Saturday, 11 February 2012

Resepi Berpantang.

Ikan Haruan Masak Asam.


Di nikmati bersama bubur nasi atau nasi semasa panas..;)


Assalamualaikum semua pembaca yang di kasihi, moga kita semua di dlm keberkatan ALLAH s.w.t..  kali ni Ani serta kan menu ketika berpantang kebetulan Ani pun berpantang makan seperti baru lepas melahirkan kerana pembedahan membuang cyst. Ikan haruan memang di kenali kerana kelebihan nya boleh menyembuh kan luka. Oleh itu sesiapa yang baru menjalani pembedahan memang digalakkan makan ikan ni. Alhamdulillah suami Ani rajin mencari ikan ni sampai ke pekan Rantau. Terima kasih utk beliau. Lauk ni emak Ani yang masak kan memandang kan Ani belum kuat lagi nak berdiri lama. Mak terima kasih ya. Ani sayang mak. Isk isk panjang pulak celoteh kali ni. Tetapi waktu kita sakit ni lah kita perlukan sokongan ahli keluarga tersayang. Tak gitu?Baiklah mari kita layan resepinya..

Bahan - bahannya:
1 ekor ikan haruan
2 btg serai
2 asam keping
3 biji bwg merah *
1 biji bwg putih*
1 camca teh lada hitam* (ani ganti dgn 1 camca teh cili blender)
4 cm halia*
2 cm kunyit hidup*
Sedikit sayur pegaga

Bahan bertanda * di tumbuk ya.. atau di hiris nipis.. 

Cara membuatnya:
  1. Masuk kan bahan yang di tumbuk atau di hiris nipis bersama ikan ke dalam periuk yang berisi air.
  2. Biar hingga mendidih. Masuk kan serai dan asam keping. Tambah garam.
p/s maaf gambar tak berapa terang Ani ambil melalui handfon jer

2 comments:

  1. Teringat dulu semasa dalam pantang, bonda meertua selalu sediakan sup ikan haruan! Sedap rasanya, tak terasa hanyir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amie trima kasih sudi jenguk blog Ani.. Itu lah kan ikan haruan kalau btul cara membersih nya tentu tak hanyir.. Di buat sup.. terasa segar kan terutama memulih kan tenaga selepas bersalin atau menyembuh kan luka .. ;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...