Saturday 17 December 2011

Mana fertucinni nya?

Sungguh berkrimmm yummy.. 
Cak! Cak!.. apa khabar semua?.. pepagi sabtu ni Ani mengambil kesempatan nak masuk kan ntry coz minggu ni bz manjang dan penat sungguh bla balik kerja.. tak sempat nak masuk kan ntry baru.. Okeh kali ni Ani masak Spageti Carbonara resepi diambil dari buku 1 Hari 1 Resepi dari Chef Hanieliza. Resepi nye sangat lah sedap tak rugi mencuba nya. Di dalam buku ni panduan langkah demi langkah di beri pasti menjadi bila kita masak memang sgtlah berbaloi membeli nye. TETAPI Ani tak de Fertucinni kat rumah masa tu.. yang ada spageti.. pa pa pun menjadi.. dan sedap gak.. hehe

Burung Puyuh Masak Kicap


Assalamualaikum lauk ni Ani masak hari Ahad lalu. Memula Ani ingat nak masak lemak cili api je.. tapi anak anak suruh masak kicap.. Ani turut kan je .. dah mmg mereka suka masak kicap.. ok mari semak resepi nyer.. ;)


Bahan Bahan nya:

  • Burung puyuh 3 ekor yg telah di goreng
  • Bwg merah 5 ulas
  • Bwg putih 3 ulas
  • Halia sebesar ibu jari
  • Bwg besar sebiji
  • Tomato 2 biji
  • Lada hijau sebiji
  • Kicap secukup nya
  • 1 sudu besar oyster sos
Cara membuatnya:
Tumis bwg merah , bwg putih, halia yg telah di tumbuk halus bersama sedikit minyak. Setelah naik bau, masukkan kicap dan oyster sos. Kacau biar kuah sebati. Selepas itu masukkan burung puyuh tadi. Masuk kan bwg besar dan lada hijau yg telah di hiris nipis. Tambah kan sdikit air jika kuah nya terlalu pekat. Rasa masin nya. Selepas tu boleh lah di nikmati.. 

Selamat mencuba..



Sunday 11 December 2011

Bila Semangat Itu Datang Lagi..

Hari ini semangat nak buat kek datang lagi. Kali ni Ani mencuba Kek Pandan resepi asal Ani ambil dari Blog Dapur Tanpa Sempadan Che Mat Gebu. CMG buat perasa strawberi Ani tukar kepada Pandan. Terima Kasih ya CMG sedap kek ni tak rugi siapa yang mencuba nya. En suami kata sedap. Dapat lah Ani bekalkan kek ni pada Irfan. Hari ni Ani hantar dia ke sekolah semula coz hari Rabu nanti ada last paper SPM utk nya iaitu Teknologi Kejuruteraan. 

Tadaa..

Resepi nya: 

5 biji telur Gred A
125gm tepung gandum *
1 camca teh baking powder*  (Bahan bertanda * di ayak 3 kali)
75ml minyak jagung
160gm gula halus
15gm ovallate
2 camca besar susu segar
1 camca teh perisa pandan

Cara membuatnya:
  1. Panas kan oven pada 175C. Lengser tin kek berukuran 9 inci dgn mentega. Alas dasar tin dgn kertas minyak. Ketepikan.
  2. Tuang gula halus bersama ovallete dlm mixing bowl, putar hingga mesra bersama gula halus. Masukkan 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental seperti adunan baulu.
  3. Masukkan perisa pandan dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana masuk kan tepung sedikit demi sedikit. Tuang susu segar dan putar rata.
  4. Akhir sekali masuk kan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dlm tin tadi . Bakar 25-30 minit atau sehingga masak.



Saturday 10 December 2011

Bukit Changgang, Banting ;)

Semalam Ani sekeluarga balik rumah mertua di Bukit Canggang, Banting. Seronok dapat jumpa mak, abah, dan sumer ahli keluarga di Banting. Sebelum balik, Ani sekeluarga dan mak mertua ke pekan Banting cari barangan dapur dan makan cendol. Cendol ni la yang En Suami belanja masa mula berkawan (bercinta ) dulu ;). Terima Kasih ALLAH atas kesempatan masa dapat berjumpa ahli keluarga di Banting walau sekejap.. tapi bernilai.. 

Yummy..

Wednesday 7 December 2011

Speak up, your opinion matters..



Assalamulaikum semua.. lately ni kurang ntry dari Ani coz bz manjang kat opis.. penat..  k lah ari ni nak sentuh bagaimana kita kat pejabat. Adakah kita suka diam je cakap belakang atau kita suka suara kan apa yg kita rasa.. Bagi yg mengenali Ani rapat tentu tahu Ani suka suara kan apa yang Ani rasa.. terutama sekali kalau pekara tu melibat kan utk penambahbaikan kerja.. isk isk  rasa terbuku kat dada ni kalau ada sesuatu Ani nak suara kan tak terluah.. Anda bagaimana? Tepuk dada tanya selera.. ;)

Monday 5 December 2011

Pertunangan Fafa..


Kak Long yang jelita..

Pada hari sabtu yang lepas bersamaan 03/12/2011 berlangsunglah majlis pertunangan anak sulong sepupuku Pn Noraida Bt Johari dan suami nya En Abdul Rahim Bin Haji Omar. Encik Abdul Rahim ni merupakan cikgu tuisyen Fizik tersohor kat seremban ni yang memiliki ARHO TUITION CENTRE. Anakku Irfan pun g tusyen fizik ngan beliau. Majlis berlangsung meriah dgn terkumpulnya saudara mara. Makanan sedap menyelerakan pelbagai pilihan cthnya ayam masak lemak cili api, sembilang sambal istimewa, sayur campur, cencalok, asam rebus keladi dll utk mkn tengahari. Sebelah petang nya setelah selesai majlis dihidang kan pula sate, soto ayam, roti jala dan pelbagai "dessert" bila dihidang pelbagai makanan mcm tu terasa bagai di hotel. Kelasss ko Kak Lang.. Ani doakan yg terbaik utk Kak Long  dan semua.. Moga keluarga besar kita di dlm keberkatan ALLAH sentiasa.. Aminn

Hantaran dihias indah hasil sentuhan kreatif Kak Chik iaitu Pn Norita Johari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...