Wednesday, 14 March 2012

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, Salam 1 Malaysia.. ahakss semangat btul pagi ni.. :D Baiklah pagi ni Ani nak share kan menu tak asing lagi dalam makanan di malaysia ini iaitu asam pedas. Jika dah berasal dari melaka tu tentu tak sah jika tak tahu masak asam pedas. Asam pedas memang kegemaran Ani terutama sekali anak Ani .. Irfan. Oleh itu sesapa yang nak jadi menantu kena pandai masak asam pedas ya.. hahaha awal awal dah kasi tau ni.. Resepi tentu dah ramai yang tahu kan.. tak pa Ani share kan juga buat rujukan.. Selamat Mencuba.. ;)

Bahan :-

  • Seekor ikan tenggiri saiz sederhana
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 2 bji tomato di belah empat setiap 1
  • air secukup nya ( jaga jaga jgn smpai cair sgt kuah tu ) 
  • garam dan gula secukupnya
  • 1/4 cawan minyak utk menumis
  • Bendi 5 btg
  • Belacan 1 cm
  • 1 sudu kecil rempah tumis ikan
Bahan Kisar :-
  • 20 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm kunyti hidup
  • 2 cm halia
  • air secukupnya utk di kisar
Cara Memasak :-
  1. Panaskan minyak di dlm periuk, tumis bahan kisar, rempah tumis ikan dan belacan dengan api sederhana. Kacau hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ikan dan sedikit air hingga mendidih.
  3. Masukkan air asam jawa dan tambah lagi air utk kuah secukup nya
  4. Masukkan garam dan gula secukup nya
  5. Masukkan bendi dan tomato biar seketika dan tutup api.
Oh ya jangan lupa jika ada kuah berlebih jangan di buang sedap dibuat sebagai cicah cekodok ikan bilis atau roti canai.. 

2 comments:

  1. Salam kenal..selera betul tgk asam pedas ni..dh lama plk tak masak asam pedas..nanti bleh cuba resepi dr sini lak..bleh yer? Ahakss

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan Adda terima kasih Kak Ani ucapkan sudi singgah kat blog akak ni.. bole aje cuba resepi kat sini pa salah nya.. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...