Saturday 20 October 2012

Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood, Port Dickson.

Sediaaa???
Ani, Cik Haizan, Cik Aisyah dan Cik DekWa ;)
Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t atas nikmatnya yang tidak terhingga.. Pada hari Jumaat yang lepas setelah tamat waktu pejabat Ani dan rakan rakan bertolak ke Port Dickson untuk makan malam di Restoran Seri Mesra yang terletak di Teluk Kemang, Port Dickson. Juru pandu arah nya ialah Cik DekWa gadis yang beriya iya mengajak kami kesana.. heeee :D Walau hujan tetap kami gagahi memandu dgn hati hati sambil berdoa moga perjalanan kami selamat dan di lindungi Allah sentiasa.. 

Bergambar sebelum memulakan acara kayuhan hidangan malam itu..


Restoran ini dimiliki dan diusaha kan oleh Encik Mohd Nordin Bin Joned atau pun lebih dikenali dengan panggilan "Abang Din Telok Kemang" dan isterinya yang jelita Puan Rohaya Bt Talib serta anak anak mereka. Perniagaan ini telah hampir mencecah lebih kurang 3 tahun gitu.. sebenarnya sebelum ini mereka berniaga di Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang, Port Dickson tetapi memandang kan saiz kedai di sana kecil tidak dapat menampung kedatangan pelanggan yang semakin bertambah membuat kan En Mohd Nordin dan isterinya mencari lokasi kedai yang baru di Teluk Kemang. Waktu perniagaan ialah pada pukul 4.30 pm sehingga 3.00am. Restoran ini pastinya penuh dengan pengunjung pada hari Sabtu dan Ahad oleh itu mereka tidak mengambil tempahan. Siapa cepat dia dapat tempat duduk.. heee ;)

Baiklah menu yang Ani dan kawan kawan pesan pada malam itu ialah :

Layan gambar dulu.. 



Gedik gedik satu kemestian ;)

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.. ;)
  1. Udang masam manis( mesti order coz yummiehh) 
  2. Ikan siakap bakar dan ikan cencaru bakar (yang ni utk Cik dekwa sorang coz dia tak makan ikan besar besar.. (mesti order coz yummiehhh kuah cicah dia pun sedap)
  3. Sotong goreng tepung (mesti order coz sedap.. tepung dia rangup) .
  4. Kailan ikan masin (sedap)
  5. Tomyam campur agak terlebih masam nya bagi tekak Ani lah.. 
  6. Nasi putih dan nasi lemak (nasi lemak nya harusss cuba ya coz sedap tau)
  7. Jus oren
Mari layan gambar lagi..
Foto atas paling kiri, Ani bersama Puan Rohaya Bt Talib.. gambar disebelah gadis manis bertudung pink ialah anak pemilik restoran ini ;) Nur Asmira nama nya kalau tak salah Ani .. ;)
Antara makanan laut  yang boleh dijadikan pilihan hidangan pada malam itu.. ;)
Baiklah..  sesiapa yang belum pernah mencuba  bebila ke Port Dickson jangan lupa singgah dan makan di Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood.

10 comments:

  1. terbeliak bijik mata tgk lauk pauk tuh...my peberet seafood...tgk pepahat fresh tu lgi la...nyum nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik Adda Syuhada terima kasih sudi singgah sini tau.. haha sampai terbeliak ya? Kak Ani dgr pepahat masak pedas kat situ pun sedap tau..

      Delete
  2. Ani.... rasa nak join semeja!!!!! Terliur...

    ReplyDelete
  3. Kak Amie.. meh meh join.. nanti cuti balik sini ya.. ;)

    ReplyDelete
  4. Ani.. best nya akak pun nk join jugak kalau dkt tapi sayang lah kena naik belon dulu tu lah payah sikit pos kan sikit bolehhhh

    ReplyDelete
  5. so far ini la the best tempat makan kat PD, cuma tempat dia agak limited dan penuh asap.

    ReplyDelete
  6. asssalamualaikum sedare oi...nak tumpang tanya skit nih. mano tompek ngan alamt eh restoren ni...cam sodap yo....terliur den...sampai hinguih pun kluar skali..

    ReplyDelete
  7. Wsalam sedara oi.. Resto berada di Tlok Kemang PD.. Jika sedara gunaknhway ke PD sedara perlu ke kiri.. Antara landmark.. Tokong cina dan perkuburan islam resto brada di sebelah kiri pasti tk miss punya lah ;)

    ReplyDelete
  8. Akak..mmg dekat sgt dgn tokong cina tu ke??

    ReplyDelete
  9. Makanan sedp giler.....tp mahal cikit..rase2 duit bawak rm50 lupekan jela...hahahha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...