Sunday 27 May 2012

Masak Lemak Labu

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang di hargai..
Pada pagi yang ceria ini Ani nak share resepi mudah masak lemak sayur labu. Ani masak ni utk di makan bersama Ikan Selar Kuning yang dimasak bersama lada hidup tempohari sila klik kat sini ya... Masakan ni merupakan masakan kegemaran kami sekeluarga. Sedap dinikmati dgn sambal belacan.. ikan masin goreng, sambal ikan ke.. sambal udang ke.. walllahhh ;)


Resepinya:

1/2 biji labu
santan dari 1 biji kelapa
1 btg serai
1 helai daun kunyit
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 1/2 camca besar ikan bilis
Garam secukup nya

Cara memasak nya:
  1. Potong labu, buang kulit dan biji nya. Bersih kan masuk kan ke dalam periuk bersama bawang merah, bawang putih,serai dan ikan bilis yang ditumbuk halus.
  2. Masuk kan santan, boleh tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat.Masak hingga mendidih.
  3. Masuk kan daun kunyit dan juga garam. Masak dgn api kecil hingga labu empuk.
  4. Rasa kan garam nya jika dah ok boleh lah di hidang .
Selamat mencuba ya.. ;)

Thursday 24 May 2012

Ikan Selar Kuning Masak Sambal Lada Hidup

Salam petang semua.. Pa khabar semua? Kepada pembaca blog ku yang di hargai trima kasih coz jenguk kat sini.. oh ya nak kongsi ni resepi ikan sambal lada hidup yang Ani masak ari sabtu lepas.. Sesekali buat sambal guna lada hidup memang layan.. lain rasa nya dgn cili kering yang kita blend tu..
Resepi ni memang mudah.. Ani tujukan kepada adik adik yang baru nak berjinak jinak nak masak.. yang baru jadi isteri orang.. yang baru nak kawin.. yang baru bertunang.. yang baru ada bf.. terutama sekali bakal menantu ku.. hahaha.. yo la sangat nak menantu..

Resepi :

Ikan selar kuning 3 ekor
10 biji lada merah hidup
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
Air asam jawa secukup nya
Garam dan gula secukup nya
Minyak secukupnya untuk menggorang dan menumis
Cara memasak nya :



  1. Basuh bersih ikan dan kerat dua setiap ekor. Lumur kan kunyit dan garam pada ikan. Gorengkan ikan bersama minyak, setelah masak ketepikan.
  2. Blend lada hidup yang di potong kecil bersama bawang merah dan bawang putih.
  3. Panas kan kuali bersama sedikit minyak. Setelah panas tumis kan bahan yang di blender tadi hingga naik bau. Masuk kan garam dan gula.
  4. Setelah garing dan masak ladanya masuk kan air asam jawa. Biar kan sehingga sambal mendidih dan menjadi pekat.  Rasa kan masin dan manis nya. Masuk kan bawang besar. Kacau mesra.
  5. Setelah masak boleh lah di curah kan pada ikan yang telah di goreng tadi.
  6. Hidang kan untuk dinikmati.

Selamat mencuba.. ;)

Monday 21 May 2012

RenDang AyaM MinanG ;)

Tadaaaa.. ;)
Assalamualaikum semua.. jam sudah menunjukkan pukul 10.31 pm.. waktu tidur semakin hampir.. haaa nak citer ni tadi Ani dan kengkawan opis ke KM plaza kat seremban ni.. cari cari pasal.. aikss cari pasal ? bukan arr.. saja jenjalan sesambil merembat baju kurung "ready made" seperti biasa kami mengecoh kan kdai tu.. tapi hasil rembatan memasing tadi pasti membuat tidur malam ni nyenyak ya.. ;) Pada En Suami.. Allah saja la yang membalas jasa baik mu kerana merestui hasil rembatan ku.. alah kan dia yang sponsor aku ke KM Plaza tadi I cayang u banyak banyak.. Ahaksss

Dah dah melaluttt!! gambar kat atas gambar rendang kan.. citer la pasal itu rendang.. apa citer pasal rembat merembat.. haha mintak mahap ya.. Akak ni memang cenggini bila balik merembat dgn hasil rembatan yang memuaskan semangat kegedikan tu lambat hilang..

Baik lah kembali pada topik berdasar kan gambar di atas Rendang Ayam Minang tersebut saya masak Ahad lepas utk di makan dgn Pulut Kuning Super Duper Express saya sila klik kat sini  ya.. Resepi rendang ni Ani dapat dari Blog Azlita Masam Manis menurut Puan Azlita sumber resepi ni sebenarnya dari Pak Engku dari buku resepi beliau Resepi Kenduri Kahwin.. Terima Kasih pada Pak Engku atas resepi yang lazat sehingga menjilatss jari.. dan trima kasih pada Puan Azlita atas perkongsian resepi nya..

