Sunday 14 October 2012

Seri Muka ku... ;)

Salam Pagi semuaaaa... Cakk Cakkk!! Salam pagi Ahad.. wahhh hari ni pasti hari yang sibuk buat Ani.. Imtiyaz menunggu di sekolahnya.. semalam meruntun jiwa ku bila anak itu post kat FB "lapar makanan tak de" huwaaaa Ani masa tu kat rumah mertua rasa nak ada sayap je bole terbang hantar makanan kat anak itu.. hati emak mana yang bole tahan bila anak cakap macam tu kan.. biar kita lapar jangan sekali anak kita betul tak?? Petang plak nak hantar Irfan kembali ke Akademi Laut Malaysia.. pulang bermalam coz Melaka cuti Jumaat lepas.. itu yang si adik tak tahan tu.. bila tahu abangnya ada kat rumah.. aduhhhh membebel sudah.. terlepas dari topik diatas.. Maaf kan saya ya.. bila sesekali bercoleteh tu semangat sungguh sampai lari topik plak..

Haa lihat itu.. betapa ber SERI MUKA KU.. resepi dari chef Asma yang memang terkenal dengan kelas kelas kuih Talam.. blom pernah jenguk ke blog beliau??.. haaa sila klik SINI.. Sesiapa yang berminat utk menhadiri kelas Chef sila dapat kan info di blog beliau tu ya.. Ani pun dah jadi anak murid Chef Asma tu.. berbaloi.. selain kelas kuih Talam kelas "western food" kelas Kek Lapis pun ada.. resepi kuih ni Ani jumpa di blog Antan Bertingkah selamat mencuba ya.. Kepada Dik Antan Kak Ani cnp resepinya ya.. Terima kasih dik..


Bahagian bawah
500 gm tepung pulut direndam dan toskan
300 ml santan pekat
300 ml air
garam secukupnya
Campurkan semua bahan dan dikukus 30 minit. Bila sudah masak tekan2 dengan sudu supaya mampat.




Bahagian Atas

100 gm tepung kastad
4 biji telur
400 ml santan pekat
400 ml air yang bercampur air daun pandan yang diblender
220 gm gula pasir
sedikit garam
pewarna hijau
Campur semua bahan, tapis dan masak hingga naik wap dan tuangkan ke atas pulut dan dikukus selama 30 minit.


Yummiehhh sedapppp!! Kak Ani suka suka coz resepi nya menjadi.. ;)
Selamat Mencuba..

8 comments:

  1. salam selamat behari minggu..kuih fvkami sekeluarga...ank dara suka sangat kuih ni....insyaallah nak buat...cuma pulut x beli lg...cantik kuih potongan pun kemas....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sheilaaa selamat berhari minggu buat Sheila juga.. trima kasih sudi tinggalkan komen kat blog Kak Ani..

      Delete
  2. Morning Ani,
    cantik je kejadian seri muka tu... memang berseri, kemas lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Amieeee apa khabar? harap Kak Amie n family sihat ya.. trima kasih atas komennya.. ;)

      Delete
  3. cantiknya nampak seri muka nih...elok jer di potong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Adda menjadi seri muka Kak Ani..

      Delete
  4. salam kak ani..terer nyer kak ani ni ek..saya ni xpandai buat kuih muih nie..tgh nk blajar.hope kak ani xkisah saya amek resepi kat blog kak ani..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Nadia.. aduhai tak de lah terer dik tapi alhamdulillah dah belajar tu bole la buat .. sila kan dik panjang panjang kan resepinya utk perkongsian moga tuan punya resepi dapat manfaat nya.. ;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...