Hai semua.. bagaimana hari minggu anda?
Hari ini merupakan hari yang santai sahaja buat Ani. Pagi tadi selepas sahaja bersarapan terus masak tengahari kerana Imtiyaz call.. Mama bila nak datang? Yaz lapar.. haaa tanpa berlengah lagi terus masuk dapur keluarkan ikan yang memang dah ada dlm peti ais tu.. khidmat anak bujang yang sulong tu di perlukan suh g kedai jap kebetulan tak de stok tomato.. Ikan merupakan menu kegemaran keluarga selain ayam. Kali ni Ani masak masam manis. Menu yang mudah, ringkas, cepat dan yang penting sedap.
Dulu masa kecil Ani suka sangat ikut mak dgn abah ke rumah orang kahwin. Selalu nya Ani akan menangis sampai tahap guling guling kalau tak dapat ikut.. tengok tu perangai.. tak baik tau.. alhamdulillah anak anak Ani tak de yang ngikut mama nya hahaha.. sabar je la kan.. begitu la "Drama Queen" bila abah Ani kata "ok la ikut lah" trus tak nangis dah trus cecepat nak mandi nak pakai baju "gown" adehh isk isk Ani.. ;) Ani suka ke majlis perkahwinan kerana suka tengok pengantin.. suka makan sedap.. suka makan pulut kuning tu.. pastu suka dapat telur tu.. dulu kalau dapat telur tu bangga wo.. lagi lagi dapat makan dengan pengantin selalu nya menu ikan masam manis mesti ada.. jadi setiap kali masak atau makan masakan ni buat Ani mengimbau kisah masa kecil dulu.. masa nenotty sgt.. :D
Resepi Ikan Bawal Masam Manis:-
1 ekor ikan bawal
sedikit garam dan kunyit.
Bahan untuk sosnya:-
- 5 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 biji bawang besar
- 5 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
- 2 biji lada hijau
- 1/2 cawan air
- 1 biji tomato
- sedikit daun sup
- Garam dan gula serta sedikit minyak untuk menumis
Cara Membuatnya:-
- Ikan bawal dilumur dgn serbuk kunyit dan garam lalu di goreng dgn minyak hingga garing. Bila sudah masak ketepikan.
- Didalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, putih dan halia yang telah dihiris nipis tadi.
- Bila sudah wangi masuk kan sos tomato, sos cili dan air untuk kuah nya.
- Biarkan seketika hingga mendidih. Selepas itu masuk kan bawang besar dan lada hijau yang juga telah dihiris nipis. Masuk kan juga tomato yang telah dipotong 6. Kacau rata.
- Selepas itu boleh lah ditutup api.
- Letak kan ikan ke dalam pinggan hidangan. Tuangkan sos ke atas ikan dan hias dengan daun sup. Sedia untuk dinikmati ;)
Assalamualaiku Ani,
ReplyDeletecerita pasal ikan masam manis dan pengantin ni... teringatlah masa duduk kampung, kalau pergi tempat orang kawin suka tengok ikan berhias, ayam berhias, cantik2 belaka untuk majlis makan beradab. Sedapnya ikan bawal masam manis tu Anie... anak-anak kalau dapat hidangan begini, berebut!
Wsalam Amie.. Itulah kan kenangan zaman kanak kanak suka sgt dgbn majlis perkahwinan.. Ikan masam manis memang sedap kan apa lagi dimakan dgn nasi panas bersama keluarga..
ReplyDeleteSalam Kak Ani..
ReplyDeleteAlamak sama la minat...asz pun mmg suka sgt p umah org kawen..sebabnya sama la macam kak..dulu2 kan susah,jrg dapat makan lauk ayam dan sebagai...umah kawen jer yg wajib ada ayam...tp x la sampai guling2...hehe...
BTW...best hidangan akak arinie..leh la tukar ngan kek asz...:))
Wsalam Dik.. hehe tu lah dik akak ni xtreme lah nak ikut punya pasal kan adehh ketawa akak dik ingat kan kisah dedulu.. kalau dekat ngan adik memang akak "ting tong" umah adik tukar dgn kek Batik Arora tu.. ;)
ReplyDeleteAssalamualaikum Choco Ani, klakarlah baca kisah Ani masa kanak2...skrng takyah ikut lagi..leh masak sendiri menu ikan masam manis dan puas makan..kalau kat kenduri kahwin dpt sikit je...he3....btw mmng sedapkan ikan masam manis ni..kegemaran kami sekeluarga juga..
ReplyDeleteWsalam Kak Yatie.. btul tu kak sekarang dah boleh masak sendiri makan sepuasnya.. dahulu masa kecil arwah ayah mesti jeling tajam jika amik lauk kat umah org kawin tak agak agak.. masih teringat jelingan tajam arwah ayah.. ;)
Deletesalam choco ani
ReplyDeleteberziarah disini..jumpa link blog nie kt blog kak asma..i follow yer..:)
Wsalam Zila trima kasih sudi ziarah n follow blog.. Ani hargai.. ;)
Deletesedapnya. harini nk try masak..Thanks share reepi
ReplyDeletesesama dear :)
Delete