sangat enak rasanya. Beberapa kali dah nampak bila lompat lompat blog kawan kawan seperti blog Asz (asam Garam) dan Izzah Muffin Lover. Puding ni Ani buat semalam sempena cuti Pertabalan Agong ke-14.
Buat Asz dan Izzah terima kasih atas perkongsian resepinya tak lupa juga pemilik asal resepi ini Hana..
Resepi: Puding Roti Marble.
Sumber: hanamemories
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 170ml susu cair
- 10 gram serbuk agar-agar
- 1/2 cawan gula
- 2 sudu butter atau magerin (cairkan)
- 3 1/2 cawan air
- 2 sudu besar serbuk koko
Cara membuatnya :-
- Didihkan 3 cawan air, serbuk agar agar dan gula kedalam periuk.
- Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan 1/2 cawan air. Masukkan ke dalam periuk agar agar yang sudah mendidih tadi.
- Masuk kan butter/magerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. Mati kan api.
- Bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian satu warna asal, dan satu lagi campur kan koko.
- Ambil sesenduk warna asal tuang ke tengah tengah bekas puding. Kemudian ambil satu senduk warna coklat tuang ke atas warna asal tadi.
- Biarkan puding bergerak sendiri tak perlu ratakan atau kacau.
- Ulang proses 5 sehingga habis. Ketika me'marble'kan puding hendak lah cepat untuk mengelak kan puding membeku.
- Bila dah siap biarkan seketika. Kemudian masuk kan ke dalam peti ais.
- Sedap dinikmati bila puding dah sejuk.
Selamat Mencuba ;)
No comments:
Post a Comment