Sungguh berkrimmm yummy.. |
I love ALLAH s.w.t, Myself, My Family.. These are my words.. This is my story.. ;)
Saturday, 17 December 2011
Mana fertucinni nya?
Burung Puyuh Masak Kicap
Assalamualaikum lauk ni Ani masak hari Ahad lalu. Memula Ani ingat nak masak lemak cili api je.. tapi anak anak suruh masak kicap.. Ani turut kan je .. dah mmg mereka suka masak kicap.. ok mari semak resepi nyer.. ;)
Bahan Bahan nya:
- Burung puyuh 3 ekor yg telah di goreng
- Bwg merah 5 ulas
- Bwg putih 3 ulas
- Halia sebesar ibu jari
- Bwg besar sebiji
- Tomato 2 biji
- Lada hijau sebiji
- Kicap secukup nya
- 1 sudu besar oyster sos
Tumis bwg merah , bwg putih, halia yg telah di tumbuk halus bersama sedikit minyak. Setelah naik bau, masukkan kicap dan oyster sos. Kacau biar kuah sebati. Selepas itu masukkan burung puyuh tadi. Masuk kan bwg besar dan lada hijau yg telah di hiris nipis. Tambah kan sdikit air jika kuah nya terlalu pekat. Rasa masin nya. Selepas tu boleh lah di nikmati..
Selamat mencuba..
Sunday, 11 December 2011
Bila Semangat Itu Datang Lagi..
Hari ini semangat nak buat kek datang lagi. Kali ni Ani mencuba Kek Pandan resepi asal Ani ambil dari Blog Dapur Tanpa Sempadan Che Mat Gebu. CMG buat perasa strawberi Ani tukar kepada Pandan. Terima Kasih ya CMG sedap kek ni tak rugi siapa yang mencuba nya. En suami kata sedap. Dapat lah Ani bekalkan kek ni pada Irfan. Hari ni Ani hantar dia ke sekolah semula coz hari Rabu nanti ada last paper SPM utk nya iaitu Teknologi Kejuruteraan.
Saturday, 10 December 2011
Bukit Changgang, Banting ;)
Semalam Ani sekeluarga balik rumah mertua di Bukit Canggang, Banting. Seronok dapat jumpa mak, abah, dan sumer ahli keluarga di Banting. Sebelum balik, Ani sekeluarga dan mak mertua ke pekan Banting cari barangan dapur dan makan cendol. Cendol ni la yang En Suami belanja masa mula berkawan (bercinta ) dulu ;). Terima Kasih ALLAH atas kesempatan masa dapat berjumpa ahli keluarga di Banting walau sekejap.. tapi bernilai..
![]() |
Yummy.. |
Wednesday, 7 December 2011
Speak up, your opinion matters..
Assalamulaikum semua.. lately ni kurang ntry dari Ani coz bz manjang kat opis.. penat.. k lah ari ni nak sentuh bagaimana kita kat pejabat. Adakah kita suka diam je cakap belakang atau kita suka suara kan apa yg kita rasa.. Bagi yg mengenali Ani rapat tentu tahu Ani suka suara kan apa yang Ani rasa.. terutama sekali kalau pekara tu melibat kan utk penambahbaikan kerja.. isk isk rasa terbuku kat dada ni kalau ada sesuatu Ani nak suara kan tak terluah.. Anda bagaimana? Tepuk dada tanya selera.. ;)
Monday, 5 December 2011
Pertunangan Fafa..
![]() |
Hantaran dihias indah hasil sentuhan kreatif Kak Chik iaitu Pn Norita Johari. |
Monday, 28 November 2011
My Favourites Moments..;)
![]() |
Di situ memori bermula.. |
Hujung minggu yang indah.. masih segar di ingatan.. Terima Kasih ALLAH.. segalanya kerana mu..
Kari Itik Pedas
![]() |
Tadaaa.. |
Tengahari tadi ani masak Kari Itik . Lama juga tak menikmati itik.. selalunya ani masak rendang jer.. tapi ari tu jenguk "dapur zurena"sila click ya.. dia share resepi "Kari Itik Pedas" pa lagi datang semangat nak cuba resepi.. trima kasih ya zurena.. Alhamdulillah sedap resepi nyer.. berselera ani sekeluarga makan tengahari tadi.. Bagi peminat itik tu haruslah cuba ya..
