Sunday, 26 August 2012

Akademi Laut Malaysia (ALAM) Kisah selepas SPM


Irfan di hari pendaftaran.. rambut dah siap di potong pendek.. ;)
 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang Ani kasihi.. semoga semuanya sihat sejahtera.. Hari ni Ani nak berkongsi kisah Irfan anak sulong Ani yang akhirnya menyambung pelajaran di Akademi Laut Malaysia.. (ALAM) Alhamdulillah syukur kepada ALLAH swt Ani dapat melihat kegembiraaan dan semangat dia utk belajar disana..
Ani nak berkongsi kisah ini dgn harapan dgn sedikit sebanyak mungkin dapat memberi inspirasi dan informasi bagi mereka yang mencari.. ;)

Selesai peperiksaan SPM.. Irfan nak kerja.. ambil lesen motor dan kereta.. Alhamdulillah semua itu tercapai..
Bila keputusan diumum kan.. walau Irfan tak dapat A lurus.. (straight A's).. Ani tgk dia sgt positif.. Dia apply semua peluang yang ada utk sambung pelajaran.. Matrikulasi.. Uitm.. UniKL(MIAT) semuanya lah.. termasuk lah ALAM Diploma In Nautical Studies.. jadi apa yang Ani belajar dari Irfan selepas keputusan keluar walau dia tak dapat keputusan yang di ingin kan jangan buang masa dgn bersedih dan kenangkan kenapa? kenapa? kenapa? Ketika itu Ani berkata.. Anak ini kuat semangatnya..

Untuk memasuki ALAM kena lulus ujian Bahasa Inggeris, Fizik dan matematik yang diadakan oleh pihak ALAM.. setelah lulus barulah anda layak melalui sesi temuduga bersama pihak "sponsor" seperti MISC, GMV, AET dan sebagainya.. pihak "sponsor" ni adalah dari syarikat perkapalan.. tetapi selain itu pihak MARA, JPA dan FELDA juga ada memberi pinjaman atau biasiswa pada pelajar yang layak..
Tetapi Irfan terpaksa menunggu keputusan dari pihak "sponsor" dalam sekitar bulan Julai gitu.. ketika itu keputusan Matrikulasi, Uitm dah keluar dah.. jadi semasa tu Irfan memang nak ke ALAM tapi "sponsor" nya tak sure.. Matrikulasi Johor Irfan tak pergi.. UITM Bukit Mertajam Penang Irfan pergi kerana Ani sekeluarga bimbang tak dapat "sponsor" ke ALAM.. Jadi awal Jun kami ke UITM daftarkan Irfan.. belajarlah dia di UITM dalam lebih kurang sebulan gitu.. Akhirnya dah dinamakan rezeki.. pasti ALLAH swt lebih tahu.. MISC menaja pelajaran Irfan di ALAM.. dgn syarat.. Irfan kena score sekurang kurangnya 3.0 CGPA nya kalau tak "sponsor" akan jadi pinjaman.. ini adalah disebabkan MISC mahu semua kadet tajaan mereka mencapai tahap yang dikehendaki.. Petang ini Ani nak hantar dia semula ke ALAM.. semoga segala urusan dan pembelajaran Irfan dipermudahkan oleh ALLAH swt.. Buat Irfan entry ini khas utk Irfan.. Mama n Papa bangga dgn Irfan.. Kami doakan Irfan berjaya dan di dalam lindungan ALLAH sentiasa.. Aminn.. Pada Allah swt.. Terima kasih atas segalanya..

Pada sesiapa yang menbaca entry ini.. Ani belajar dari anak anak.. erti ketabahan.. restu.. dan redha..
Tu dia Irfan.. berkemeja biru dgn tali leher.. ini semasa datang utk ujian dan temuduga.. ;)

Tu dia senior Irfan in uniforms.. segak segak.. ;)
Polaris Hall penuh dgn ibu bapa dan saudara mara di hari pendaftaran..
Semua pelajar memakai kemeja putih pada hari pendaftaran..







8 comments:

  1. assalam ani..tahniah buat irfa..juga ibu bapanya..alhamdulillah irfan berjaya meneruskan pelajaran dalam bidang yang diminatinya

    ReplyDelete
  2. Wsalam Acik Erna.. terima kasih atas ucapan nya.. Ani hargai.. ;)

    ReplyDelete
  3. As'kum Kak Ani cayanggggg.. mana kak Ani pergi??? lama sha ternanti2 ingatkan kak Ani tak nak kawan dengan sha lagi huhuhuu.. kak nanti pm alamat kat FB sha... yaaa.... Tahniah buat Abang Irfan... semoga tabah dan ceria melalui dunia baru.. tahniah juga buat kak ani dan suami kerana berjaya mendidik anak2... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN YA KAK ANI CAYANGGG.. nanti kita sembang panjang sekarang sha masih sibuk sangat... cayang dia muahzzzzzzzzzzzzzz

    ReplyDelete
  4. Wsalam Shaaaaaaaa sayanggggg.. Kak Ani ada cuma memacam yang berlaku jadi Kak Ani terlepas apa yang berlaku kat sini.. Kak Ani juga mohon maaf zahir batin ya.. Kak Ani juga terlepas peluang kuiz Shaaa.. jgn ambil hati ya Shaaaaaaa..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ani,
    sebagai ibu bapa memang sewajarnyalah kita beri sokongan moral terhadap minat anak-anak... tahniah buat Irfan kerana telah memilih kerjaya yang diminati.

    ReplyDelete
  6. Wsalam Kak Amie.. terima kasih atas ucapannya tahniahnya.. Ani hargai..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum , mak lang ani . boleh x saya nak contact dengan Irfan ni ? . macam man cara nya . saya pon baru lepasan spm 2012 . ada jugak cita2 nak sambong ke alam . mohon bantuan mak lang Ani .. saya boleh di hubungi di nombor 019-4600556.
    www.facebook.com/bukulatihan
    Daim Hafizy .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. Mak Lang Ani sudah sms ke no fon Daim harap dpt membantu ;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...