Sunday, 8 April 2012

Rendang Itik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ;)


Alhamdulillah baru sahaja selesai makan tengahari bersama keluarga tersayang.. Hari ni Ani buat rendang itik kegemaran sekeluarga.. Ani juga pernah buat Kari Itik Pedas sila klik sini .Imtiyaz bakal kembali ke sekolah hari ini setelah 2 minggu cuti mc kerana chicken pox.. lama juga tak buat rendang itik dah jarang lalu jalan ke Kuala Pilah semenjak Irfan menamatkan zaman 
persekolahan nya di STJ. Hari tu Ani dok terliur tgk resepi rendang itik di blog Asz sila klik sini.  Resepi nya memang sedap sehingga menjilat jari. Dik Asz Kak Ani minta izin salin resepi nya di sini ya. Terima Kasih Asz  atas perkongsian resepinya..

RENDANG ITIK

Bahan-bahan

  • 1 ekor itik-di potong kecil
  • 1 biji bawang besar ( dimayang)
  • 6 biji bawang kecil ( dimayang)
  • 4 biji bawang putih ( dimayang)
  • 2 inci halia ( dimayang)
  • 1 inci lengkuas ( dimayang)
  • 1 1/2  sudu makan jintan manis*
  • 1 1/2 sudu makan ketumbar*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 1/2  sudu kecil lada hitam*15-20 cili kering*- (bergantung kepada kepedasan yang di ingini)
  • 5 batang serai-3kisar- 2 titik hujung
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat di simpul
  • 1/2 kg  santan pekat (beli yang kira kg ajer)
  • sedikit air-nak lembutkan daging itik.
  • sedikit minyak 
  • garam



Cara-cara Penyediaan :


  1. Bersihkan itik  dan toskan.
  2. Sangai (goreng tanpa minyak) rempah-rempah bertanda *.  Kisar dengan sedikit air.
  3. Tumis rempah-rempah dulu dan bila dah berbau wangi baru masukkan segala bahan yg tlh dimayang.
  4. Biarkan berbau wangi dan kacau selalu dan masukkan pula itik. 
  5. Masukkan air dan perlahankan api dan tunggu daging itik empuk.  
  6. Kacau dan masukkan santan pekat.
  7. Biarkanlah merenih dengan api sederhana  dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik hujungnya dan daun kunyit yang telah disiat dan di simpul.
  8. Kacau selalu dan bila dah pekat masukkan garam.
  9. Bila dah agak pekat, kecilkan api...kacau selalu sbb masa nie rendang mudah hangit...dan kacau sehingga kering. 


6 comments:

  1. Assalamualaikum Choco Ani,
    rendang itik memang sedap, buat lauk tengahari makan dengan nasi panas....adeeeehhh lama tak makan rendang itik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Amie.. itulah Ani pun dah lama tak masak itik.. hari ni lah baru dapat masak..

      Delete
  2. Hello Choco Ani, I love your callsign.....I'm guessing you love chocolates? Ha ha...
    Love your header gambar, very romantic.
    I suka makan rendang, but itek rendang.....never.
    I ta'suka itek, ha ha.
    But your dish sure looks sedap best.
    You have fun, and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Uncle Lee Thank you for stopping by.. I do love chocolates.. ;) tak suka itek tak mengapa next time i'll cook rendang ayam.. hope u'll like it..

      Delete
  3. Salam kak...
    Thank u so much sebab cuba,try,test dis resepi...mmg best...selalu makan time raya..tapi bila buat mmg menjilat jari....asz pun lama gak x buat...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Dik Asz trima kasih sekali lagi atas perkongsian resepinya ternyata memang sedap hingga menjilat jari..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...