Tuesday, 16 October 2012

Spaghetti Bebola Daging ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang Ani kasihi.. Pagi Selasa yang indah.. Ani nak kongsikan menu hari Ahad yang lepas.. keinginan nak makan spaghetti bebola daging meronta meronta  kerana 'minced meat" dalam freezer tu dok memanggil manggil Ani.. bila nak masak aku... bila nak masak aku... heeee ;)

Ani dok mencari  resepi akhirnya jumpa di  blog "MAKCIK MANGGIS" Alhamdulillah tidak mengecewakan yummiehhh sangat .. Ani minta izin makcik manggis utk cnp resepinya ribuan terima kasih atas perkongsian resepinya ya..


Bahan-bahan untuk Bebola Daging:

400 gm daging kisar.
4 keping roti putih.
1/2 cawan susu segar.
1 biji telur.
1/2 tsp serbuk lada hitam.
3 tbsp cheese parut. (Ani guna Parmesan Cheese)
garam secukup rasa.
1 tangkai daun ketumbar.-cincang.
1 labu bawang besar-cincang.
3 ulas bawang putih-cincang.

Cara-caranya:

Rendam roti dengan susu hingga lembut.
Satukan semua bahan-bahan diatas dan gaul hingga sebati.
Bentukkan seperti bebola .
Aturkan diatas dulang dan bakar dalam oven hingga masak. (Ani bakar guna kepanasan 180 darjah celcius selama 15 minit)

Taraaaa bebola daging dah siap untuk di bakar dalam oven ;)
Bahan-bahan untuk Sos:

1 labu bawang besar dicincang .
3 ulas bawang putih-cincang.
1 tin Sos Spaghetti  tomato Prego tradisional.(300gm)
1 tin cendawan dalam tin ( yang ini Ani tambah)
1 tangkai daun ketumbar.
garam dan gula secukup rasa.
Sedikit serbuk lada hitam.

Cara-caranya:

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan sos Prego dan kacau rata.
Masukkan 1/2 tin Prego air dan biarkan mendidih sekejap.
Kemudian masukkan bebola daging tadi dan kacau hingga sebati.
Akhir sekali masukkan sedikit garam,serbuk lada hitam dan gula mengikut selera masing masing.

Lihat itu spaghetti tersorok di belakang bebola daging yang lazat..

8 comments:

  1. Fullamak.... ini yang kita suka sangat ni.... spaghettinya sikit aje, yang banyaknya bebola daging & kuahnya! Slurrrrppppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Amie... slurrppp mmg heavenly yummmiehhhh ;)

      Delete
  2. Salam Kak Ani...
    fav kita ni...nampak sungguh menyelerakan...boleh cuba resepi bebola daging tu..

    ReplyDelete
  3. Wsalam Rahel.. trima kasih sudi singgah sini.. mmg sedap dik.. bebila nanti leh cuba buat k.. ;)

    ReplyDelete
  4. waahhh!semakin handaaall sekaranggg!!!kemain gemuk meatball tu!kak pasni cube buat meatball mcm kt ikea tu kak!

    ReplyDelete
  5. Dik Wawa tak la handal mana dik.. meatbal tu akak buat demok demok coz nak biar dia menyerlah dalam kuah nya tu.. dan............. nak cepat habis buat bulat bulat tu... hahahaha shhhh jgn kasi tau orang k.. :D

    ReplyDelete
  6. adu, tetiba lak lapor perut nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai Yus nanti bebila buat ya..;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...