Thursday, 7 June 2012

Dia Datang Dengan Lenggang Lenggoknya.. ;) Kembara Ke Johor

Cak Cak semua pembaca dan pengunjung blog yang di hargai..
Harap semua ceria selalu ya..
;) Semoga berbahagia
Sabtu lepas (2 Jun 2012) Ani sekeluarga memulakan kembara ke Batu Pahat kerana ada undangan perkahwinan adik bongsu rakan sepejabat yang merupakan salah seorang rakan baik Encik Suami, Hafiz ( Rakan Muda ) knapa Ani gelarkan "rakan muda" coz Encik Suami merupakan yang paling *** dalam kumpulan nya ituh.. dia suka berada dikalangan "rakan muda" coz dia pun nanti  nampak muda.. ahakss pandai dia ya.. nak nampak muda konon.. isk isk nampak muda tak apa tapi jgn nak terasa muda sgt ya.. ehem ehem.. pepandai jaga diri, jaga perilaku ya En Suami.. hahaha pesanan tulus tu.. :D

Kami bertolak dari Seremban pukul 10.00 am pagi sampai di rumah pengantin lebih kurang hampir pukul satu..
Timing baik punya coz perut pun memang sedang bersedia sangat untuk di isi dgn nasi beriani, ayam masak merah , daging beriani, kuih muih, aduhai... masih terasa kelazatan nya tak caya meh tgk gambar nya ;)
Lihat lah itu.. ;) yummy terbaik lah..
Pasangan pengantin ( Faiez & Rien ) sama padan  sama cantik.. Tahniah Kak Ani ucap kan oh ya yang kat tepi tu
yang pakai baju melayu Grey tu ialah Hafiz ;)
Paluan kompang mengiringi pasangan pengantin untuk bersanding..  happening sangat lah group ni sore penyanyi nya aduhai mantop.. serak mcm 10 tahun tak buang kahak.. hahaha its a compliment tau.. not in a bad way.. memang Kak Ani sekeluarga yang dok tunggu pengantin sampai terhibur.. kira berbaloi lah kalau wat majlis tempah kumpulan nih.. haaa meh layan gambar lagi.. 
Haaa ini lah abang yang nyanyi bikin sume org terhibur.. Syabas.. nama dia tak sempat tanya .. hahaha  En Suami ada mana bole Kak Ani nenotty.. :D 
Haaa syabas juga untuk mereka memang satu persembahan yang mantap.. mereka tak makan pun cuma cecepat minum pas tu pegi majlis perkahwinan yang berdekatan .. kumpulan mantap mesti byk undangan ya tak.. yang penting musim perkahwinan ni masyukkk... ;)
Di sini Kak Ani, En Suami dan anak anak ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas undangan Hafiz ke majlis perkahwinan adik bongsu nya.. Kami di layan mesra dgn hidangan yang enak.. moga silaturahim yang terjalin berpanjangan dn di berkati Allah swt.. Aminn..

 Nanti kan kisah Kembara Ke Johor lagi ya..tunggu.. ;)  muahss


2 comments:

  1. salam Ani wow selamat pengantin baru utk kedua mempelai tu sama cantik sama padan..
    makanan pun fulamak terangkat tu biasa lah orang kawin skrg ni mecam berlawan2 nak masakan yg hebat2 kan tpi oklah tu nak memuaskan hati tetamu mestilah kan heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Noor.. majlis perkahwinan sekarang memang meriah makanan ada tambahan menu seperti bubur kacang hijau atau bubur pulut hitam dan ada juga yang menyedia kan cendol utk tetamu..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...