Saturday 17 December 2011

Mana fertucinni nya?

Sungguh berkrimmm yummy.. 
Cak! Cak!.. apa khabar semua?.. pepagi sabtu ni Ani mengambil kesempatan nak masuk kan ntry coz minggu ni bz manjang dan penat sungguh bla balik kerja.. tak sempat nak masuk kan ntry baru.. Okeh kali ni Ani masak Spageti Carbonara resepi diambil dari buku 1 Hari 1 Resepi dari Chef Hanieliza. Resepi nye sangat lah sedap tak rugi mencuba nya. Di dalam buku ni panduan langkah demi langkah di beri pasti menjadi bila kita masak memang sgtlah berbaloi membeli nye. TETAPI Ani tak de Fertucinni kat rumah masa tu.. yang ada spageti.. pa pa pun menjadi.. dan sedap gak.. hehe

Burung Puyuh Masak Kicap


Assalamualaikum lauk ni Ani masak hari Ahad lalu. Memula Ani ingat nak masak lemak cili api je.. tapi anak anak suruh masak kicap.. Ani turut kan je .. dah mmg mereka suka masak kicap.. ok mari semak resepi nyer.. ;)


Bahan Bahan nya:

  • Burung puyuh 3 ekor yg telah di goreng
  • Bwg merah 5 ulas
  • Bwg putih 3 ulas
  • Halia sebesar ibu jari
  • Bwg besar sebiji
  • Tomato 2 biji
  • Lada hijau sebiji
  • Kicap secukup nya
  • 1 sudu besar oyster sos
Cara membuatnya:
Tumis bwg merah , bwg putih, halia yg telah di tumbuk halus bersama sedikit minyak. Setelah naik bau, masukkan kicap dan oyster sos. Kacau biar kuah sebati. Selepas itu masukkan burung puyuh tadi. Masuk kan bwg besar dan lada hijau yg telah di hiris nipis. Tambah kan sdikit air jika kuah nya terlalu pekat. Rasa masin nya. Selepas tu boleh lah di nikmati.. 

Selamat mencuba..



Sunday 11 December 2011

Bila Semangat Itu Datang Lagi..

Hari ini semangat nak buat kek datang lagi. Kali ni Ani mencuba Kek Pandan resepi asal Ani ambil dari Blog Dapur Tanpa Sempadan Che Mat Gebu. CMG buat perasa strawberi Ani tukar kepada Pandan. Terima Kasih ya CMG sedap kek ni tak rugi siapa yang mencuba nya. En suami kata sedap. Dapat lah Ani bekalkan kek ni pada Irfan. Hari ni Ani hantar dia ke sekolah semula coz hari Rabu nanti ada last paper SPM utk nya iaitu Teknologi Kejuruteraan. 

Tadaa..

Resepi nya: 

5 biji telur Gred A
125gm tepung gandum *
1 camca teh baking powder*  (Bahan bertanda * di ayak 3 kali)
75ml minyak jagung
160gm gula halus
15gm ovallate
2 camca besar susu segar
1 camca teh perisa pandan

Cara membuatnya:
  1. Panas kan oven pada 175C. Lengser tin kek berukuran 9 inci dgn mentega. Alas dasar tin dgn kertas minyak. Ketepikan.
  2. Tuang gula halus bersama ovallete dlm mixing bowl, putar hingga mesra bersama gula halus. Masukkan 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental seperti adunan baulu.
  3. Masukkan perisa pandan dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana masuk kan tepung sedikit demi sedikit. Tuang susu segar dan putar rata.
  4. Akhir sekali masuk kan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dlm tin tadi . Bakar 25-30 minit atau sehingga masak.



Saturday 10 December 2011

Bukit Changgang, Banting ;)

Semalam Ani sekeluarga balik rumah mertua di Bukit Canggang, Banting. Seronok dapat jumpa mak, abah, dan sumer ahli keluarga di Banting. Sebelum balik, Ani sekeluarga dan mak mertua ke pekan Banting cari barangan dapur dan makan cendol. Cendol ni la yang En Suami belanja masa mula berkawan (bercinta ) dulu ;). Terima Kasih ALLAH atas kesempatan masa dapat berjumpa ahli keluarga di Banting walau sekejap.. tapi bernilai.. 

Yummy..

Wednesday 7 December 2011

Speak up, your opinion matters..



