Sunday, 18 March 2012

Tunggu sekejap..

Masa cepat betul berlalu kan teman teman.. tidak terkejar walau kita suruh dia tunggu kita sekejap je pun jadi lah..cepat sungguh cuti sekolah berakhir.. petang tadi Imtiyaz kembali ke sekolah.. mula lah mama nya rindu.. cuti sekolah ni Ani tak kemana pun banyak menghabis kan masa di rumah melayan kerenah anak anak nak makan itu ini.. mana yang larat di masak Ani masak kan.. Jumaat lalu Encik Suami ambil cuti tak merancang apa apa pun cuma tiba tiba kata nya mari kita pergi Morib tak perlu booking hotel mana mana pun.. ada bilik kosong kita tidur semalam kalau tak kita pergi makan makan lepas tu kita balik rumah.. apa lagi anak anak excited la.. Ani sekeluarga memang suka plan yang tiba tiba nih.. hehe Kami terjah je mula mula ingat kan nak ke Gold Coast Morib tapi penuh.. Lepas itu kami pergi Hotel Impian Morib alhamdulillah ada bilik kosong.. dapat lah kami tidur semalam di Morib.

Ani suka ke Morib kerana semenjak kemudahan di pantai tu di naiktaraf.. dgn kemudahan tandas, surau dan tempat makan yang lebih teratur Ani sekeluarga memang selesa ke sana. Ani nak kongsi satu tarikan di pantai Morib tu..
Haaa ini lah salah satu kedai makan yang terdapat di Laman Selera di tepi pantai Morib tu.. Ada sotong Bakar dan tauhu bakar.. Sos nya jika ikut selera Ani sangat lah mengancam .. sedap.. Sesiapa yang belum cuba.. bebila ke Pantai Morib sila lah cuba ya.. Banyak lagi kedai makanan di sini ada pelbagai jenis makanan, seperti satay, soto, laksa, ikan bakar, masakan "western" seperti chicken chop fish n chips dan lain lain.. Jadi tak perlu risau.. pilih sahaja

Haaa brother tu tengah bakar tauhu dan sotong.. mengguna haba dari arang

Itu dia sotong kering yang dah di nipis kan.. isk isk masih terasa rasa kesedapan nya..

4 comments:

  1. waaa..mcm menarik juga kan..asz selalu juga ke Morib,buka pose di GC, dan kadang2 p ngan en.asben shoot pic sunset dgn kawan2nya kak....tp blum rase lgsotong bakar n tauhu bakarnya lg di sana...area mane yea kak kedainya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Dik Asz.. Kedai ni berada di pantai morib lama yang dah di upgrade.. gerai no 7 bila dik kesana bole la cuba ya.. nyum nyum ;)

      Delete
  2. Selamat pagi Choco Aini,
    lamanya kami tak pergi Morib, entah berapa puluh tahun dah! memang begitulah, kadang-kadang dah rancang elok-elok, tiba masanya tak jadi, dan yang tak dirancang itu pulak yang jadi.... tapi plan tiba2 memang seronok kejadiannya ye.

    ReplyDelete
  3. Dear Amie... Selamat pagi.. wah nanti ada rezeki Amie bole la berkunjung ke sini pantai lama morib dan di naiktaraf.. cantik dah.. bole la makan makan kat sana .. btul tu plan tiba tiba ni memang seronok

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...