Thursday 28 June 2012

Main Cak Cak di Alamanda Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca yang saya hargai.. lama tak bersiaran seolah hilang semangat.. badan pun tak sihat je kebelakangan ni..baiklah nak citer ni .. jeng jeng jeng jeng.. Ahad yang lepas (24 Jun 2012) Ani ke Alamanda Putrajaya utk berjumpa sebentar dgn Shahriah Abdullah..  haaa bagi peminat Master Chef Malaysia 1 pasti mengenali beliau.. Sha yang datang dari Johor Bahru utk menjayakan Majlis Temu Mesra bersama Novelis anjuran Karang Kraf.. Shahriah Abdullah bagi Ani adalah seorang wanita yang gigih.. beliau bijak mengatur masa utk urusan harian menjalankan tugas sebagai isteri.. ibu.. blogger.. juga penulis.. entah mengapa Ani yang asyik bertemu Sha di alam maya.. yang bertukar komen di blog rasa terpanggil utk bertemu dgn nya..

Alhamdulillah dgn izin Allah swt kami bertemu.. dapat berbual rasa tak puas nak chit chat tingg.. di situ Ani juga berpeluang berjumpa dgn adik blogger Setia Kekal Abadi "SKA" dan Asyraf ..Alhamdulillah petang itu berkat.. dapat  Ani menambah sahabat.. Jangan lupa jengah dan follow blog adik adik kita ituh ya..

Baiklah mari mari layan foto foto nya ;)
Ini lah dia Shahriah Abdullah comel molek.. orang nya peramah.. cepat mesra.. saya sukaaa ;)

Majlis Temu Mesra ini juga bersama Novelis Durrah Fatiha.. Manis dan lembut orangnya..

Lihat itu wajah gumbira ku.. ;)

Sha sedang menandatangani Novel terbarunya "Kerana Sebiji Epal"

Tadaaa ini lah dia bukunya.. Kak Ani dah habis baca.. Plot cerita ni adusss berpeluh dibuatnya.. Aduhai Najlah..  Herman kenapa? kenapa? Khairy? isk isk  nak tahu? HARUSSS lah BELI tau.. ;)


Saturday 16 June 2012

Fantastik!! Terima Kasih Sha (Shahriah Abdullah)Kuih Keria Hj Jalil Limbongan Melaka

Tadaaaaa... 
Fantastik! Bombastik! 
RIBUAN TERIMA KASIH dan PENGHARGAAN pada teman blogger SHAHRIAH ABDULLAH  atas perkongsian kuih yang sedap.. yang unik.. yang ada identiti sendiri..
lebih byk gambar menarik termasuk gambar Tuan Hji Jalil pun ada di situ.. sesapa yang lom follow blog tu sila lah ya coz kat situ byk informasi tempat yang menarik dan tempat mana nak makan makan yang best..

 Siapa yang pernah makan kuih ni angkat tangan... hehe .. sesapa ke Melaka harus lah cuba singgah di kedai Tuan Haji Jalil ini .. kalau tak pernah rasa.. macam rugi gitu ;) . Ani singgah Melaka dari kembara ke Johor ari tu semata mata nak makan kuih ni.. dah lama Ani tak makan coz dulu pernah bapa saudara yang menetap di melaka bawakan sebagai minum petang.. perghh mmg trus jatuh cinta la coz bila di sira dgn gula melaka dari gula putih yang biasa tu memang memberi kelainan pada rasanya.. kuih ni memang sangat lah laris.. masa Ani pergi ramai yang dok tunggu.. panas panas baru angkat dari kuali sekejap je dah habis..

pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat..

kuih ni memang menjadi kegemaran Irfan.. tak sempat kuih tu sejuk dia dh mula makan.. meh meh layan gambar

Tu dia Irfan dah mula makan padahal kuih nya masih panas.. maklumlah dah lama tak makan kuih kegemaran plak tu


Haa ni lagi satu menu kat sana yang harus dicuba Ani nama kan Laksa Meruntun Jiwa coz memang lah enak tak cukup semangkuk.. nak lagi.. haha ;)
Tengok tu ramai pelanggan kan..
Tu dia kedai nya.. dulu seberang jalan kedai ni pantai.. tapi dah di tambak.. pantai nya dah jauh yang tumbuh ya lah deretan kedai..  Selamat Tinggal Melaka.. ada rezeki di izin Allah swt.. kami datang lagi ya..;)

Tuesday 12 June 2012

Aku Teruja.. Terima Kasih Sha (Shahriah Abdullah) Kembara Ke Johor ( Ayer Hitam)

Entry kali ni adalah di tujukan khas buat teman blogger yang berbakat dan sgt bermurah hati atas perkongsian resepi nya di blog beliau SILA KLIK http://shahriahnovelisresipe.blogspot.com/ dan juga tempat yang menarik utk di jelajahi utk jenjalan dan makan makan.. TERIMA KASIH Sha atas perkongsian nya.. tak caya SILA KLIK http://cuticutishahriahnovelis.blogspot.com/2011/01/day-trip-to-ayer-hitam-johor-claytan.html jika Sha tak berkongsi informasi tempat tempat menarik seperti Claytan di Ayer Hitam tentu Kak Ani terlepas peluang. Terima Kasih sekali lagi Sha ikhlas dari hati Kak Ani atas naluri perempuan yang memang berminat.. penuh prihatin.. jika dapat pergi tempat seperti Claytan Ayer Hitam tu...

