Pada para pembaca blog dan followers yang Ani sayangi terima kasih ya jenguk jenguk sini..
entry tu ada tapi tu la kemalasan dan tak kekuasaan melanda.. huh!! Malam ni Ani kuat kan semangat nak share resepi Rendang Kerang yang menjadi kegemaran Ani sekeluarga.. terutama anak ku Imtiyaz.. Dulu sebelom kahwin dgn En Suami Ani tidak mengenal hidangan ini.. Ani di besar kan oleh emak dan abah yang berasal dari Melaka dan menetap di Negeri Sembilan.. jadi pengaruh asam pedas dan lemak cili api menguasai menu harian..
ok mari layan gambar dulu.. ;)
![]() |
Yummiehhh.. ;) |
Pada CMG terima kasih ya atas perkongsian resepinya Ani hargai.. Ani cnp ya ..
BAHAN UTAMA :
2 kg kerang, direbus dan ambil isinya
1 camca besar rempah kari
1 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 helai daun kunyit, dihiris halus
2 helai daun limau purut
1 1/2 cawan santan
BAHAN KISAR HALUS :
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
15 - 20 biji cili padi
CARA MEMBUATNYA :
Masukkan santan, bahan2 kisar, asam gelugor dan rempah kari ke dalam kuali, kacau hingga sebati dan didihkan. Masak hingga pekat, masukkan kerang rebus dan kacau rata.
Tambah kerisik, gula melaka dan garam (sedikit sahaja). Masak hingga sedikit kering dan masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. Rasa dan tambah garam jika perlu.
Keadaan rendang bergantung pada individu, jika suka kering, tambah masa masakan dan jika suka rendang basah bolehlah diangkat. Sedap dihidangkan bersama nasi, ketupat, pulut dan roti....