Tuesday 30 October 2012

Bingka Ubi.. fuhhh Berdesupp ;)

Lihat itu.. berdesupp je habisnya.. ;)
Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca yang Ani kasihi.. Penat siang tadi belum hilang tapi Ani gagahi juga demi entri ni.. Pada Hari Raya Aidiladha yang lepas jiran Ani yang berasal dari Johor pulang ke kampung.. sempat Ani pesan suruh beli ubi.. hehe bukan tak de kat Seremban ni.. saja gatai nak juga yang di beli dari Johor..

Balik je rumah hari Ahad yang lepas.. jiran Ani pun beri ubi yang Ani pesan.. Terima kasih tak terhingga.. Allah swt je yang membalas jasanya.. Malam semalam dengan semangat berkobar kobar.. balik dari kerja singgah dulu kedai beli kelapa parut.. memang dalam kepala dah "set" nak buat bingka ubi.. resepi dah tanya Pak Cik "google" dah jumpa di blog "PeriukTanah". Ani terus buang kulit ubi tu dan basuh bersih untuk di parut halus. Dengan bantuan En. Suami Ani berjaya memarut ubi untuk dibuat bingka. Santan pun dah siap di perah dari sebiji kelapa parut tadi. Hampir pukul 10 malam bingka pun masak. Alhamdulillah menjadi.. rasa yang lazat.. manis.. lemak berkrim..

Ubi yang sedia untuk di parut ;)

Ani berpuas hati dengan resepi ni.. Terima Kasih tak terhingga pada Puan Raihan dari blog beliau Periuk Tanah.. Minta izin ya resepi nya Ani salin ke sini..


Bahan-bahan: menghasilkan satu loyang bengkang 7 inci X 7 inci

4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut.

2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah). Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal). Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.

2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan Sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.

Saturday 20 October 2012

Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood, Port Dickson.

Sediaaa???
Ani, Cik Haizan, Cik Aisyah dan Cik DekWa ;)
Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t atas nikmatnya yang tidak terhingga.. Pada hari Jumaat yang lepas setelah tamat waktu pejabat Ani dan rakan rakan bertolak ke Port Dickson untuk makan malam di Restoran Seri Mesra yang terletak di Teluk Kemang, Port Dickson. Juru pandu arah nya ialah Cik DekWa gadis yang beriya iya mengajak kami kesana.. heeee :D Walau hujan tetap kami gagahi memandu dgn hati hati sambil berdoa moga perjalanan kami selamat dan di lindungi Allah sentiasa.. 

Bergambar sebelum memulakan acara kayuhan hidangan malam itu..


Restoran ini dimiliki dan diusaha kan oleh Encik Mohd Nordin Bin Joned atau pun lebih dikenali dengan panggilan "Abang Din Telok Kemang" dan isterinya yang jelita Puan Rohaya Bt Talib serta anak anak mereka. Perniagaan ini telah hampir mencecah lebih kurang 3 tahun gitu.. sebenarnya sebelum ini mereka berniaga di Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang, Port Dickson tetapi memandang kan saiz kedai di sana kecil tidak dapat menampung kedatangan pelanggan yang semakin bertambah membuat kan En Mohd Nordin dan isterinya mencari lokasi kedai yang baru di Teluk Kemang. Waktu perniagaan ialah pada pukul 4.30 pm sehingga 3.00am. Restoran ini pastinya penuh dengan pengunjung pada hari Sabtu dan Ahad oleh itu mereka tidak mengambil tempahan. Siapa cepat dia dapat tempat duduk.. heee ;)

Baiklah menu yang Ani dan kawan kawan pesan pada malam itu ialah :

Layan gambar dulu.. 



Gedik gedik satu kemestian ;)

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.. ;)
  1. Udang masam manis( mesti order coz yummiehh) 
  2. Ikan siakap bakar dan ikan cencaru bakar (yang ni utk Cik dekwa sorang coz dia tak makan ikan besar besar.. (mesti order coz yummiehhh kuah cicah dia pun sedap)
  3. Sotong goreng tepung (mesti order coz sedap.. tepung dia rangup) .
  4. Kailan ikan masin (sedap)
  5. Tomyam campur agak terlebih masam nya bagi tekak Ani lah.. 
  6. Nasi putih dan nasi lemak (nasi lemak nya harusss cuba ya coz sedap tau)
  7. Jus oren
Mari layan gambar lagi..
Foto atas paling kiri, Ani bersama Puan Rohaya Bt Talib.. gambar disebelah gadis manis bertudung pink ialah anak pemilik restoran ini ;) Nur Asmira nama nya kalau tak salah Ani .. ;)
Antara makanan laut  yang boleh dijadikan pilihan hidangan pada malam itu.. ;)
Baiklah..  sesiapa yang belum pernah mencuba  bebila ke Port Dickson jangan lupa singgah dan makan di Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood.

