Tuesday 17 January 2012

Talam Cendol.



Hi semua pembaca yang Ani kasihi.. Ok lah ini entry terakhir mlm nih. Ani buat kuih talam ni sabtu lepas. Buat bekal Imtiyaz kat sekolah. Ani ni suka makan kuih talam. Ani ambil resepi dari blog Yatie yang sentiasa jadi rujukan terutama utk kuih talam. Saya kagum dgn kebolehan yatie membuat kuih talam. Terima kasih ya Yatie Ani minta izin cnp resepi nya ya.. tgk lah tu yatie menjadi Talam Cendol yang Ani buat.. Alhmdulillah.. Terima kasih sekali lagi.. ;)


Lapisan bawah
Bahan A
200 gm tepung beras*
250 ml santan pekat*
450 ml air*
1 s/b tepung jagung*
150 gm gula caster
1 s/k garam
Bahan B
200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je
Cara-Caranya:-
Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
Kukus selama 25 minit
Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan A
300 gm gula merah
50 gm gula castor
500 ml air
2 helai daun pandan-saya tambah
Bahan B
150 gm tepung gandum
1 s/b tpng jagung-saya tambah
3 biji telur
250 ml santan pekat
1/2 s/k garam
Cara-caranya:-
Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

2 comments:

  1. Salam... sedap ni kak... Talam Cendol... saya suka... nanti kita tukar dengan pie ye...hehehe..

    ReplyDelete
  2. Wsalam Dik.. tu lah nanti kita tukar ek.. insya allah dik mana tahu dgn izin allah kita jumpa satu hari nanti ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...