Warna rendang Ani ada sedikit lebih kuning coz may b Ani terlebih xcited sgt bubuh kunyit hidup.. pastu Ani tak bubuh Lada Hitam yang tak de kat umah masa tu coz apek kedai runcit tu tutup kedai coz kawin lagi satu.. :P hahaha tu yang len kejadian nya tapi dari segi rasa tetap sedap.. InsyaAllah bila buat lenkali mesti Ani buat bebetul ikut resepi nya baiklah Ani CnP resepi nya ya Ita.. tq again.. ;)

AYAM RENDANG MINANG
By : Pak Engku
Sumber : Azlita Masam Manis

1 ekor ayam kampung - klu tak de ayam bandar pun ok! dipotong 8
5 ulas bawang putih - dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
30 biji cili api - dikisar
2 inc halia - dikisar
4 batang serai - 2 kisar 2 lagi dititik
1 inc lengkuas
rempah tumis - 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
1 sudu teh jintan manis - kisar serbuk pun boleh
1 sudu makan lada hitam - kisar serbuk pun boleh
minyak
sebiji santan kelapa
2 sudu makan kerisik
garam dan gula secukup rasa
daun kunyit dimayang
2 kiub ayam - ita tambah
1 sudu kecil serbuk kunyit - ita tambah (Ani bubuh kunyit hidup)
Ani sekeluarga suka rendang versi "becak - becak" yang tak terlalu kering mcm gini ;)
Tumiskan rempah tumis hingga naik bau, masukkan bahan kisar dan serai titik dan masak hingga kekuningan. Bila sudah kekuningan masukkan jintan manis, lada hitam, serbuk kunyit, dan kiub ayam. kacau rata.
Setelah kuah sedikit kering, masukkan santan, ayam dan kerisik satu persatu.
Bila ayam sudah masak, masukkan garam dan gula seenak rasa dan daun kunyit.
Tunggu sehingga kuah pekat barulah sedia untuk hidangan.

Oh ya sebelum saya menutup tirai malam ni Ani nak ucap kan Selamat Menyambut Bulan Rejab.. 
Alhamdulillah syukur diberi kesempatan utk menyambut Rejab.. Syaaban dan Ramadhan semakin hampir..

Sunday 20 May 2012

Tiada Alasan Lagi.. Pulut Kuning Express

Tadaaaa.. haaa bila nampak je pulut kuning Ani mesti tringat masa kekecik.. masa nenotty ya la kan budak budak.. bila mak g umah kahwin mesti Ani tanya "mak ada pulut tak?" aduhai makan plak dgn sambal tumis ikan bilis yang byk bwg tu.. sedap nya.. dulu kalau ada pulut lebih Ani mesti simpan di dlm peti ais.. pas tu bla nak makan Ani panas kan.. ya lah dulu mana de "fast food" pulut adalah makanan yang Ani gemari.. Anak anak Ani pun kurang berminat tu yang Ani suka perkenal kan pulut kuning kat dorang..

Ok lah mari kita layan resepi nya Ani jumpa di myresepi.com oleh as75 di sini ribuan Ani ucap kan pada as75 kerana perkongsian resepi Pulut Kuning Express nya yang sedap malah tiada beza pun dgn yang kukus tu..ropa ropa nya ada cara yang mudah.. isk isk TIADA ALASAN LAGI..
Makan bersama rendang ayam ;)



Bahan-bahan ( 5-6 org makan )

2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
1 sdt garam
1 helai daun pandan
1 sdb minyak masak
Sedikit serbuk kunyit
Cara-cara

Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..
Selamat mencuba! ^_*

Akhirnya... yeahhh ;) LaSagNa

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ;)
Fuuhhh lama betul tak mengupdate kan ntry.. setakat jenguk blog pastu logout je.. baik lah hari ni Ani nak share gambar Lasagna yang Ani buat hari sabtu lalu atas permintaan Imtiyaz.. Puas hati bila dapat buat sendiri.. ya lah kan selama ni mmg "in love" sgt dgn makanan yang satu ni tapi mkn kat kedai je la kan.. Alhamdulillah hari tu pergi "Western Food Class" yang diadakan oleh Chef Asma. Terima Kasih Chef "My Sifu" kelas tu bagi Ani sangat berbaloi.. banyak yang Ani pelajari.. Gembira bila dapat buat untuk keluarga yang paling best mereka dapat menikmati sepuasnya..
Haaa yang kosong tu dah dinikmati saya dan En suami.. 
Resepi lasagna ni sebenarnya boleh di "google" je.. contoh nya di sini bagi yang berani mencuba tak perlu hadiri kelas pun bole buat.. tapi bagi Ani bila dah hadiri kelas baru kita tahu dan faham langkah langkah nya.. lagi pun Chef Asma byk memberi tips dan produk produk yang sesuai diguna kan.. 

Dapat buat dua bekas.. memang "muai" 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...