Bila sampai kat situ baru lah Kak Ani faham bila Sha mengatakan bila sampai kat situ belum sempat Pak Habibi Sha tarik "handbrake" Sha dh terjun dari kete dah.. hehe klakar lah Sha ni.. Satu yang best tentang Sha ikhlas Kak Ani cakap kan ialah betapa Sha menjaga hati pengunjung blog Sha.. setiap komen pasti Sha balas.. Syabas.. teruskan.. coz Kak Ani pun akan cuba mencontohi apa yang Sha amal kan ituh..

Baik lah bersedia ya.. semua kaum wanita yang cintakan keindahan.. cintakan pinggan mangkuk.. cintakan Claytan.. layan lah gambar gambar kunjungan pertama kali Kak Ani ke sana.. Buat para suami yang sgt bersabar dan memberi sokongan penuh pada isteri yang datang ke Claytan Ayer Hitam ni .. Tahniah Kak Ani ucapkan.. :D Anda semua lelaki hebat.. :D

Antara rembatan hari ituhh :D
Tolong jgn jadi Kak Ani ya.. bila kesana control emosi.. control pernafasan.. Ini kes Kak Ani dah tak tau nak pilih mana satu dah ni.. haha Panic Attack sudahh

Masa ni Kak Ani tak kena lagi panic attack.. masih terkawal..

Lihat ituh wajah masih tenang.. 

Encik suami yang byk berjasa drive ke sana dgn pnuh kesabaran dan membayar barang rembatan dgn tenang.. hahaha 

Yang ini pun.. pilih pilih.. ;)

Irfan kata katak  ni penjaga tempat ni memalam dia bertukar jadi real.. isk sik ini akibat byk sgt tgk citer seram nih..

Antara kedai kedai di Ayer Hitam yang menarik pengunjung ke sana..

Jika panjang umur pasti akan ke Ayer Hitam lagi.. coz ari tu tak sempat merasa putu bambu Juariyah tu.. uhukss

Baik lah utk lebih gambar yang menarik.. informasi yang lengkap jgn lupa ya klik kat link yang Kak Ani kasi tu.. sila lah jenguk blog Sha tu ya.. pasti tidak menghampakan.. ;)

Tunggukan entry seterusnya ya.. Muahss sayang dia.. terima kasih coz singgah sini ;)

Friday 8 June 2012

Mee RaCun???? Kembara ke Johor (Batu Pahat)

Assalamualaikum semua.. Cak Cak pa khabar semua? Hari ni Kak Ani tak berapa sihat.. lemah je badan ni.. macam tu lah kan hidup ni pelbagai dugaan.. okeh okeh kita sambung pasal topik ntry kali ini.. apa lagi kembara ke Batu Pahat minggu lepas..

Okeh selesai dari majlis perkahwinan di Parit Bisu, Kak Ani sekeluarga menuju ke Bandar Batu Pahat untuk bermalam di sana.. selesai check in di hotel kami pun berehat ( tidur ) hehe.. selepas lewat petang kami bercadang nak ronda ronda Bandar Batu Pahat.. ronda punya ronda kami terlihat lah satu tempat makan ni tertulis MEE RACUN? pa lagi Kak Ani kata wahhh harusss lahhh cuba itu mee racun.. ternyata rasa nya sedap pa lagi ada plak tulang kaki kambing.. Imtiyaz yang memang suka kan hidangan kambing sgt lah bersinar sinar muka nya.. meh meh layan foto foto nya ya..
Tu dia.. Mee Racun..
Masih terasa kelazatannya.. 

Nampak itu straw hijau utk tujuan sedutan ya.. 


Mula menyedut ..  anak ini kalau hidangan kambing bagi kat dia.. 