Assalamulaikum semua.. lately ni kurang ntry dari Ani coz bz manjang kat opis.. penat..  k lah ari ni nak sentuh bagaimana kita kat pejabat. Adakah kita suka diam je cakap belakang atau kita suka suara kan apa yg kita rasa.. Bagi yg mengenali Ani rapat tentu tahu Ani suka suara kan apa yang Ani rasa.. terutama sekali kalau pekara tu melibat kan utk penambahbaikan kerja.. isk isk  rasa terbuku kat dada ni kalau ada sesuatu Ani nak suara kan tak terluah.. Anda bagaimana? Tepuk dada tanya selera.. ;)

Monday 5 December 2011

Pertunangan Fafa..


Kak Long yang jelita..

Pada hari sabtu yang lepas bersamaan 03/12/2011 berlangsunglah majlis pertunangan anak sulong sepupuku Pn Noraida Bt Johari dan suami nya En Abdul Rahim Bin Haji Omar. Encik Abdul Rahim ni merupakan cikgu tuisyen Fizik tersohor kat seremban ni yang memiliki ARHO TUITION CENTRE. Anakku Irfan pun g tusyen fizik ngan beliau. Majlis berlangsung meriah dgn terkumpulnya saudara mara. Makanan sedap menyelerakan pelbagai pilihan cthnya ayam masak lemak cili api, sembilang sambal istimewa, sayur campur, cencalok, asam rebus keladi dll utk mkn tengahari. Sebelah petang nya setelah selesai majlis dihidang kan pula sate, soto ayam, roti jala dan pelbagai "dessert" bila dihidang pelbagai makanan mcm tu terasa bagai di hotel. Kelasss ko Kak Lang.. Ani doakan yg terbaik utk Kak Long  dan semua.. Moga keluarga besar kita di dlm keberkatan ALLAH sentiasa.. Aminn

Hantaran dihias indah hasil sentuhan kreatif Kak Chik iaitu Pn Norita Johari.

Monday 28 November 2011

My Favourites Moments..;)

Di situ memori bermula..



Hujung minggu yang indah.. masih segar di ingatan.. Terima Kasih ALLAH.. segalanya kerana mu..

Kari Itik Pedas

Tadaaa..


Tengahari tadi ani masak Kari Itik . Lama juga tak menikmati itik.. selalunya ani masak rendang jer.. tapi ari tu jenguk "dapur zurena"sila click ya.. dia share resepi "Kari Itik Pedas" pa lagi datang semangat nak cuba resepi.. trima kasih ya zurena.. Alhamdulillah sedap resepi nyer.. berselera ani sekeluarga makan tengahari tadi.. Bagi peminat itik tu haruslah cuba ya..

Bismillahirrahmanirrahim.. :) 

Wednesday 23 November 2011

Mari mari.. bole bole

Kek Coklat Kukus
Dah di make up sket
 Ani ni dari dulu lagi ske mkn kek coklat, ais krim coklat, warna coklat, hmmm smpai blog pun my son suggest kan bubuh chocoani coz dorang mmg dh tahu ketaksuban mamanya kat chocolate hehe.. skang ni kek ni ani dh berani wat jualan setelah beberapa kali cuba dn dapat review dari adik beradik sedara mara mengatakan sedap dn boleh wat jualan.. alhmdulillah ada la order dari kawan sepejabat.. ;) Pada yg dh order harap berpuas hati.. trima kasih ya.. ;)


Alamak Hilang sudah..

Perlu di hantar ke klink kasut  



Ani nak buat pengakuan ni.. ani ada kelemahan.. ketaksuban sket pasal kasut.. jika dh jumpa yg kenan.. yg selesa.. yg harga dia "affordable" kalau bole nak bli sume warna yg ada.. coz ani ni cerewt sket kalau tak bebetul selesa.. tak beli punyer.. kenkadang bebudak sales assistant penat layan ani pilih kasut.. tapi last last ani tk bli hehe tapi bila kita nak bli sesuatu kita kuar duit.. kene lah pasti kan BERBALOI ya tak?cth nye kasut ni ani ada sepasang lagi warna brown (warna fav ani ) kasut yg warna hitam kelabu ni jarang pakai.. bila sesuai baju je baru pakai kan.. ari tu pakai g majlis kahwin bebalik je umah masa nak tanggal kasut tuh.. alamak.. mana g tapak tumit nih.. adehh punye lah sdih.. tapi tak pe boleh di rawati lagi.. isk isk ani kalau dh syang dh bebetul tk leh pakai.. bru lah ani tk guna lagi.. ;)

Monday 21 November 2011

Masak Kicap Daging Special



Assalamualaikum.. hari ahad lepas Ani masak kicap daging korban Raya Haji tempohari. Alhmdulillah hingga menjilat jari.. ok resepi nyer..