Tuesday 16 October 2012

Spaghetti Bebola Daging ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang Ani kasihi.. Pagi Selasa yang indah.. Ani nak kongsikan menu hari Ahad yang lepas.. keinginan nak makan spaghetti bebola daging meronta meronta  kerana 'minced meat" dalam freezer tu dok memanggil manggil Ani.. bila nak masak aku... bila nak masak aku... heeee ;)

Ani dok mencari  resepi akhirnya jumpa di  blog "MAKCIK MANGGIS" Alhamdulillah tidak mengecewakan yummiehhh sangat .. Ani minta izin makcik manggis utk cnp resepinya ribuan terima kasih atas perkongsian resepinya ya..


Bahan-bahan untuk Bebola Daging:

400 gm daging kisar.
4 keping roti putih.
1/2 cawan susu segar.
1 biji telur.
1/2 tsp serbuk lada hitam.
3 tbsp cheese parut. (Ani guna Parmesan Cheese)
garam secukup rasa.
1 tangkai daun ketumbar.-cincang.
1 labu bawang besar-cincang.
3 ulas bawang putih-cincang.

Cara-caranya:

Rendam roti dengan susu hingga lembut.
Satukan semua bahan-bahan diatas dan gaul hingga sebati.
Bentukkan seperti bebola .
Aturkan diatas dulang dan bakar dalam oven hingga masak. (Ani bakar guna kepanasan 180 darjah celcius selama 15 minit)

Taraaaa bebola daging dah siap untuk di bakar dalam oven ;)
Bahan-bahan untuk Sos:

1 labu bawang besar dicincang .
3 ulas bawang putih-cincang.
1 tin Sos Spaghetti  tomato Prego tradisional.(300gm)
1 tin cendawan dalam tin ( yang ini Ani tambah)
1 tangkai daun ketumbar.
garam dan gula secukup rasa.
Sedikit serbuk lada hitam.

Cara-caranya:

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan sos Prego dan kacau rata.
Masukkan 1/2 tin Prego air dan biarkan mendidih sekejap.
Kemudian masukkan bebola daging tadi dan kacau hingga sebati.
Akhir sekali masukkan sedikit garam,serbuk lada hitam dan gula mengikut selera masing masing.

Lihat itu spaghetti tersorok di belakang bebola daging yang lazat..

Monday 15 October 2012

Lempeng sebagai sarapan?

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera semua.. ;)

Lempeng merupakan sarapan yang En Suami Ani gemari.. dulu memang selalu dijadikan sajian sarapan.. tetapi sekarang tak kira petang.. malam.. pun boleh makan.. di tempat Ani ada satu kedai makan yang menjadikan lempeng sebagai menu utama di kedainya.. sedap.. makan bersama sambal sardin.. Kadang kala bila Ani dan En Suami tak tahu nak makan apa bila pulang dari kerja kami singgah la "melempeng" kat kedai tu.. ;)

Baiklah resepi nya mudah.. Ani kongsikan juga biar menjadi rujukan bagi yang mencari.. ;)

Bahan- bahannya:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air atau secukupnya
Garam secukup rasa
Sos atau kuah gulai utk cicah ( Kali ni Ani cicah bersama kuah Asam pedas ikan)

Cara membuatnya:


  1. Masukkan tepung kedalam bekas utk dibancuh. Tuang air dan masukkan garam. Kacau rata hingga tidak berbintil atau berketul ya..  Rasa masinnya jika perlu tambah sedikit lagi garam.
  2. Panaskan kuali leper lenser dengan sedikit minyak. Tuang sedikit adunan lempeng tadi dan ratakan. Bila permukaan lempeng nampak pucat terbalik kan.
  3. Masak dengan api kecil hingga sedikit garing. Angkat dan buat hingga adunan habis.
  4. Hidangkan bersama sos atau kuah kegemaran masing masing.
Selamat mencuba ya.. ;)

Sunday 14 October 2012

Seri Muka ku... ;)

Salam Pagi semuaaaa... Cakk Cakkk!! Salam pagi Ahad.. wahhh hari ni pasti hari yang sibuk buat Ani.. Imtiyaz menunggu di sekolahnya.. semalam meruntun jiwa ku bila anak itu post kat FB "lapar makanan tak de" huwaaaa Ani masa tu kat rumah mertua rasa nak ada sayap je bole terbang hantar makanan kat anak itu.. hati emak mana yang bole tahan bila anak cakap macam tu kan.. biar kita lapar jangan sekali anak kita betul tak?? Petang plak nak hantar Irfan kembali ke Akademi Laut Malaysia.. pulang bermalam coz Melaka cuti Jumaat lepas.. itu yang si adik tak tahan tu.. bila tahu abangnya ada kat rumah.. aduhhhh membebel sudah.. terlepas dari topik diatas.. Maaf kan saya ya.. bila sesekali bercoleteh tu semangat sungguh sampai lari topik plak..

Haa lihat itu.. betapa ber SERI MUKA KU.. resepi dari chef Asma yang memang terkenal dengan kelas kelas kuih Talam.. blom pernah jenguk ke blog beliau??.. haaa sila klik SINI.. Sesiapa yang berminat utk menhadiri kelas Chef sila dapat kan info di blog beliau tu ya.. Ani pun dah jadi anak murid Chef Asma tu.. berbaloi.. selain kelas kuih Talam kelas "western food" kelas Kek Lapis pun ada.. resepi kuih ni Ani jumpa di blog Antan Bertingkah selamat mencuba ya.. Kepada Dik Antan Kak Ani cnp resepinya ya.. Terima kasih dik..


