Tuesday 17 January 2012

Kuah Kacang.



Assalamualaikum pada pembaca yang sudi jenguk blog Ani hari ni. harap semuanya sihat dan dalam lindungan Allah swt sentiasa. Ani nak share resepi kuah kacang yang Ani jumpa masa jenguk jenguk kat blog Azlita Masam Manis . Blog Azlita ni adalah salah satu blog yang Ani mesti jenguk setiap kali Ani online. Jika tak jenguk mcm tak lengkap gitu.. Sangat kagum dgn kegigihan beliau pada yg blom jenguk jenguk kat blog beliau sila sila lah klik ya.
Ani minta izin kat Ita utk cnp resepinya kat sini ya. Menurut beliau resepi asal dari Dayang Jack di My Resepi. Terima Kasih ya Dayang n Ita.




KUAH KACANG
by: Dayang Jack

300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar) 
5 biji bawang merah * 
3 ulas bawang putih * 
1 batang serai* 
1/2 inci halia * 
3 cm lengkuas* 
1/2 inci belacan bakar* 
1 batang serai (diketuk) 
5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka) 
2 sudu makan gula merah/gula melaka 
garam dan gula pasir (mengikut citarasa) 
air secukupnya 

Kisar bahan2 bertanda *
Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
Hidangkan setelah masak.

2 comments:

  1. Salam kenal daripada Kak Noor. Blogwalking, tersinggah kat blog Ani ni. Baru tadi Kak Noor buat kuah kacang, makan dengan nasi empet. Resepinya lebih kurang sama, tetapi bahan-bahannya Kak Noor goreng dahulu untuk menaikkan lagi aromanya. Boleh singgah blog Kak Noor kalau nak cuba resepi kuah kacang Utara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Noor terima kasih singgah blog Ani.. ok nanti Ani jenguk blog Kak Noor ya.. ;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...