Lagi aksi Imtiyaz.. sedap lah tu..
Tempat mee Racun yang Kak Ani makan tu berdekatan dgn hotel Pinetree ini.. seberang jalan je okehh

Tgk wajah Irfan dah kenyang lah tu.. 
Baiklah itu sahaja perkongsian kali ni sesiapa yang ke Batu Pahat cuba lah ya cari Mee Racun di sana.. Sedapp ;)
Nanti kan kisah sambungan kembara ke Johor ya.. tunggu.. ;) muahhss

Thursday 7 June 2012

Dia Datang Dengan Lenggang Lenggoknya.. ;) Kembara Ke Johor

Cak Cak semua pembaca dan pengunjung blog yang di hargai..
Harap semua ceria selalu ya..
;) Semoga berbahagia
Sabtu lepas (2 Jun 2012) Ani sekeluarga memulakan kembara ke Batu Pahat kerana ada undangan perkahwinan adik bongsu rakan sepejabat yang merupakan salah seorang rakan baik Encik Suami, Hafiz ( Rakan Muda ) knapa Ani gelarkan "rakan muda" coz Encik Suami merupakan yang paling *** dalam kumpulan nya ituh.. dia suka berada dikalangan "rakan muda" coz dia pun nanti  nampak muda.. ahakss pandai dia ya.. nak nampak muda konon.. isk isk nampak muda tak apa tapi jgn nak terasa muda sgt ya.. ehem ehem.. pepandai jaga diri, jaga perilaku ya En Suami.. hahaha pesanan tulus tu.. :D

Kami bertolak dari Seremban pukul 10.00 am pagi sampai di rumah pengantin lebih kurang hampir pukul satu..
Timing baik punya coz perut pun memang sedang bersedia sangat untuk di isi dgn nasi beriani, ayam masak merah , daging beriani, kuih muih, aduhai... masih terasa kelazatan nya tak caya meh tgk gambar nya ;)
Lihat lah itu.. ;) yummy terbaik lah..
Pasangan pengantin ( Faiez & Rien ) sama padan  sama cantik.. Tahniah Kak Ani ucap kan oh ya yang kat tepi tu
yang pakai baju melayu Grey tu ialah Hafiz ;)
Paluan kompang mengiringi pasangan pengantin untuk bersanding..  happening sangat lah group ni sore penyanyi nya aduhai mantop.. serak mcm 10 tahun tak buang kahak.. hahaha its a compliment tau.. not in a bad way.. memang Kak Ani sekeluarga yang dok tunggu pengantin sampai terhibur.. kira berbaloi lah kalau wat majlis tempah kumpulan nih.. haaa meh layan gambar lagi.. 
Haaa ini lah abang yang nyanyi bikin sume org terhibur.. Syabas.. nama dia tak sempat tanya .. hahaha  En Suami ada mana bole Kak Ani nenotty.. :D 
Haaa syabas juga untuk mereka memang satu persembahan yang mantap.. mereka tak makan pun cuma cecepat minum pas tu pegi majlis perkahwinan yang berdekatan .. kumpulan mantap mesti byk undangan ya tak.. yang penting musim perkahwinan ni masyukkk... ;)
Di sini Kak Ani, En Suami dan anak anak ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas undangan Hafiz ke majlis perkahwinan adik bongsu nya.. Kami di layan mesra dgn hidangan yang enak.. moga silaturahim yang terjalin berpanjangan dn di berkati Allah swt.. Aminn..

 Nanti kan kisah Kembara Ke Johor lagi ya..tunggu.. ;)  muahss


Saturday 2 June 2012

Ayam Masak Kicap Lagi? ;)

Selamat pagi sayang kusemua,
Apa khabar semua? Moga sihat dan ceria semuanya ya.. Baiklah resepi kali ni adalah resepi ulang tayang paling kerap di rumah Ani simple, mudah, yang penting lazat dan yang pasti stiap kali masak pasti licin tak membazir... Alhamdulillah.. itu lah sebabnya Ani suka nak share resepi ni terutama buat adik adik yang baru kahwin tu kan.. Tahniah Kak Ani ucap kan doa dari Kak Ani semoga di berkati Allah swt sentiasa..  Oh ya utk resepi versi daging boleh klik kat SINI..

Resepi nya :

MASAK KICAP AYAM SPECIAL

Ayam 1/2 ekor
5 ulas bwg merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu mkn kicap manis
1 sudu mkn kicap masin
1 sudu mkn oyster sos
1 sudu mkn rempah kari daging ( Ani suka guna rempah kari ADABI)
Rempah tumis 4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, cengkih, biji pelaga)
Kentang 2 biji di potong kecil
Sebiji karot di potong kecil
Serai 3 btg
Sebiji tomato
Sebiji lada hijau
Air 1/2 cawan                                                                                                                                  
Cara membuatnya:


Tumis rempah 4 sekawan, bwg merah, bwg putih, halia, serai dan rempah kari hingga naik bau.. masuk kan ayam dan air.. kacau sebentar lalu masuk kan kicap manis, kicap masin, dan oyster sos.. tutup sebentar kuali.. biar ayam empuk.. selepas itu masuk kan pula kentang dan karot.. jika pekat tmbah kan sedikit air lagi.. tutup  kuali semula hingga kentang dan karot empuk.. rasa masin nye ya..  selalu nya ani tak bubuh pun garam bagi masakan ni coz kicap dan oyster sos dh cukup utk memberi rasa masin hidangan ini.. setelah semua nya empuk boleh lah diangkat utk di nikmati bersama nasi putih.. hmm lazat :) SeLamaT MenCuba.. Hidangan ni sesuai utk 4 org..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...