MASAK KICAP DAGING SPECIAL



  • Daging batang pinang
  • 5 ulas bwg merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia 
  • 2 sudu mkn kicap manis
  • 1 sudu mkn kicap masin
  • 1 sudu mkn oyster sos
  • 1 sudu mkn rempah kari daging ( Ani suka guna rempah kari ADABI)
  • Rempah tumis 4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, cengkih, biji pelaga)
  • Kentang 2 biji di potong kecil
  • Sebiji karot di potong kecil 
  • Serai 3 btg
  • Sebiji tomato
  • Sebiji lada hijau
  • Air 1/2 cawan                                                                                                                                    
Cara membuatnya:


Tumis rempah 4 sekawan, bwg merah, bwg putih, halia, serai dan rempah kari hingga naik bau.. masuk kan daging dan air.. kacau sebentar lalu masuk kan kicap manis, kicap masin, dan oyster sos.. tutup sebentar kuali.. biar daging empuk.. selepas itu masuk kan pula kentang dan karot.. jika pekat tmbah kan sedikit air lagi.. tutup  kuali semula hingga kentang dan karot empuk.. rasa masin nye ya..  selalu nya ani tak bubuh pun garam bagi masakan ni coz kicap dan oyster sos dh cukup utk memberi rasa masin hidangan ini.. setelah semua nya empuk boleh lah diangkat utk di nikmati bersama nasi putih.. hmm lazat :) SeLamaT MenCuba.. Hidangan ni sesuai utk 4 org..

Srutt Srutt



Siput sedut ni merupa kan kesukaan Imtiyaz. Dia pandai plak mensrutt siput nih.. Resepi siput sedut masak lemak ni Ani amik dari buku yang Ani beli ari tu kat "Popular" 1 Hari 1 Resepi dari chef Hanieliza. Sgt lah berbaloi beli buku ni banyak resepi.. siap ada panduan langkah demi langkah lagi.. tu yang Ani suka tuh.. Kesedapan nya jgn nak ckp lah .. hanya peminat siput sedut je yg tahu.. bubuh plak keledek.. isk isk  ;)

Jangan Asyik BERANGAN..

Berkilat cik BERANGAN
Assalamulaikum.. entry kali ni nak kongsi kegemaran kluarga ani.. buah BERANGAN goreng. Rasa dia bagi ani lah kan.. lemak ada.. manis pun ada mmg sedap la.. Kebetulan buah berangan ni ada jual kat tepi jln nak g sekolah Irfan so mmg selalu la bli buah ni. Tu yang wat kami sekeluarga ni asyk BERANGAN itu ini coz selalu nah mkn buah BERANGAN hehe ;)
 sesiapa yg tak pernah cuba tu harussssss lah cuba ya..

Yummy yummy yok BERANGAN yok

Saturday 19 November 2011

Menjejak pengantin di Masjid Tanah

Hajah Norlida Bte Hj Mohd dan suami Abdul Fattah B. Hj Ismail

Hari ini 19/11/2011 Ani meraikan pengantin yg merupakan anak kepada nenek sedara ani. Norlida merupa kan my tailor.. ani serasi dgn jahitan nya.. Cuaca cerah ramai tetamu yg dtg.. makanan pun sedap.. sedara mara asyik bercerita semua  kelihatan gembira.. ya lah sesekali berkumpul selain hari raya, majlis perkahwinan bukan senang nak berkumpul mcm ni kan.. Ani doa kan Norlida dan suami bahagia dunia dan akhirat semoga sentiasa di dlm keberkatan ALLAH.. Aminn.. :)
Sama cantik sama padan :)

Pengantin lama yg amik feel pengantin baru ;)

Friday 18 November 2011

Bila semangat itu datang

Tadaaa :)
Nyum nyum
Mempersembahkan... (drum beat).. Kek Mentega.. tetiba semangat nak wat kek mentega dtg.. bahan bahan plak cukup.. hmm paling suka bahagian tepi yang garing.. digemari oleh En Suami n Imtiyaz..

Thursday 17 November 2011

Menjejak pengantin di MUAR

Pengantin yang jelita
Sara n me ;)

Mereka pun jejak pengantin juga :)

12/11/2011 berkonvoi ke MUAR utk meraikan pengantin Sarawirda dan Fauzie. Bertolak pukul 11.am ++ sebab menuggu kumpulan anak anak muda yg bersarapan dulu.. pastu konvoi di ketuai oleh En Hafiz selaku juru ARAH.. kalau tak 2 kereta yg mengekori jadi tak tentu arah.

