Assalamualaikum semua Alhamdulillah hari ni dapat Ani menjenguk belog yang agak lama terbiar sepi. Hari ni Ani nak kongsikan resepi yang Ani dapat bila menjenguk ke blog Azlita Masam Manis . Antara blog yang mesti Ani jenguk setiap kali online.. bila anda menjenguk kesana anda akan faham kenapa Ani mesti mengintai ke dapurnya.. Ita Ani cnp resepi nya ya.. Terima Kasih..
SUP IKAN MERAH
1 ekor ikan merah ~ disiang dan cuci bersih
1 peket rempah tumis 4 sekawan
1 bungkus sup bunjut
1 kiub ikan
1 sudu teh lada hitam ~ ditumbuk
2 pokok daun bawang
garam secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menumis
baby carot
1 biji tomato ~ di belah 2
Bahan Hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inc halia
Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan rempah tumis dan bahan hiris hingga harum
Masukkan air, kiub ikan, lada hitam dan sup bunjut
Biar kuah mendidih
Bila telah mendidih, masukkan garam secukup rasa, baby carot dan tomato
Kemudian masukkan ikan
Biar ia mendidih dan ikan masak sempurna
Taburkan hirisan daun bawang
Sedia di nikmati
I love ALLAH s.w.t, Myself, My Family.. These are my words.. This is my story.. ;)
Wednesday, 29 February 2012
Cekodok Pisang Cik Mat Gebu yang Gebuuuu
![]() |
Saja Ani ngada-ngada bubuh dlm paper cup tu cam comel je kan ;) |
Hi semua.. Petang tadi hujan lebat.. perut Ani terasa lapar.. gi jenguk dapur apa ya bole di buat minum petang.. ingat kan nak makan biskut dgn air nescafe tapi Ani ternampak pisang yang En Suami tersayang belikan semalam.. Ahah!! hari tu ada menjenguk belog Cik Mat Gebu nampak resepi cekodok pisang ni.. pa lagi semangat nak makan cekodak datang. Dengan bacaan Bismillah Ani mula kan.. Akhir nya dapat Ani laksana kan walau luka di perut terasa nyutt nyutt.. Ani mmg elak kan angkat benda berat.. kena gak biasakan buat kerja ringan nanti abis cuti sakit kena kerja nanti terlampau manja plak kan.. Alhamdulillah sebulan dah Ani bercuti sakit.. luka dah kering.. berapa ekor haruan dah jadi hidangan.. mana dgn Air gamat dan air pati haruan lagi semuanya nak sembuh kan.. ehh dah byk ngomel ni.. hehe Ani cnp resepi nya ya CMG terima kasih ..
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji pisang emas
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula peerang @ 1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum (haha sori tertinggal..tadi)
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA :-)
Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...
Tuesday, 21 February 2012
Majlis Penutupan Adaptasi Warisan SDAR
Tanggal 13/1/2012 merupakan penutup orientasi bagi meraikan berakhirnya majlis yang lebih dikenali kini sebagai Majlis Penutupan Adaptasi di sekolah Imtiyaz. Ani dan En. suami bergegas ke SDAR selepas maghrib kerana majlis bermula 8.30 p.m. Ani memang lah rindukan Imtiyaz kerana sepanjang minggu adaptasi murid di larang menghubungi ibu atau pun ayah. Ani pun sebenarnya bersyukur pada ALLAH swt kerana Imtiyaz dapat melalui minggu adaptasi tanpa sebarang masalah. Dia nampak nya gembira bersekolah di situ. Alhamdulillah. Baik lah mari lah kita layan gambar yang dapat Ani ambil untuk kenangan.
Ani kan janji nak tunjuk kan Imtiyaz yang dah semakin kurus.. sibuk dgn latihan hoki dan kehidupan di asrama dah tak ada pipi yang tembam tu dah.. hehe
![]() |
Antara persembahan malam itu.. |
![]() |
Ha.. inilah persembahan Imtiyaz dan teman teman nya.. tu dia ada di kalangan penyanyi latar kat belakang tuh.. Happening sungguh terhibur mama sayang.. tahniah buat semua ;) |
![]() |
Persembahan tarian berbakat sungguh.. ;) |
![]() |
Bacaan Ikrar dari semua murid Tingkatan 1 |
![]() |
Nyanyian Lagu Batch, Warisan.. lampu di tutup rasa semangat mama iringi dengan doa .. maju dan berjaya lah anak anak bangsa ku.. |
![]() |
Tadaaa... dah kurus kan.. ;) |
Monday, 20 February 2012
Princess Greyco ;)
Semenjak Ani cuti sakit ni, Greyco lah teman sejati Ani.. setia tunggu Ani.. Di mana Ani tidur di situ lah dia.. Ani ke dapur dia ikut.. Bila ada orang datang jenguk Ani dia pandai bawa diri tak nakal.. Alhamdulillah betul dia jadi peneman.. Terima kasih ALLAH atas nikmat mu juga dugaan mu.. Ini gambar terbaru Greyco.. ;) masa tu dia nak tidur Ani kacau jap amik foto dia hehe
![]() |
Ala la cayang mama.. ;) |
Kek Coklat Kukus
Hi semua, Ani buat KCK ni coz saja nak wat mkn mkn semangat rajin datang dan buat perlahan lahan coz masih tak bole lasak lasak bak kata doktor "Light Duty" jer.. so layan lah gambar ni ya..
Kali ni bubuh topping terima kasih pada Irfan coz mahu beli kan "cup" tu dgn hiasan taburan tu.. dapat juga bekalkan pada Imtiyaz yang dah semakin kurus semenjak duduk asrama nih.. sibuk dgn hoki dll.. isk isk dulu tembam je pp dia.. x apa lah asal kan sihat nanti Ani post kan ntry gambar terbaru Imtiyaz ya.. ;)
Kali ni bubuh topping terima kasih pada Irfan coz mahu beli kan "cup" tu dgn hiasan taburan tu.. dapat juga bekalkan pada Imtiyaz yang dah semakin kurus semenjak duduk asrama nih.. sibuk dgn hoki dll.. isk isk dulu tembam je pp dia.. x apa lah asal kan sihat nanti Ani post kan ntry gambar terbaru Imtiyaz ya.. ;)
Saturday, 11 February 2012
Resepi Berpantang.
Ikan Haruan Masak Asam.
Tuesday, 7 February 2012
Si dia yang bersembunyi..
Salam pembaca yang di kasihi semua.. Entry makin kurang kebelakangan ni kerana Ani baru sahaja menjalani pembedahan membuang CYST sebesar 12.8 cm seberat 1kg + yang duk dlm perut Ani selama ni. Ani selalu mengalami pedih ulu hati.. Encik suami bertegas kata jgn lengahkan lagi kita mesti jumpa pakar.. Jadi dgn minda yang terbuka Ani pergi buat check up 31/1/12 dgn fikiran yang tak terlintas langsung akan berada di meja pembedahan esok nya. Alhamdulillah sekarang Ani dalam proses untuk sembuh. Luka dari pembedahan masih perlu masa utk kering. Ani sekali lagi seperti wanita berpantang selepas melahirkan anak.. walau kali ni bukan anak yg dilahir kan tapi CYST yang tersembunyi.. Pada mu ALLAH ku terima segalanya.. terima kasih atas doa semua.. ahli keluarga tersayang, teman teman yang dtg menziarahi Ani di hospital, jiran jiran tersayang.. Moga ALLAH membalas jasa kalian..
Subscribe to:
Posts (Atom)