Sunday 20 May 2012

Tiada Alasan Lagi.. Pulut Kuning Express

Tadaaaa.. haaa bila nampak je pulut kuning Ani mesti tringat masa kekecik.. masa nenotty ya la kan budak budak.. bila mak g umah kahwin mesti Ani tanya "mak ada pulut tak?" aduhai makan plak dgn sambal tumis ikan bilis yang byk bwg tu.. sedap nya.. dulu kalau ada pulut lebih Ani mesti simpan di dlm peti ais.. pas tu bla nak makan Ani panas kan.. ya lah dulu mana de "fast food" pulut adalah makanan yang Ani gemari.. Anak anak Ani pun kurang berminat tu yang Ani suka perkenal kan pulut kuning kat dorang..

Ok lah mari kita layan resepi nya Ani jumpa di myresepi.com oleh as75 di sini ribuan Ani ucap kan pada as75 kerana perkongsian resepi Pulut Kuning Express nya yang sedap malah tiada beza pun dgn yang kukus tu..ropa ropa nya ada cara yang mudah.. isk isk TIADA ALASAN LAGI..
Makan bersama rendang ayam ;)



Bahan-bahan ( 5-6 org makan )

2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
1 sdt garam
1 helai daun pandan
1 sdb minyak masak
Sedikit serbuk kunyit
Cara-cara

Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..
Selamat mencuba! ^_*

4 comments:

  1. Salam wahhh sedapnya pulut kuning nak buat mudah.. malasnya yang banyak hehee...

    dulu kalau musim majlis cukur jambul mesti ada pulut kuning... sedapkan..:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Shahriah.. betul tu kenkadang malas jadi halangan la.. hehe.. majlis cukur jambul pun mesti ada pulut kuning.. sedapnya..nak nak cicah sambal bilis

      Delete
  2. Kalau pulut sekilo berapa santan ngan air ye..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukat guna cawan. Kalo 4 cawan pulut, santan pun 4 cawan, air pun 3.5-4 cawan...ni cara budak2 pun bleh ikut gak...slamat mencuba

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...