Tuesday 7 February 2012

Si dia yang bersembunyi..

Salam pembaca yang di kasihi semua.. Entry makin kurang kebelakangan ni kerana Ani baru sahaja menjalani pembedahan membuang CYST sebesar 12.8 cm seberat 1kg +  yang duk dlm perut Ani selama ni. Ani selalu mengalami pedih ulu hati.. Encik suami bertegas kata jgn lengahkan lagi kita mesti jumpa pakar.. Jadi dgn minda yang terbuka Ani pergi buat check up 31/1/12 dgn fikiran yang tak terlintas langsung akan berada di meja pembedahan esok nya. Alhamdulillah sekarang Ani dalam proses untuk sembuh. Luka dari pembedahan masih perlu masa utk kering. Ani sekali lagi seperti wanita berpantang selepas melahirkan anak.. walau kali ni bukan anak yg dilahir kan tapi CYST yang tersembunyi.. Pada mu ALLAH ku terima segalanya.. terima kasih atas doa semua.. ahli keluarga tersayang, teman teman yang dtg menziarahi Ani di hospital, jiran jiran tersayang.. Moga ALLAH membalas jasa kalian..

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...