![]() |
Bismillahirrahmanirrahim.. :) |
Wednesday, 23 November 2011
Mari mari.. bole bole
![]() |
Kek Coklat Kukus |
![]() |
Dah di make up sket |
Alamak Hilang sudah..
![]() |
Perlu di hantar ke klink kasut |
Monday, 21 November 2011
Masak Kicap Daging Special
Assalamualaikum.. hari ahad lepas Ani masak kicap daging korban Raya Haji tempohari. Alhmdulillah hingga menjilat jari.. ok resepi nyer..
MASAK KICAP DAGING SPECIAL
- Daging batang pinang
- 5 ulas bwg merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 sudu mkn kicap manis
- 1 sudu mkn kicap masin
- 1 sudu mkn oyster sos
- 1 sudu mkn rempah kari daging ( Ani suka guna rempah kari ADABI)
- Rempah tumis 4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, cengkih, biji pelaga)
- Kentang 2 biji di potong kecil
- Sebiji karot di potong kecil
- Serai 3 btg
- Sebiji tomato
- Sebiji lada hijau
- Air 1/2 cawan
Tumis rempah 4 sekawan, bwg merah, bwg putih, halia, serai dan rempah kari hingga naik bau.. masuk kan daging dan air.. kacau sebentar lalu masuk kan kicap manis, kicap masin, dan oyster sos.. tutup sebentar kuali.. biar daging empuk.. selepas itu masuk kan pula kentang dan karot.. jika pekat tmbah kan sedikit air lagi.. tutup kuali semula hingga kentang dan karot empuk.. rasa masin nye ya.. selalu nya ani tak bubuh pun garam bagi masakan ni coz kicap dan oyster sos dh cukup utk memberi rasa masin hidangan ini.. setelah semua nya empuk boleh lah diangkat utk di nikmati bersama nasi putih.. hmm lazat :) SeLamaT MenCuba.. Hidangan ni sesuai utk 4 org..
Srutt Srutt
Siput sedut ni merupa kan kesukaan Imtiyaz. Dia pandai plak mensrutt siput nih.. Resepi siput sedut masak lemak ni Ani amik dari buku yang Ani beli ari tu kat "Popular" 1 Hari 1 Resepi dari chef Hanieliza. Sgt lah berbaloi beli buku ni banyak resepi.. siap ada panduan langkah demi langkah lagi.. tu yang Ani suka tuh.. Kesedapan nya jgn nak ckp lah .. hanya peminat siput sedut je yg tahu.. bubuh plak keledek.. isk isk ;)
Jangan Asyik BERANGAN..
![]() |
Berkilat cik BERANGAN |
sesiapa yg tak pernah cuba tu harussssss lah cuba ya..
![]() |
Yummy yummy yok BERANGAN yok |
Saturday, 19 November 2011
Menjejak pengantin di Masjid Tanah
![]() |
Hajah Norlida Bte Hj Mohd dan suami Abdul Fattah B. Hj Ismail |
Hari ini 19/11/2011 Ani meraikan pengantin yg merupakan anak kepada nenek sedara ani. Norlida merupa kan my tailor.. ani serasi dgn jahitan nya.. Cuaca cerah ramai tetamu yg dtg.. makanan pun sedap.. sedara mara asyik bercerita semua kelihatan gembira.. ya lah sesekali berkumpul selain hari raya, majlis perkahwinan bukan senang nak berkumpul mcm ni kan.. Ani doa kan Norlida dan suami bahagia dunia dan akhirat semoga sentiasa di dlm keberkatan ALLAH.. Aminn.. :)
![]() |
Sama cantik sama padan :) |
![]() |
Pengantin lama yg amik feel pengantin baru ;) |
Friday, 18 November 2011
Bila semangat itu datang
![]() |
Tadaaa :) |
![]() |
Nyum nyum |
Thursday, 17 November 2011
Menjejak pengantin di MUAR
![]() |
Pengantin yang jelita |
Sara n me ;)
![]() |
Mereka pun jejak pengantin juga :) |
Makanan sgt lah sedap. Nasi briyani, daging briyani, dn yg paling menjadi rebutan Ani, Encik suami n Imtiyaz sudah tentu "Sambal Goreng" uwaa smpai sekarang terasa kesedapan nyer.. isk isk Minta maaf gambar makanan tak sempat diabadikan sebab masa tu tak terlintas pun coz anak tekak asyik menikmati hidangan. Disamping itu ada juga rempeyek.. bubur kcg hijau.. kuih koci.. hmm sedap belaka.. ingat kan nak tunggu sehingga bersanding tetapi ada hal len so Ani dan keluarga perlu bertolak balik awal..
