Sunday 27 May 2012

Masak Lemak Labu

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang di hargai..
Pada pagi yang ceria ini Ani nak share resepi mudah masak lemak sayur labu. Ani masak ni utk di makan bersama Ikan Selar Kuning yang dimasak bersama lada hidup tempohari sila klik kat sini ya... Masakan ni merupakan masakan kegemaran kami sekeluarga. Sedap dinikmati dgn sambal belacan.. ikan masin goreng, sambal ikan ke.. sambal udang ke.. walllahhh ;)


Resepinya:

1/2 biji labu
santan dari 1 biji kelapa
1 btg serai
1 helai daun kunyit
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 1/2 camca besar ikan bilis
Garam secukup nya

Cara memasak nya:
  1. Potong labu, buang kulit dan biji nya. Bersih kan masuk kan ke dalam periuk bersama bawang merah, bawang putih,serai dan ikan bilis yang ditumbuk halus.
  2. Masuk kan santan, boleh tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat.Masak hingga mendidih.
  3. Masuk kan daun kunyit dan juga garam. Masak dgn api kecil hingga labu empuk.
  4. Rasa kan garam nya jika dah ok boleh lah di hidang .
Selamat mencuba ya.. ;)

7 comments:

  1. Salam Kak Ani cayang.... waduhh pepagi dah ada lauk lemak labu... terus ler perut berbunyi..:))

    Memang betul lemak labu lawankan dengan lauk ikan bersambal, sambal belacan, ikan masin perghh itulah yang terbaik kak...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Shaa yang manis.. trima kasih jenguk sini.. itu lah lauk yang tak pernah jemu kat rumah ni

      Delete
  2. Selamat pagi Ani,
    sayur lemak labu memang menyelerakan! Kak Amie suka labu sebab tahu banyak khasiatnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Amie.. btul tu Labu ni wat pengat pun sedap kan..

      Delete
  3. Salam,
    Lama tak pekena masakan macam ni, mesti bestkan....mai la ajak kita makan sekali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Wattie.. Mai la seremban.. Kak Ani masak kan ya.. ;)

      Delete
  4. salam kak
    wahh dh lama x mkn lemak labu..sedapppnya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...