Wednesday 29 August 2012

Biskut Glacy Nestle Corn Flakes


Salam pagi semua.. Moga hari ini hari yang ceria utk pembaca yang Ani kasihi.. lihat gambar di atas itu biskut yang sgt mudah di buat tiada alasan kata tak leh  buat.. haaa nak kena cubitss lah tu.. dah la mudah.. sedap.. krup krap krup krap rangup.. biskut yang mesti di buat kesukaan En Suami sayang dan anak anak ku.. banyak versi resepi nya tapi yang Ani buat ni lah resepinya dari Nestle sendiri.. Ani suka coz ada badam dan bijan tu sedap la..  kalau wat sekotak nestle corn flakes tu memang tak dapat buat jamu utk tetamu la nampak nya.. makan sendiri je dah habis..

Ani kongsikan resepinya ya.. 

(A)
6 camca besar madu
65gm mentega atau majerin
1 camca teh gula kaster
1 camca teh esen vanilla

(B)
4 cawan NESTLE CORN FLAKES
1 cawan hirisan badam
4 camca besar bijan (gereng tanpa minyak dulu ya)
2 camca besar cincangan ceri merah
2 camca besar cincangn ceri hijau

Cara nya :
  1. Dalam periuk, cairkan bahan (A) di atas api yang sederhana hingga hampir pekat.
  2. Masukkan esen dan bahan (B), gaul sebati. Masukkan campuran ke dalam cawan kek kertas.
  3. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 170 darjah celcius selama 15 - 20 minit.
  4. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 20 minit sebelum di dimpan dalam bekas kedap udara.
Selama mencuba..
Bagi yang dah cuba.. Syabas!! sayang dia.. ;) 
Foto ni sebelum di bakar.. jika dah di bakar  hirisan badan itu akan keperangan bau nya masa tu menusuk kalbu terutama buat di bulan puasa.. kena kuat kan iman dan tinggikan tahap kesabaran kan.. ;)


Tuesday 28 August 2012

Kuih Gunting Emak.. Ani sayang mak..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. haaa cerita pasal kuih gunting ni kan.. seingat Ani kuih ni memang menjadi kegemaran Ani dan adik beradik.. sedap di makan bebila je.. terutama sekali waktu nonton tv.. tup tup tgk laaa dah surut setengah bekas kuih tu... haaa amik kau mcm tu sekali penangan nya.. hahaha kalau dah namanya suka..

haaa inilah ghupernya kuih gunting mak..  ;)
kuih ni mmg sedap di buat kudapan.. Encik suami mmg suka kuih ni jap je dh licin.. resepi nya mudah.. pastu plak boleh main gunting gunting lagi.. Ani teringat dulu masa buat kuih ni zaman anak dara zaman Ani kiut miut lagi tau.. bila mak suruh gunting kuih ni  mak selalu tegur jgn gunting besar besar.. tak elok rupanya.. alaaa zaman tu kira nak cepat habis je kan.. tu yang gunting besar besar.. Terguran mak tu memang betul.. memang tak senonoh betul kalau besar besar.. silap silap bakal mak mertua cancell tak jadi pinang la kalau tgk size kuih gunting tu besar ya rabbi... hahaha

Kepada emak.. terima kasih atas segalanya..

setelah di gunting kecil kecil comel comel ;)
Resepinya:-
  • 1 kilo tepung gandum
  • 4 sb ghee
  • 3sb majerin ( Ani bubuh 4sb kenkadang lebih hehe) syyy jgn kasi tau mak tau.. ;) 
  • 1 cawan udang kering direndam dan di tumbuk halus
  • 1 biji bawang besar di tumbuk halus (jika guna bawang merah kecil tu dlm 10 biji ya)
  • 3 tangkai daun bawang di hiris halus
  • santan kelapa segar (Rm 2.00)
  • 2 sk garam halus
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:-

  1. Gaulkan tepung dgn ghee dan majerin. Masukkkan udang kering, bawang, daun bawang dan santan.
  2. Ratakan dengan air yang di campur dgn 2 sk garam halus tadi. Gaul hingga sebati dan rasa kan masin nya ya.. supaya kena dgn citarasa masing masing.
  3. Rehatkan adunan tadi di dalam 1 jam gitu.. 
  4. Selepas itu gunting kecil kecil (hati hati jgn sampai cedera plak ya main gunting ituhh)
  5. Goreng bersama minyak hingga warna perang keemasan .
Itu dia kuih gunting nya yang sedang di goreng.. ;)

