Hi semua.. ;)
Sebelum menutup tirai hari ni Ani nak kongsikan hidangan minum petang tadi.. pengat kegemaran En suami.. Pengat Nangka.. En Suami memang suka kan buah nangka samada di makan mentah atau di buat pengat.
Resepi nya: (Hidangan untuk 4 orang)
5 ulas nangka (di hiris kecil buangkan bijinya)
Santan (Ani beli RM2.00 tu je)
1/2 ketul gula melaka
gula pasir secukupnya ( Ani guna dalam 5 sudu besar )
Garam secukupnya
3 sudu besar sagu (direndam)
2 helai daun pandan
Cara membuatnya:
- Jerangkan santan di dalam periuk dgn daun pandan sehingga mendidih. Masukkan gula merah yang di potong kecil supaya cepat larut. Masukkan juga gula pasir. Rasakan manisnya.
- Masukkan nangka. Kacau rata dan masuk kan garam. Biar kan hingga mendidih. Selepas itu masukkan sagu yang sudah di basuh bersih. Biar kan ia mendidih sehingga semuanya mesra.
- Selepas masak boleh lah dihidang.
Itu lah saat heaven.. perasaan itu.. priceless ;)