Sunday, 11 December 2011

Bila Semangat Itu Datang Lagi..

Hari ini semangat nak buat kek datang lagi. Kali ni Ani mencuba Kek Pandan resepi asal Ani ambil dari Blog Dapur Tanpa Sempadan Che Mat Gebu. CMG buat perasa strawberi Ani tukar kepada Pandan. Terima Kasih ya CMG sedap kek ni tak rugi siapa yang mencuba nya. En suami kata sedap. Dapat lah Ani bekalkan kek ni pada Irfan. Hari ni Ani hantar dia ke sekolah semula coz hari Rabu nanti ada last paper SPM utk nya iaitu Teknologi Kejuruteraan. 

Tadaa..

Resepi nya: 

5 biji telur Gred A
125gm tepung gandum *
1 camca teh baking powder*  (Bahan bertanda * di ayak 3 kali)
75ml minyak jagung
160gm gula halus
15gm ovallate
2 camca besar susu segar
1 camca teh perisa pandan

Cara membuatnya:
  1. Panas kan oven pada 175C. Lengser tin kek berukuran 9 inci dgn mentega. Alas dasar tin dgn kertas minyak. Ketepikan.
  2. Tuang gula halus bersama ovallete dlm mixing bowl, putar hingga mesra bersama gula halus. Masukkan 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental seperti adunan baulu.
  3. Masukkan perisa pandan dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana masuk kan tepung sedikit demi sedikit. Tuang susu segar dan putar rata.
  4. Akhir sekali masuk kan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dlm tin tadi . Bakar 25-30 minit atau sehingga masak.



6 comments:

  1. @man kek ni mmg sedap.. berbaloi ;)

    ReplyDelete
  2. hijau betoi kek tu...menggamit je...

    ReplyDelete
  3. @ Hanih pa kbr dik? Kak Ani rasa warna hijau tu mcm terlebih sudah.. tapi kek tu mmg yummy rasanyer

    ReplyDelete
  4. alahai gebunya kek..nak sepotong?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...