Saturday 13 October 2012

Sotong Masak Kunyit ;)

Yuhuuu Cak! Cak! Apa khabar semua? Ani sekeluarga sihat.. Alhamdulillah harap semua pembaca yang Ani kasihi sentiasa sihat.. dan ceria ceria selalu..

Antara Irfan dan Imtiyaz.. sotong sangat diminati oleh Imtiyaz.. masak apa pun dia pasti suka.. kalau masak sotong dia tak perlu lauk lain pun.. cukup lauk sotong dan nasi..  Ani nak kongsi resepi mudah ni resepi campak campak lah bak kata orang.. katanyaaa hehe ;)


Bahan - Bahannya :-
500gm sotong (bersihkan.. potong kecil dan gaul bersama garam dan sebuk kunyit)
3 biji bawang putih - di tumbuk
1 inci halia - dihiris halus
1 biji lada merah
1 tangkai daun sup
sedikit air
garam secukupnya
minyak utk menumis

Cara membuatnya:

  1. Tumis kan bawang putih dan halia bersama sedikit minyak sehingga naik baunya.
  2. Masuk kan sotong yang telah di lumur bersama serbuk kunyit dan garam tadi. Gaul sebati.
  3. Masukkan sedikit air.. jgn terlalu banyak ya sayang nanti terlalu berair kerana sotong juga akan mengeluarkan air bila di masak.
  4. Biar kan seketika sehingga sotong masak. Jgn masak terlalu lama nanti sotong jadi "kenyal" sangat.. tak best.. 
  5. Rasakan masin nya jika kurang tambah garam ya..
  6. Masuk kan lada merah dan daun sup untuk menambah rasa..
  7. Angkat dan boleh lah dinikmati.. ;)

4 comments:

  1. salam Ani..
    kemana menghilang lama akak tk nampak ni, ke akak yg kureng masuk ofis ni,apa2 pun sotong kunyit mmg sedap anak akak pun suka ni meratah lagi sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Nooorrrr Ani yang lama tak mengupdate Kak.. Harap Kak Noor sekeluarga sihat.. trimakasih Kak sudi jenguk sini

      Delete
  2. sotong masak kunyit ni mmg peberet adda jgk..mmg sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Addaaa itu lah hidangan yang ringkas.. mudah.. dan sedap.. trima kasih dik sudi singgah sini.. ;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...