya.. ahaksss.. jadi moral of the story is.. orang perempuan setinggi mana pun pelajaran nya.. setinggi mana pun jawatan nya.. kene ke dapur juga.. ilmu di dapur.. ilmu memasak pun kena handal juga.. ingatan buat bakal bakal menantu ku.. hahaha berangan lah sangat anak teruna baru abis SPM dah nak menantu ke? Ahakss
Resepi nya:

3 biji bwg merah
2  biji bwg putih
ikan bilis 2 cubit di rendam
sayur taugeh 50 sen
2 tangkai sayur kuchai
2 ketul tauhu putih di potong dadu
Garam secukup nya
sedikit air
1 biji lada merah dihiris nipis sebagai hiasan

Cara membuat nya:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk halus bersama ikan bilis. Bila dah naik bau masuk kan tauhu putih. Masuk kan sedikit air untuk kuah. Biar kan hingga mendidih.
  2. Setelah mendidih masuk kan sayur taugeh, daun kuchai dan garam. Kacau mesra rasa garamnya.
  3. Selepas itu boleh lah di angkat. Hias kan dengan hirisan lada merah. Jangan dibiar taugeh terlalu lama di atas api nanti terlalu layu hilang kesedapannya. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...