Selamat mencuba ya.. ;)

Sunday 26 August 2012

Akademi Laut Malaysia (ALAM) Kisah selepas SPM


Irfan di hari pendaftaran.. rambut dah siap di potong pendek.. ;)
 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang Ani kasihi.. semoga semuanya sihat sejahtera.. Hari ni Ani nak berkongsi kisah Irfan anak sulong Ani yang akhirnya menyambung pelajaran di Akademi Laut Malaysia.. (ALAM) Alhamdulillah syukur kepada ALLAH swt Ani dapat melihat kegembiraaan dan semangat dia utk belajar disana..
Ani nak berkongsi kisah ini dgn harapan dgn sedikit sebanyak mungkin dapat memberi inspirasi dan informasi bagi mereka yang mencari.. ;)

Selesai peperiksaan SPM.. Irfan nak kerja.. ambil lesen motor dan kereta.. Alhamdulillah semua itu tercapai..
Bila keputusan diumum kan.. walau Irfan tak dapat A lurus.. (straight A's).. Ani tgk dia sgt positif.. Dia apply semua peluang yang ada utk sambung pelajaran.. Matrikulasi.. Uitm.. UniKL(MIAT) semuanya lah.. termasuk lah ALAM Diploma In Nautical Studies.. jadi apa yang Ani belajar dari Irfan selepas keputusan keluar walau dia tak dapat keputusan yang di ingin kan jangan buang masa dgn bersedih dan kenangkan kenapa? kenapa? kenapa? Ketika itu Ani berkata.. Anak ini kuat semangatnya..

Untuk memasuki ALAM kena lulus ujian Bahasa Inggeris, Fizik dan matematik yang diadakan oleh pihak ALAM.. setelah lulus barulah anda layak melalui sesi temuduga bersama pihak "sponsor" seperti MISC, GMV, AET dan sebagainya.. pihak "sponsor" ni adalah dari syarikat perkapalan.. tetapi selain itu pihak MARA, JPA dan FELDA juga ada memberi pinjaman atau biasiswa pada pelajar yang layak..
Tetapi Irfan terpaksa menunggu keputusan dari pihak "sponsor" dalam sekitar bulan Julai gitu.. ketika itu keputusan Matrikulasi, Uitm dah keluar dah.. jadi semasa tu Irfan memang nak ke ALAM tapi "sponsor" nya tak sure.. Matrikulasi Johor Irfan tak pergi.. UITM Bukit Mertajam Penang Irfan pergi kerana Ani sekeluarga bimbang tak dapat "sponsor" ke ALAM.. Jadi awal Jun kami ke UITM daftarkan Irfan.. belajarlah dia di UITM dalam lebih kurang sebulan gitu.. Akhirnya dah dinamakan rezeki.. pasti ALLAH swt lebih tahu.. MISC menaja pelajaran Irfan di ALAM.. dgn syarat.. Irfan kena score sekurang kurangnya 3.0 CGPA nya kalau tak "sponsor" akan jadi pinjaman.. ini adalah disebabkan MISC mahu semua kadet tajaan mereka mencapai tahap yang dikehendaki.. Petang ini Ani nak hantar dia semula ke ALAM.. semoga segala urusan dan pembelajaran Irfan dipermudahkan oleh ALLAH swt.. Buat Irfan entry ini khas utk Irfan.. Mama n Papa bangga dgn Irfan.. Kami doakan Irfan berjaya dan di dalam lindungan ALLAH sentiasa.. Aminn.. Pada Allah swt.. Terima kasih atas segalanya..

Pada sesiapa yang menbaca entry ini.. Ani belajar dari anak anak.. erti ketabahan.. restu.. dan redha..
Tu dia Irfan.. berkemeja biru dgn tali leher.. ini semasa datang utk ujian dan temuduga.. ;)

Tu dia senior Irfan in uniforms.. segak segak.. ;)
Polaris Hall penuh dgn ibu bapa dan saudara mara di hari pendaftaran..
Semua pelajar memakai kemeja putih pada hari pendaftaran..







Salam Aidilfitri..

Salam Aidilfitri utk semua pembaca yang dikasihi khas utk followersku yg tersayang.. Lama tak bersiaran di sini.. tetapi anda semua tetap di dalam ingatan..

;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...