Pa sebabnya? tunggu di entry len k.. Anggap lah mcm commercial break jap.. ;) Trima kasih n Tahniah pada Sara , Fauzie n kluarga. Moga Bahagia dn di dlm keberkatan ALLAH s.w.t sentiasa. Aminn
Imtiyaz
Imtiyaz n me ;)
Wednesday, 16 November 2011
Agak agak la..
![]() |
Foto1 |
![]() |
Muka terperanjat bila mama dia amik gambar |
![]() |
Ni dah ngantuk sgt dah ni.. |
Greyco kalau dh pnat nak tido mmg ni la tebiat die.. haha Agak agak la greyco oi.. suka nah lepak kat meja ni coz ada kaca sejuk kot ..
Tuesday, 15 November 2011
Apa salah aku haaa?
![]() |
Foto 1 |
![]() |
Foto 2 |
Apa salah aku haaa? cuba lihat kedua foto pa yg tak kene? Dah jumpa dah? Haaa dah kata kan.. Ani Lelap.. sampai family sume selalu kata ani amik gamba selalu lolap.. lahaiii mcm mana nak wat suka nah lolap masa amik gambar.. bukan salah ibu ani ngandung tapi.. memamg kira dh trademark.. hahaha sabar je lah byk lagi koleksi gambar lolap ni tapi cukup cukup lah dua ni je yg ani share.. ^___^
BUDAK BULU????
Tadaaaaa ha ini lah BUDAK BULU yg dimaksudkan.. buah hati sekeluarga.. Greyco nama di beri kisah nye bermula Aidilfitri 2009 g beraya kat umah my nenek sedara.. my son Imtiyaz dok sibuk nak anak kucing << sebenar Imtiyaz ni ngikut ani coz ani mmg dedulu masa bebudak pernah pelihara kucing.. so bertambah lah ahli keluarga ani.. perangai dia suka perasan dia ni manusia hahaha mana tak nye dari kecik smpai sekarang hanya bergaul dgn kitaorg je.. kalau kuar rumah bunyi motor ke enjin kete ke.. mencicit masuk balik umah..mana bese kat luar.. hehe sian..
haa ni kesukaan die main dlm plastic ke.. kotak ke.. mula la mata hitam tu bulat.. konon memburu la tu.. haha pa pa pun syukur pada allah kerana diberi berkongsi kasih sayang dgn haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w ni.. memang jadi penghibur ani sekeluarga..
Monday, 14 November 2011
Irfan
SPM bermula hari ni.. Anak ani yg pertama salah sorang calon SPM 2011.. semoga cemerlang.. Usaha dah usaha.. doa sentiasa.. sekarang ni berjuang lah hingga 14 dec ( lmbat abis coz last paper tu Teknologi Kejuruteraan) mama.. papa.. adik.. atok.. nenek.. n kuarga len len sume mendoakan yg terbaik utk irfan.. Insya allah cemerlang.. Ya Allah semuanya kerana mu.. Berilah kejayaan cemerlang pada anak ku. Irfan Tadi siang BM kertas 1 dah kertas 2 dah.. Esok BI paper 1 & 2 All the best .. hari ni ani asyik tgk jam je bukan nak balik keje cepat tau.. sebab ayik teringat irfan yg tgh jawab soalan.. sambil membisik bisik kan doa.. fenomena biasa bagi smua ibu yg mahukan terbaik utk setiap anak yg dilahirkan.. dibesarkan.. uhukss syahdu la plak :( sabar ani sabar.. yg penting step by step
Subscribe to:
Posts (Atom)