Tuesday, 20 March 2012

Talam Keladi.


Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, Ani cuba buat Talam Keladi dengan keladi yang di beli semasa balik dari Morib hari tu.. Ini percubaan pertama Ani.. Alhamdulillah menjadi walau Ani rasa warna purple utk lapisan atas tu Ani bubuh terlebih meriah sket.. maklum la excited lelebih.. haha.. Ani memang suka makan kuih talam selalu membeli jarang sekali membuat nya.. tetapi semenjak ada blog ni selalu lompat lompat intai dapur rakan blogger yang len terutama sekali blog Ratu Talam kita Pn Yatie iaitu Sinar Kehidupanku.. datang semangat nak belajar buat kuih talam.. dapat lah beri pada jiran dan buat bekal En suami ke ofis..Menurut Yatie resepi ni berasal dari Chef Asma terima kasih ya atas sumbangan resepi nya.. dan resepi nya di kopipes dari blog Ayu jadi Ani minta izin ya resepi nya di panjangkan di blog Ani.. ribuan terima kasih ya..

Resepi nya :-
Talam Keladi

Sources:-From Chef Asma
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction.blogspot.com
LAPISAN BAWAH
Bahan Bahan
(A) 220 gm tepung beras
      40 gm tepung ubi
      1 1/2 tsp garam
      300 ml santan pekat
      700 ml air

(B) 250 gm keladi - (lebih sikit pun tak apa) - buang kulit, basuh,(basuh dgn air garam untuk tidak hitam) potong kiub dan kukus selama 5 minit.- (kukus baru timbang)

Cara-caranya :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit

LAPISAN ATAS
Bahan Bahan
150-180 gm tepung gandum-sorry just edited
250 gm gula halus
3-5 biji telur-sorry just edited
250 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna purple

Cara caranya :
1.Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali)

4 comments:

  1. Assalamualaikum Ani,
    nmpk cantik dan kemas je potongan kuih talam keladi tu..wat terliur je...jngnlah panggil akak ratu talam..tak sesuai..akak sekadar peminat setia kuih talam..tu jeeee...he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Kak Yatie.. trima kasih sudi singgah blog Ani.. ok Ani tak panggil Ratu Talam minta maaf jika kak tersinggung tapi terus terang Blog Kak Yatie byk beri inspirasi dan rujukan terima kasih ya ..;)

      Delete
  2. As'alam Ani

    wahhh...sedanya kuih talam keladi, lama betul tak makan. Tapi tak pernah buat lagi, walau ada request dari En Hubby..hehehe

    selalunya beli masa bulan Ramadhan je, tu pun kecik molek aje potong kalau buat sendiri puas makankan Ani :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak CT Ani a ah mmg suka Talam keladi tu yang cuba buat sendiri.. mmg diluar dorang jual comey comey kan.. kalau bulan ramadahan tu "heaven" sgt kalau mkn kuih ni kan..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...