Makanan sgt lah sedap. Nasi briyani, daging briyani, dn yg paling menjadi rebutan Ani, Encik suami n Imtiyaz sudah tentu "Sambal Goreng" uwaa smpai sekarang terasa kesedapan nyer.. isk isk Minta maaf gambar makanan tak sempat diabadikan sebab masa tu tak terlintas pun coz anak tekak asyik menikmati hidangan. Disamping itu ada juga rempeyek.. bubur kcg hijau.. kuih koci.. hmm sedap belaka.. ingat kan nak tunggu sehingga bersanding tetapi ada hal len so Ani dan keluarga perlu bertolak balik awal..

Pa sebabnya?  tunggu di entry len k.. Anggap lah mcm commercial break jap.. ;) Trima kasih n Tahniah pada Sara , Fauzie n kluarga. Moga Bahagia dn di dlm keberkatan ALLAH s.w.t sentiasa. Aminn

Imtiyaz

Imtiyaz n me ;)


Alhamdulillah syukur pada Allah atas limpah rezekimu. Anak ku Imtiyaz berjaya dlm peperiksaan UPSR. Hari tu aku menangis lagi.. bangga.. terharu.. terasa kebesaran ALLAH. Tahniah dan trima kasih Imtiyaz atas usaha yg bersungguh sungguh. Penghargaan kepada semua guru guru SKTTJ kerana telah mendidik anak saya dari Tahun 1 hingga lah sekarang. Moga ALLAH memberi nikmat yg terbaik utk guru guru semua. Kepada Mak Lamrah, Mak Ngaishah, Abah dan semua yg mendoakan trima kasih tak terhingga.

Wednesday 16 November 2011

Agak agak la..



Foto1

Muka terperanjat bila mama dia amik gambar

Ni dah ngantuk sgt dah ni..
Greyco kalau dh pnat nak tido mmg ni la tebiat die.. haha Agak agak la greyco oi.. suka nah lepak kat meja ni coz ada kaca sejuk kot ..

Tuesday 15 November 2011

Apa salah aku haaa?



Foto 1
Foto 2
Apa salah aku haaa? cuba lihat kedua foto pa yg tak kene? Dah jumpa dah? Haaa dah kata kan.. Ani Lelap.. sampai family sume selalu kata ani amik gamba selalu lolap.. lahaiii mcm mana nak wat suka nah lolap masa amik gambar.. bukan salah ibu ani ngandung tapi.. memamg kira dh trademark.. hahaha sabar je lah  byk lagi koleksi gambar lolap ni tapi cukup cukup lah dua ni je yg ani share.. ^___^

BUDAK BULU????


Tadaaaaa ha ini lah BUDAK BULU yg dimaksudkan.. buah hati sekeluarga..  Greyco nama di beri kisah nye bermula Aidilfitri 2009 g beraya kat umah my nenek sedara.. my son Imtiyaz dok sibuk nak anak kucing << sebenar Imtiyaz ni ngikut ani coz ani mmg dedulu masa bebudak pernah pelihara kucing.. so bertambah lah ahli keluarga ani.. perangai dia suka perasan dia ni manusia hahaha mana tak nye dari kecik smpai sekarang hanya bergaul dgn kitaorg je.. kalau kuar rumah bunyi motor ke enjin kete ke.. mencicit masuk balik umah..mana bese kat luar.. hehe sian..
haa ni kesukaan die main dlm plastic ke.. kotak ke.. mula la mata hitam tu bulat.. konon memburu la tu.. haha pa pa pun syukur pada allah kerana diberi berkongsi kasih sayang dgn haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w ni.. memang jadi penghibur ani sekeluarga..

Monday 14 November 2011

Irfan

SPM bermula hari ni.. Anak ani yg pertama salah sorang calon SPM 2011.. semoga cemerlang.. Usaha dah usaha.. doa sentiasa.. sekarang ni berjuang lah hingga 14 dec ( lmbat abis coz last paper tu Teknologi Kejuruteraan) mama.. papa.. adik.. atok.. nenek.. n kuarga  len len sume mendoakan yg terbaik utk irfan.. Insya allah cemerlang.. Ya Allah semuanya kerana mu.. Berilah kejayaan cemerlang pada anak ku. Irfan Tadi siang BM kertas 1 dah kertas 2 dah.. Esok BI paper 1 & 2 All the best .. hari ni  ani asyik tgk jam je bukan nak balik keje cepat tau.. sebab ayik teringat irfan yg tgh jawab soalan.. sambil membisik bisik kan doa.. fenomena biasa bagi smua ibu yg mahukan terbaik utk setiap anak yg dilahirkan.. dibesarkan.. uhukss syahdu la plak :( sabar ani sabar.. yg penting step by step

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...