Saturday 21 January 2012

Tak ada AIR?


Air tak de? Macam mana nak mandi? nak basuh baju? nak ambil wuduk? nak ***** ? haaa penting kan air.. sampai selalu terdengar kat telinga Ani "saya biar elektrik tak ada jangan air tak ada"  Oleh itu pesanan buat semua BAYAR lah  BIL AIR anda jangan lah menyalah kan orang lain atas kesalahan sendiri. Hasil pemerhatian dan pengalaman Ani manusia hilang adab dan berfikir secara rasional bila air tak ada.. :D fikir fikir kan lah.. siapa makan cili dia yang rasa pedas :P


p/s: bil air adalah bil yang paling murah tarif nya jika di banding kan dengan bil elektrik, Astro, dll.. tapi kebanyakan manusia yang murah tu lah di perlekeh kan pembayaran nya.. :P

Panggilan Pulau

Cuti hujung tahun yang lepas (2011) Ani sekeluarga ke Pulau Langkawi.. untuk En. Suami, Irfan dan Imtiyaz..  Terima Kasih.. Entry ni untuk kenangan kita.. Mama sayang semua.. isk isk tetiba plak syahduuu.. ;)


Ewah Ewah ;)

so sweet..

Yaz nanti kita beli kapal layar yang tu ok.. 

Kejar mengejar la plak.. ;)

Suka foto ni.. suka suka ;)
Tak lupa juga foto ini.. hasil tangkapan sambil cuti cuti.. hehe :D senyum jgn tak senyum..

Wednesday 18 January 2012

Argghh ketepi kau KALORI :P

Cak Cak.. Hi semua.. baiklah malam ni Ani nak share kan aktiviti "lunch" tadi.. Cik Dekwa dengan muka semanis gula telah mengajak Ani gi Tutti Frutti kebetulan kami kuar lunch pada waktu yang sama hari ni.. Pa lagi tanpa was was Ani telah menerima pelawaan Cik Dekwa.. Sesampai di sana kami berdua nekad utk tidak memikirkan brp kalori lunch kami hari ni.. hahaha utk wat happening lagi.. setelah menikmati Tutti Frutti kami dgn segak nya melangkah penuh keyakinan bak pahlawan melayu ke kedai sebelah utk menambah kalori kami hari ni  dgn ucapan syukur alhamdulillah pada ALLAH s.w.t atas rezeki nya.. Layan lah gambar gambar dibawah yang membawa segala pengertian hanya Cik Dekwa dan Ani saja yang mengetahui nya.. huhu.. 



Tuesday 17 January 2012

Talam Cendol.



Hi semua pembaca yang Ani kasihi.. Ok lah ini entry terakhir mlm nih. Ani buat kuih talam ni sabtu lepas. Buat bekal Imtiyaz kat sekolah. Ani ni suka makan kuih talam. Ani ambil resepi dari blog Yatie yang sentiasa jadi rujukan terutama utk kuih talam. Saya kagum dgn kebolehan yatie membuat kuih talam. Terima kasih ya Yatie Ani minta izin cnp resepi nya ya.. tgk lah tu yatie menjadi Talam Cendol yang Ani buat.. Alhmdulillah.. Terima kasih sekali lagi.. ;)


Lapisan bawah
Bahan A
200 gm tepung beras*
250 ml santan pekat*
450 ml air*
1 s/b tepung jagung*
150 gm gula caster
1 s/k garam
Bahan B
200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je
Cara-Caranya:-
Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
Kukus selama 25 minit
Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan A
300 gm gula merah
50 gm gula castor
500 ml air
2 helai daun pandan-saya tambah
Bahan B
150 gm tepung gandum
1 s/b tpng jagung-saya tambah
3 biji telur
250 ml santan pekat
1/2 s/k garam
Cara-caranya:-
Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

Kuah Kacang.



