Thursday 28 June 2012

Main Cak Cak di Alamanda Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca yang saya hargai.. lama tak bersiaran seolah hilang semangat.. badan pun tak sihat je kebelakangan ni..baiklah nak citer ni .. jeng jeng jeng jeng.. Ahad yang lepas (24 Jun 2012) Ani ke Alamanda Putrajaya utk berjumpa sebentar dgn Shahriah Abdullah..  haaa bagi peminat Master Chef Malaysia 1 pasti mengenali beliau.. Sha yang datang dari Johor Bahru utk menjayakan Majlis Temu Mesra bersama Novelis anjuran Karang Kraf.. Shahriah Abdullah bagi Ani adalah seorang wanita yang gigih.. beliau bijak mengatur masa utk urusan harian menjalankan tugas sebagai isteri.. ibu.. blogger.. juga penulis.. entah mengapa Ani yang asyik bertemu Sha di alam maya.. yang bertukar komen di blog rasa terpanggil utk bertemu dgn nya..

Alhamdulillah dgn izin Allah swt kami bertemu.. dapat berbual rasa tak puas nak chit chat tingg.. di situ Ani juga berpeluang berjumpa dgn adik blogger Setia Kekal Abadi "SKA" dan Asyraf ..Alhamdulillah petang itu berkat.. dapat  Ani menambah sahabat.. Jangan lupa jengah dan follow blog adik adik kita ituh ya..

Baiklah mari mari layan foto foto nya ;)
Ini lah dia Shahriah Abdullah comel molek.. orang nya peramah.. cepat mesra.. saya sukaaa ;)

Majlis Temu Mesra ini juga bersama Novelis Durrah Fatiha.. Manis dan lembut orangnya..

Lihat itu wajah gumbira ku.. ;)

Sha sedang menandatangani Novel terbarunya "Kerana Sebiji Epal"

Tadaaa ini lah dia bukunya.. Kak Ani dah habis baca.. Plot cerita ni adusss berpeluh dibuatnya.. Aduhai Najlah..  Herman kenapa? kenapa? Khairy? isk isk  nak tahu? HARUSSS lah BELI tau.. ;)


14 comments:

  1. salam syg kak ani,wahhh dh jumpa sha yer..dah laga2 pipi lg..aiishhh kita jew x jumpa2 lagi..last jumpa tingkatan 5 ..dh berbelas tahun rasanya..nk cari buku resepi dia la..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik Zilaaaa sayanggg.. itulah dapat jumpa Sha siap flok flok arab lagi hehe ;) ok cari tau coz buku resepi Sha itu sangat lah berbaloi coz resepinya sudah diuji lazat dgn langkah langkah yang mudah serta bahan bahan masakan nya mudah di cari.. ;)

      Delete
  2. Wah! Seronoknya dapat jumpa si comel molek Shahriah ye Choco Ani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Amieeeee cak cak.. ya alhamdulillah dapat berjumpa Sha.. walau sekejap tapi seronok beliau peramah orangnya.. walau berbakat besar beliau tak sombong.. saya sukaaa ;)

      Delete
  3. salam k.ani, terima kasih sudi promote blog SKA yang tak seberapa tu..seronok jumpa akak yang sangat comel dah mesra..rindu nak jumpa akak dan k.sha..tq,(pssstt kak tolong klik kat link dalam blog SKA tu yer)..tq sekali lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam dik.. itu lah kan terasa tak puas nak borak.. tak pa mana tahu diizin allah swt kita bertemu lagi insyaallah.. sesama tq ya dik.. ;)

      Delete
  4. Salam kenal kak Ani... best nye dpt jumpa ngn kak Sha yg sgt comel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga dik trima kasih sudi singgah n follow.. ya btul dik best n seronok dapat jumpa sebentar dgn Sha..

      Delete
  5. Salam akak.. 8 Julai ni jemput singgah ke Shah Alam Convention Center, demo masak Kak Sha sempena pesta buku selangor :)

    ReplyDelete
  6. Wsalam Asyraf.. Hati ingin berjumpa lagi.. tetapi apakan daya dik Kak Ani ada komitmen lain pada hari tu.. Lain kali insyaallah ya

    ReplyDelete
  7. salam kak ani......
    bestnya ....!!!!kak ani dah jumpa sha....
    yan pun teringin juga.....
    insyaallah yan nak pergi convention center kot kot
    boleh jumpa sha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Dik Yannnn haaaa ok la tu.. leh la g jumpa kebetulan Sha pun ada program masa tu.. g dik surprise dia.. ;)

      Delete
  8. asslm Kak Ani...wah bestnye kalau dpt jmpa rakan bloggerkan...mesti Kak Sha terkejut tu..hihihi...tp bile lg yer dia ade kt KL ni..nk jugak jmpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam DIk Qasey.. ya seronok hari tu dapat berjumpa dgn Shaaa.. Dik jangan lupa Sha akan berada di Pusat konvensyen Shah Alam (SACC) pada 8/7/2012 ni dari pukul 2.00 ptg hingga 5.00 petang .. Sha ada demontrasi memasak pada hari tu.. apa lagi dik jika berkesempatan g ok... jgn lepas kan peluang ini ;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...