Bahagian bawah
500 gm tepung pulut direndam dan toskan
300 ml santan pekat
300 ml air
garam secukupnya
Campurkan semua bahan dan dikukus 30 minit. Bila sudah masak tekan2 dengan sudu supaya mampat.




Bahagian Atas

100 gm tepung kastad
4 biji telur
400 ml santan pekat
400 ml air yang bercampur air daun pandan yang diblender
220 gm gula pasir
sedikit garam
pewarna hijau
Campur semua bahan, tapis dan masak hingga naik wap dan tuangkan ke atas pulut dan dikukus selama 30 minit.


Yummiehhh sedapppp!! Kak Ani suka suka coz resepi nya menjadi.. ;)
Selamat Mencuba..

Saturday 13 October 2012

Sotong Masak Kunyit ;)

Yuhuuu Cak! Cak! Apa khabar semua? Ani sekeluarga sihat.. Alhamdulillah harap semua pembaca yang Ani kasihi sentiasa sihat.. dan ceria ceria selalu..

Antara Irfan dan Imtiyaz.. sotong sangat diminati oleh Imtiyaz.. masak apa pun dia pasti suka.. kalau masak sotong dia tak perlu lauk lain pun.. cukup lauk sotong dan nasi..  Ani nak kongsi resepi mudah ni resepi campak campak lah bak kata orang.. katanyaaa hehe ;)


Bahan - Bahannya :-
500gm sotong (bersihkan.. potong kecil dan gaul bersama garam dan sebuk kunyit)
3 biji bawang putih - di tumbuk
1 inci halia - dihiris halus
1 biji lada merah
1 tangkai daun sup
sedikit air
garam secukupnya
minyak utk menumis

Cara membuatnya:

  1. Tumis kan bawang putih dan halia bersama sedikit minyak sehingga naik baunya.
  2. Masuk kan sotong yang telah di lumur bersama serbuk kunyit dan garam tadi. Gaul sebati.
  3. Masukkan sedikit air.. jgn terlalu banyak ya sayang nanti terlalu berair kerana sotong juga akan mengeluarkan air bila di masak.
  4. Biar kan seketika sehingga sotong masak. Jgn masak terlalu lama nanti sotong jadi "kenyal" sangat.. tak best.. 
  5. Rasakan masin nya jika kurang tambah garam ya..
  6. Masuk kan lada merah dan daun sup untuk menambah rasa..
  7. Angkat dan boleh lah dinikmati.. ;)

Friday 12 October 2012

Kuih Bakar Pandan Berempah ;)





Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca yang di kasihi.. Lama tak update entry untuk blog ni.. rindu.. ok malam yang indah ini Ani nak share satu resepi kuih bakar yang sedap dan pasti menjadi.. sebenarnya nenek Ani diwaktu kuatnya pandai buat kuih ni.. sedap sgt.. dulu nenek buat guna api arang dan sabut kelapa.. sukatan pun pakai mangkuk je.. kepekatan adunan pun di "test" mengguna kan jari je.. Nenek Ani kalau buat mesti bubuh rempah.. mesti ada daun serai wangi.. daun limau purut.. bau kuih ni waktu dibakar aduhaiii tak tahann.. berebut rebut nak makan walau masih panas lagi.. bila Ani jenjalan blog kawan kawan ada bermacam versi resepi kuih bakar ni.. Ani akhirnya memilih resepi Joayee yang Ani jumpa semasa menjenguk dapur Kak Yatie "Sinar Kehidupanku" di SINI..
Resepi ni memang sedap dan sgt mudah untuk dibuat.. Ani tambah sedikit rempah dan air daun limau purut demi mengimbau rasa kuih bakar yang nenek Ani buat dulu.. Alhmdulillah rasa nya enak tapi masih tidak sama seperti yang nenek buat hampir dlm 70% je rasanya.. mungkin juga kerana Ani tak dapat cari daun serai wangi.. tapi tak mengapa sedikit sebanyak dapat mengubat rindu nak makan kuih bakar berempah.. ;)
Pada pemilik resepi Joayee terima kasih atas perkongsian resepi nya pada Kak Yatie juga terima kasih kerana sentiasa tak putus putus memberi inspirasi.. Mari kita lihat resepinya.. ;)


Bahan- Bahan
1 cawan gula (boleh kurangkan jika tak suka manis)
1 cawan jus pandan (Ani  kisar 7 helai daun pandan, 3 helai daun limau purut bersama 1 cwn air dan tapiskan)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan  = 450 ml
2 sudu besar mentega (cairkan)
3 biji telor
1 suduh teh serbuk jintan manis (yang ini Ani tambah)
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis(yang ini Ani tambah)
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau
bijan

Cara-Cara:-
Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir).


psst psst Uwan.. cepat sihat ya.. terima kasih utk segalanya..
psst psst.. Buat En Suami terima kasih ya belikan acuan kemboja tu.. sayang diaaa ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...