Assalamualaikum pada pembaca yang sudi jenguk blog Ani hari ni. harap semuanya sihat dan dalam lindungan Allah swt sentiasa. Ani nak share resepi kuah kacang yang Ani jumpa masa jenguk jenguk kat blog Azlita Masam Manis . Blog Azlita ni adalah salah satu blog yang Ani mesti jenguk setiap kali Ani online. Jika tak jenguk mcm tak lengkap gitu.. Sangat kagum dgn kegigihan beliau pada yg blom jenguk jenguk kat blog beliau sila sila lah klik ya.
Ani minta izin kat Ita utk cnp resepinya kat sini ya. Menurut beliau resepi asal dari Dayang Jack di My Resepi. Terima Kasih ya Dayang n Ita.




KUAH KACANG
by: Dayang Jack

300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar) 
5 biji bawang merah * 
3 ulas bawang putih * 
1 batang serai* 
1/2 inci halia * 
3 cm lengkuas* 
1/2 inci belacan bakar* 
1 batang serai (diketuk) 
5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka) 
2 sudu makan gula merah/gula melaka 
garam dan gula pasir (mengikut citarasa) 
air secukupnya 

Kisar bahan2 bertanda *
Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
Hidangkan setelah masak.

Sambal Sotong Kering.


Assalamualaikum.. Cak Cak.. Okeh ini dia foto sambal sotong yang Ani masak hari tu utk di nikmati bersama Nasi Lemak. Resepi nya tetap di ambil dari Buku 1 Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza. ;)

Nasi Lemak Sambal Sotong


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang singgah kat blog Ani hari ni.. Hari ni Ani nak kongsikan menu yang Ani masak minggu lepas, lambat nak post ntry ni coz tuan nye sibuk bebenor.. Resepi Ani ambil dari buku Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi.  Ani sgt suka kan buku ni mmg berbaloi. Hari tu Ani ada cuba resepi pasta dari buku yang sama jenguk kat sini ya. Ani masak bersama sambal sotong yang merupakan kegemaran anak anak termasuk mak ayah nya sekali.. Ani buat telur dadar menggantikan telur rebus yang kurang permintaan dlm keluarga ni..  okeh mari layan resepi nya ;)

 Bahan A :
 1 kilogram beras AAA 
5 cawan santan
3 helai daun pandan
3 keping hirisan halia
3 biji bwg merah di hiris nipis 
garam secukup rasa
sedikit gula jika suka

Cara Membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dgn santan.
  2. Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas di dlm periuk nasi.
  3. Apabila sudah masak, boleh lah di hidang kan.




Wednesday 4 January 2012

Alhamdulillah, Thank you Allah..


Assalamualaikum semua, lama juga Ani terbang menghilang, memula tu pergi bercuti ngan family, lepas tu sibuk dgn persiapan anak ke sekolah. Itu yang blog sejuk beku sementara tuan nya sibuk itu ini. Buat pembaca yang tersayang terima kasih sudi jenguk blog Ani ni. Entry ni Ani buat khas atas rasa syukur pada Allah swt yg tak jemu jemu dgn segala nikmat yang diberikan pada Ani sekeluarga.. Marilah kita menghargai dgn apa yang kita ada dn bersyukur atas segala nikmatnye.. Segalanya kerana mu Ya ALLAH..

Registered SDARIAN..

Imtiyaz..
Hari ini 4/1/2012, Ani n En Suami mendaftar kan Imtiyaz yang telah diterima masuk ke Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR). Alhamdulillah impian Imtiyaz utk menyambung ke Tingkatan 1 di SDAR tercapai. Segala syukur dn pujian pada ALLAH yg telah mengizin kan ini berlaku. Doa Ani moga ALLAH melindungi Imtiyaz serta memberi dia kecerdasan minda, kemantapan fizikal utk menjalani hidup di asrama dan akhirnya berjaya dgn cemerlang. Tq ALLAH segalanya kerana mu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...