Assalamualaikum semua.. hari ni Ani nak kongsi satu resepi yang Ani jumpa di myresepi.com oleh Kak Fida. Resepi ni mudah dan hasil nya sgt sedap. Kali ni Ani buat satay ayam goreng. Makan dgn timun sahaja. Nak buat kuah kacang Ani tak terdaya ini pun luka pembedahan dok berdenyut denyut. Tak pa lah Ani buat perlahan lahan tapi seperti tak lengkap tanpa kuah kacang dan nasi impit. Tak mengapa lah itu je yang Ani terdaya nama nya pun orang sakit. Buat saja apa yang termampu. Itu pun syukur pada Allah swt masih ada kudrat nak bangun sendiri tak la menyusah sangat pada suami yang perlu keluar bekerja. Baik lah mari kita layan gambar dan resepi nya ya.. Kepada myresepi.com dan Kak Fida ribuan terima kasih atas perkongsian resepi yang sgt sedap ni..;)
Bahan-bahan ( 10 orang )
1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
150 g gula pasir
100 g gula merah
100 g madu, 2 sk garam
Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
3 sb ketumbar biji - sangar
2 sk jintan halus - sangar
1 sb lada sulah biji
6 ulas bawang putih
1/2 jari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai - hiris
1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara
Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.
Untuk resepi kuah satay klik sini
Ani dah cuba resepi ni dgn daging.. yummy sgt.. nanti sesiapa nak cuba buat lah lengkap dgn kuah satay dan nasi impit k..
Assalam Chocoani,
ReplyDeletesedapnya sate goreng! Memang langkah kanan datang ke dapur ni...baunya sampai ke Lahad Datu!
Wsalam Amie.. Trima kasih sudi jenguk blog Ani.. memang sedap satay goreng.. berbaloi utk cuba
ReplyDeleteSalam k.ani..
ReplyDeleteK.Ani pembdahan ape?Jgn lasak2 k..asz dulu pun pembedahan tuk 2nd baby,denyutnya xyah cakap,dpt pulak bila bergesel dgn kabinet dapur aduhhh...ngilnye rasa....t.care yea kak..anyway menarik resepi satay goreng nie,anak bujang asz gemar sgt satay...thanks for sharing kak :))
Wsalam Asz k.Ani ada cyst hari tu.. tu yang terpaksa bedah coz saiz nya dah besar.. tak sangka pula ada cyst dik.. pergi chck up utk gastrik rupa rupa ada cyst plak. itu lah proses nak sembuh tu ambil masa kan.. K. Ani ucap kan trima kasih coz Asz sudi jenguk dapur K.Ani.. bebila cuba ya Asz wat satay goreng ni mesti anak bujang tu suka..
DeleteYeake kak...risau jugak bila dgr...tue la mcm2 risiko kite nie kak...InsyaAllah nnti asz cuba..:))
DeleteAs salam. Salam kenal. Nampak sangt sedap lah satay tu. Nanti bolehlah cuba juga sebab kami sekeluarga suka makan satay
ReplyDeleteWsalam Azieeeeeeeeee terima kasih sudi jenguk sini.. harusss lah dicubaaa resepi satay ni coz mmg sgt yummiehhh pasti azie n family suka.. raya hampir menjelang cuba lah nanti k..
Delete