Tiba tiba handfon En Suami berbunyi dgn nada dering lagu yang Imtiyaz "set" kan lagu lagu anak zaman "touch screen" haha.. Aku segera menjawap nya kerana en suami nak menghidup kan enjin kereta.. "hello" terdengar suara yang cukup aku kenali.. Yaz.. cepat aku menjawap.. Pa kbr nak? Imtiyaz sihat? Dah makan? Buat pa tu? haaa bertalu talu tak soalan ? Heppp jangan nak ketawa atau menggeleng geleng kan kepala.. cuba lah jadi mama, ummi, mak, ibu ke mummy ke cuba lah.. begitulah teruja nya bila mendengar suara anak kesayangan yang berada di sekolah berasrama yang masa berjumpa, bermesra, makan bersama semakin berkurangan demi cuba memberi peluang mencari ilmu yang terbaik utk anak tercinta.. "Ma Yaz kena chicken Pox.. " Haaa? Dah banyak keluar ke nak? Boleh balik tak? Cikgu tahu tak? Badan Yaz panas ke? haaaa banyak lagi soalan tu kan kan.. hahaha sabar je la kan..
Semasa ntry ni di tulis Imtiyaz sudah berada di rumah.. bintik kemerahan sudah semakin bertambah bilangannya dan semakin kelihatan.. Kasihan anak ku sayang terpaksa berpantang makan.. padahal ayam, udang, sotong merupakan kegemarannya.. dan yang paling seksanya menahan nafsu bila tak dapat makan Kicap.. hahaha kan orang orang tua cakap "jgn makan kicap nanti parut nya hitam" aduss walau dulu semasa Ani kecil Ani sungguh tak setuju dgn kenyataan itu.. btul ke makan kicap parut tu nanti hitam cam tak caya je.. tapi kita kan sakit ikut je lah..
Cepat sembuh ya anak ku.. Insyaallah dgn izin allah..
*Virus Chicken Pox boleh berjangkit melalui udara ketika pesakit batuk atau terbersin, sentuhan pada bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian pesakit.
Isk isk ni bukan Imtiyaz.. :P foto ni dari averaorg.adam.com |
Oh ya esok nak cari daun Semambu atau daun Neem yang secara tradisional nya terkenal dgn khasiat boleh meredakan kegatalan dibuat sebagai alas tempat tidur, diramas dan boleh dicampurkan dgn air utk dibuat air mandi pesakit atau di tumbuk halus dan dilumur kan pada badan.
Haaa ini lah daun Semambu. foto ehsan dari www.benkungmoden.com |
No comments:
Post a Comment