Sunday 22 April 2012

Pengat Nangka.

Hi semua.. ;)
Sebelum menutup tirai hari ni Ani nak kongsikan hidangan minum petang tadi.. pengat kegemaran En suami.. Pengat Nangka.. En Suami memang suka kan buah nangka samada di makan mentah atau di buat pengat. 

Resepi nya: (Hidangan untuk 4 orang)

5 ulas nangka (di hiris kecil buangkan bijinya)
Santan (Ani beli RM2.00 tu je)
1/2 ketul gula melaka
gula pasir secukupnya ( Ani guna dalam 5 sudu besar )
Garam secukupnya
3 sudu besar sagu (direndam)
2 helai daun pandan
Cara membuatnya:
  1. Jerangkan santan di dalam periuk dgn daun pandan sehingga mendidih. Masukkan gula merah yang di potong kecil supaya cepat larut. Masukkan juga gula pasir. Rasakan manisnya.
  2. Masukkan nangka. Kacau rata dan masuk kan garam. Biar kan hingga mendidih. Selepas itu masukkan sagu yang sudah di basuh bersih. Biar kan ia mendidih sehingga semuanya mesra.
  3. Selepas masak boleh lah dihidang.
Hidangan mudah tidak makan masa yang lama.. sedap dan yang paling penting senyuman suami yang terbangun dari tidur petang nya kerana wangi bau pengat lalu berkata " dah masak pengat nya yang?
Itu lah saat heaven.. perasaan itu.. priceless ;)


8 comments:

  1. alahhaaii sedapnya..ada lg x nie?..terliurr zila nengok:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila ada sikit lagi tu.. meh meh kak kasi semangkuk.. ;)

      Delete
  2. wah sedap ni .. suka sangat tak kira makan panas2 ke... sejuk-sejuk ke... semua suka.. nak semangkuk!

    ReplyDelete
  3. Dik Yani.. terima kasih sudi jenguk blog Kak Ani.. a ah dik panas ke sejuk memang sedap.. meh dik kak kasi semangkuk.. ;)

    ReplyDelete
  4. Wah..ada pengat nangka kat sini..sedapnya..lama dah tak mkn nangka...oh nangka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Rahel.. Trima Kasih coz sudi singgah blog Kak Ani.. dah lama tak makan nangka?.. haaa kena cari tu.. sedap.. nak bagi pengat dah abis.. len kali ya Kak Ani kasi.. ;)

      Delete
  5. Salam ziarah dan ukhwah Ani,
    Sedapnya pengat, ada lagi takkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wattie.. trima kasih sudi singgah blog Ani .. pengat dah habis.. tapi tak pa nanti Ani wat lagi ya..;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...